Followers

Thursday, March 21, 2013

TIMAH

 
Timah merupakan satu logam yang mempunyai sifat kalis kakisan yang baik.
 
Timah mempunyai warna putih-keperakan dan akan menghasilkan satu lapisan penyudahan yang berkilat apabila digunakan sebagai saduran didalam proses celupan panas.
 
Timah senang dipotong, dituang dan dikerja sejuk.
 
Timah tulin adalah lembut, mulur dan mempunyai nilai kekuatan yang rendah. Oleh kerana timah adalah logam yang tidak beracun ianya selalu digunakan sebagai penyadur tin-tin makanan.
 
Timah juga digunakan sebagai bahan pateri. Timah digunakan sebagai aloi dengan kuprum untuk menghasilkan gangsa. Pewter merupakan aloi utama timah dimana campurannya ialah 1%-3% kuprum dan 2%-4% antimoni.
Sifat-sifat utama timah.

a) Kekuatan tegangan 15 N/mm2
 b) Kekerasan 5 NKB-10 NKB (tuangan)
c) Suhu lebur 232 C
d) Ketumpatan 7.3 g/cm3
e) Pengalir elektrik dan haba yang baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...