Bahan Logam
Di zaman prasejarah, logam mula digunakan sebagai senjata dan
alat-alat kegunaan domestik. Setelah melalui proses
peradaban yang beribu tahun, kegunaan logam dipelbagaikan dan termasuklah
sektor pembinaan. Secara am, logam boleh dipecahkan kepada dua, iaitu logam
feros dan logam bukan feros.
Logam feros ialah logam yang didalamnya
mengandungi karbon. Dengan kehadiran atau kandungan karbon walaupun dalam
peratus yang kecil, ia menjadikan logam itu kuat, tahan lasak, ekonomi dan
murah.
Logam yang kedua ialah logam bukan feros, iaitu logam yang tidak mengandungi
karbon dalam struktur jisimnya. Terdapat banyak logam bukan feros tetapi untuk
tujuan pembinaan pilihannya terhad, dan walaupun terhad kepelbagaian
penggunaannya dalam pembinaan menjadikan logam ini pilihan pengguna terutamanya
dalam pembinaan tingkap, pintu, kemasan lantai, kemasan dinding, peralatan
ruang dapur, bilik pembedahan, kedai, ruang tamu dan lain-lain lagi.
Pembentukan logam... klik sini
No comments:
Post a Comment