Followers

Monday, December 19, 2011

Kerjaya Pelukis Pelan

Macam mana nak jadi PELUKIS PELAN BANGUNAN BERDAFTAR ?




Anda kena manjalani ujian bagi melayakkan untuk menjadi seorang Pelukis Pelan yang di iktiraf....

(Silibus bagi Ujian Kecekapan Dan Temuduga )

KLIK SINI

Kenapa Stress Ni?

Salam untuk semua..

Nak tanya la, korang pernah tak rasa tertekan?.. masa korang dalam keadaan tekanan tu, ada sesapa tahu x? kiranya yg prihatin la, yang memang perasan n nampak yang masa tu korang tengan mengalami tekanan.. atau memang korang pandai sorok? apa ye perasaan korang bila masa korang tengah mengalami tekanan tu, korang xde tempat nak cerita, nak kongsi...?



Pic from internet..





copy n paste from internet


Biasanya apa yang menyebabkan korang stress?


kalau sebagai pelajar, tentu sebab assignment, kuiz, final yang membuatkan korang stress...


tapi.........


korang perasan n terfikir x, sebab apa korang stress bila fikir pasal tugasan2 korang?


korang suka simpan keje? buat last2 minit..


masa yg korang ada, korang aturkan dengan betul x?


pembahagian masa keje, main, rehat, enjoy...




Setakat kajian sendiri yang dah dibuat, melalui bacaan, lihat dengan mata sendiri, pengalaman..semuanya banyak bergantung pada diri sendiri..macam mana korang uruskan diri korang?dari segi masa, keje dan lain2..

korang boleh


KLIK SINI


untuk mengetahui maklumat pasal stress ni..

Thursday, December 15, 2011

Cabar Diri Untuk Berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Pengubahsuaian Bangunan dari MPK

Permohonan Pelan Susunatur

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan ?
1. Arkitek Berdaftar - Bagi bangunan Kompleks (Single Standing Building) kurang daripada 5 ekar.
2. Jururancang Bertauliah.


Apakah Yang Perlu Dilakukan ?
Dapatkan borang permohonan pelan susunatur secara percuma di Jabatan Perancang MPK beserta dengan disket e-Rancang.
Mengetahui Zoning kawasan yang ingin dibangunkan.
Membuat semakan pelan komprehensif di Jabatan Perancang MPK.


Syarat Yang Perlu Dipatuhi
Mematuhi syarat-syarat seperti yang terkandung didalam borang berkenaan.


Bila Dan Bagaimana Pembayaran Boleh Dijelaskan ?
Semasa mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap dan pembayaran secara wang tunai, cek, wang pos dll.


Berapa Lama Sesuatu Permohonan Diproses ?
3 bulan bagi permohonan yang lengkap.


Penyambungan Pembinaan Tanpa Kelulusan

Tujuan

Untuk kawalan pembangunan dan Perancangan disekitar kawasan Majlis Perbandaran Kuantan bagi jangkamasa yang panjang. Semua bangunan atau sambungan yang tertentu hendaklah mendapat kelulusan dari Majlis.
Dari segi estetik (asthetic) Majlis perlu membentuk sistem untuk penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau sambungan bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan Majlis Perbandaran Kuantan.
Untuk menjamin kepentingan kebersihan di sekitar kawasan bandar dan perumahan khasnya, serta dikawasan-kawasan kawalan Majlis Perbandaran Kuantan amnya.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pembinaan Tanpa Kelulusan

Mengikut Akta 133 (Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 dibawah Seksyen 70 sub. sek (16) yang dimaksudkan dengan bangunan, sambungan dan pindaan tanpa kelulusan ialah sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa mendapat kelulusan secara bertulis terlebih dahulu daripada Majlis Perbandaran Kuantan.
Ini termasuklah bangunan-bangunan baru, sambungan kepada bangunan yang asal serta sebarang kerja-kerja pindaan kepada bangunan asal yang telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan.


Kesalahan Kerana Membina Bangunan Dan Sambungan Tanpa Kelulusan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang

Mengikut Akta 133, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 Seksyen 70 (11), apabila disabitkan kesalahan dikenakan denda tidak lebih dari satu ribu ringgit dan Majlis Perbandaran Kuantan memohon untuk mengeluarkan perintah termesti untuk mengubah bangunan itu dengan apa-apa cara atau meruntuhkannya.
Mengikut Akta 133, Seksyen 70 (13) denda tambahan sebanyak dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Mengikut Akta 133, Seksyen 70 (14) sekiranya langkah perbicaraan tidak diambil, denda boleh dikenakan apabila pelan dikemukakan dan jumlah denda dikenakan ialah tidak lebih dari dua puluh kali ganda kadar bayaran pelan dan tidak kurang dari lima kali ganda bayaran pelan.


Bagaimana Cara Anda Boleh Membina Bangunan Baru, Sambungan Dan Pindaan Mengikut Peraturan Majlis

Sekiranya seseorang yang bercadang hendak mendirikan sesuatu bangunan hendaklah mengemukakan kepada Majlis Perbandaran Kuantan apa-apa pelan dan penentuan yang dikehendaki oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan mengikut mana-mana undang-undang kecil yang dibuat dibawah akta ini.
Bagi semua jenis sambungan/pindaan bangunan adalah tertakluk kepada garis-garis panduan bagi kerja-kerja kecil sambungan yang telah ditetapkan oleh Majlis seperti di gambarajah-gambarajah dibawah.


Dibawah Seksyen 42(i)

Kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis Perbandaran Kuantan hendaklah didapati untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan. Kegagalan anda berbuat demikian, anda boleh didakwa dibawah seksyen 42(3) yang membawa denda tidak lebih dari RM1,000.00 dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak lebih dari RM100.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas 24 jam menerima notis secara bertulis dari pihak Penguasa Tempatan MPK untuk membuang bahan-bahan itu.

Tambahan Bangunan

APA ITU TAMBAHAN / PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN

Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (AKTA 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL), tambahan bangunan adalah:-

i. Menambah atau mengubah mana-mana bangunan yang sediada dengan cara melibatkan binaan bumbung baru atau separuh baru atau tambahan berdinding di atas tapak baru ataupun asas tapak sediada.
ii.Memperbaharui atau membaiki mana-mana bangunan sediada dengan melibatkan pembaharuan, pembinaan semula atau mendirikan mana-mana bahagian daripada dinding sebelah luar.
iii.Meruntuh dan membina semula atau menambah kepada suatu bangunan dengan cara yang melibatkan lebih daripada separuh daripada luas permukaan dinding dan sekatan atau separuh daripada luas permukaan lantai/ bumbung.
iv.Kerja-kerja memecah bahagian bilik-bilik dan bahagian-bahagian bangunan serta memecah bahagian bilik menjadi bilik-bilik yang lebih kecil.

Cadangan tambahan/pindahan ke atas unit kediaman jenis sesebuah dan berkembar


I.Jarak garisan bangunan hadapan adalah 6096mm (20`0”) dan di bahagian tepi serta belakang (untuk sempadan bersama) adalah 2000mm (6`6”).
II.Bagi lot tepi yang berhadapan dengan jalan raya utama, tambahan teres terbuka (anjung) sahaja yang dibenarkan dengan meninggalkan anjakan 3084mm (10`0”).
III.Bagi cadangan teres terbuka (anjung) untuk bahagian yang bersisikan lot jiran dan cadangan tambahan teres terbuka untuk belakang adalah dibenarkan dengan jarak minimum 2000mm.
IV.Bagi cadangan tambahan berdinding untuk belakang dibenarkan jarak minimum 2000mm daripada sempadan lot belakang/jiran, jika terdapat lorong belakang, jarak minimmum adalah 305mm (1`0”).
V.Bagi tambahan berdinding untuk bahagian yang bersisikan lot jiran, jarak minimum daripada sempadan sisi adalah 2000mm.
VI.Bagi tambahan teres terbuka (porch) jarak minimum adalah 2000mm daripada sempadan hadapan ke hujung bumbung.

Cadangan tambahan/pindahan ke atas rumah teres satu tingkat

I.Bagi tambahan teres terbuka hadapan (porch) jarak minimum yang dibenarkan adalah 2000mm daripada sempadan hadapan ke hujung bumbung.
II.Bagi rumah tepi bersisikan jalan utama, cadangan tambahan teres terbuka adalah dibenarkan dengan jarak minimum 3048mm daripada sempadan tepi.
III.Bagi rumah tepi bersisikan rizab parit/longkang, cadangan tambahan teres terbuka atau tambahan berdinding dibenarkan sehinggan tepi sempadan lot tetapi perlu meninggalkan anjakan 305mm daripada sempadan tepi.
IV.Bagi cadangan tambahan berdinding belakang dimana ada disediakan lorong belakang, tambahan yang dibenarkan hanyalah setingkat sahaja, jarak garisan bangunan adalah 305mm daripada sempadan belakang.
V.Bagi cadangan tambahan di atas pembentung (tangki najis), dibenarkan tambahan teres terbuka sahaja dan tambahan tersebut perlu selari dengan tambahan belakang dimana jarak 305mm perlu dipatuhi.
VI.Bagi projek perumahan yang menggunakan Sistem Pembentungan Berpusat (kolam pembentungan IWK), binaan tambahan berdinding belakang boleh dibina dengan syarat penutup manhole boleh dibuka bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Cadangan tambahan/pindahan ke atas bangunan kedai satu/dua tingkat

I.Bagi cadangan tambahan sisi bangunan kedai (corner lot) dimana terdapat lorong sisi, tambahan teres terbuka atau tambahan berdinding hendaklah meninggalkan anjakan 305mm daripada sempadan tepi.
II.Bagi cadangan tambahan sisi bangunan (corner lot) dimana tidak terdapat lorong sisi, teres terbuka atau tambahan berdinding hendaklah meninggalkan anjakan 3048mm daripada sempadan tepi.
III.Bagi cadangan tambahan berdinding belakang, binaan hendaklah meninggalkan anjakan 305 mm daripada sempadan belakang

PANDUAN SYARAT KELULUSAN TAMBAHAN BANGUNAN

Syarat kelulusan


I.Kelulusan permohonan tambahan/pindaan dibenarkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat dan pelan kelulusan.
II.Pemohon hendaklah membuat permohonan memperbaharui tempoh kelulusan selepas tamat tempoh yang dibenarkan.
III.Keluasan binaan tambahan/pindahan adalah tertakluk seperti yang diluluskan dan dibenarkan di dalam surat dan pelan kelulusan sahaja, Notis Meruntuh Bangunan akan dikeluarkan sekiranya binaan tambahan/pindaan didapati mentimpang daripada syarat keluasan yang dibenarkan.
IV.Surat dan pelan kelulusan hendaklah disimpan ditapak semasa proses pembinaan untuk pemeriksaan oleh MPKK.
V.Arkitek/pelukis pelan/jurutera yang dilantik oleh pemilik premis hendaklah mengawasi kerja pembinaan dari awal sehingga siap bagi memastikan ikatan bangunan dibina mengikut pelan yang telah diluluskan.
VI.Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya keatas segala kerosakkan dan pembaikan semula kemudahan awam akibat daripada kerja-kerja pembinaan tersebut.

Bahan-bahan Binaan Lot Tengah

I.Bahan-bahan dan peralatan pembinaan hanya dibenarkan diletak di lorong belakang dengan syarat tidak lebih dari separuh keluasan jalan.
II.Kawasan tersebut hendaklah berlapik sepenuhnya sebelum diletakkan bahan- bahan binaan.
III.Kerja-kerja bancuhan simen hendaklah dibuat di dalam kawasan lot yang dibenarkan sahaja.
IV.Longkang persekitaran kawasan pembinaan hendaklah ditutup sementara sepenunyabagi mengelakkan limpahan bahan binaan ke dalam longkang.
V.Bahan-bahan dan peralatan binaan juga tidak dibenarkan diletakkan di bahagian hadapan premis.

Lot Tepi, Berkembar dan Sesebuah/Banglo

I.Bahan-bahan dan peralatan binaan tidak dibenarkan diletak di atas jalan atau bahu jalan dan hendaklah diletakkan di dalam kawasan lot yang dibenarkan.
II.Kerja-kerja bancuhan simen juga hendaklah dibuat di dalam kawasan lot yang dibenarkan sahaja.
III.Longkang persekitaran kawasan pembinaan hendaklah ditutup sementara sepenuhnya bagi mengelakkan limpahan bahan binaan ke dalam longkang.
IV.Bahan-bahan dan peralatan binaan juga tidak dibenarkan diletakkan di bahagian hadapan premis tersebut.

Tuntutan Wang Cagaran

I.Bagi permohonan yang melatik arkitek/pelukis pelan, permohonan hendaklah dikemukan secara bertulis melalui arkitek/pelukis pelan tersebut besertakan surat akuan bahawa binaan siap seperti syarat kelulusan dan sisa binaan telah dibersihkan, resit asal bayaran cagaran, kupon sampah yang telah disahkan di tapak pelupusan sampah dan salinan resit bayaran cukai pintu terkini.
II.Bagi permohonan pagar dan semurup, pemohon perlu mengemukakan surat permohonan, resit asal bayaran cagaran, kupon sampah dan salinan resit bayaran cukai pintu terkini.
III.Permohonan wang cagaran tidak akan dipertimbangkan sekiranya pemohon tidak mengemukakan dokumen yang lengkap atau binaan tambahan/ pindaan tersebut didapati melanggar dan tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan.

Disediakn oleh : Unit Penerbitan, MPKK

Monday, December 5, 2011

miracle of architect touch

Bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua kumpulan iaitu :-
1. bumbung rata :
mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.
2. bumbung curam :
mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.

Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-
i. Bumbung Tebang Layar
ii. Bumbung Limas
iii. Bumbung Gambriel
iv. Bumbung Layang
v. Bumbung Mansard

Pemilihan Bumbung

Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut:
i. Jenis bangunan
ii. Ketahanlasakan
iii. Rintangan kepada haba
iv. Perlindungan cahaya
v. Kecantikan
vi. Ekonomi
vii. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

Kerangka Bumbung

Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa bahagian kayu berlainan seperti kasau betina, kasau limas, kasau lurah dan sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada kategori berikut :-
i. Bumbung Selapis
ii. Bumbung Rata
iii. Bumbung Pisang Sesikat
iv. Bumbung Gadung
v. Bumbung Beralang
vi. Bumbung Kekuda

Kekuda Bumbung

Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah berdasrkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda adalah lebih besar. Kekuda dapat direka dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk kekuda yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

Penutup Bumbung

Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

i. Genting Konkrit Saling Mengikat
Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan warna yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan. Genting ini dipasang keatas kayu beroti sederhana keras berukuran 50mm x 30mm untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300mm untuk genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai. Penyumbat genting terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan. Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung.

ii. Genting Tanah Liat
Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘Marsseiles’ berukuran 400mm hingga 425mm panjang dan 225mm hingga 263 lebar dan bebas dari sebarang keretakan, serpihan dan meleding. Genting tanah liat ini hendaklah dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti berukuran 50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan keseluruhan bumbung dan dipasang dengan menggunakan simen mortar (1:3 ) yang menyerupai warna bumbung.

Siling (Ceilling)

Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan ini ialah untuk bangunan- bangunan yang berbumbung curam. Kerja Pemasangan Siling Terus Menerus
a) Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung.
b) Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran 970mm x 600mm x 6 tebal.
c) Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau.
d) Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13kk.

Sistem Perparitan

a) Parit Tanah :-
Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.
b) Longkang Konkrit Tuang Dulu:-
Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya adalah sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima, jika direkabentuk dengan sempurna.
c) Longkang Konkrit Tuang Disitu:-
Jenis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun.
d) Longkang Batu Rubble:-
Longkang ini dibina dari blok – blok batu dan juga berfungsi sebagai dinding penahan.
e) Longkang Bertingkat:-
Longkang ini dibina di mana cerun tanah adalah agak curam. Pehatian khas hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini. Kuasa hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di pandang mudah.
f) Pembentung Kekotak dan Pembentung Paip:-
Pembentung-pembentung ini dibina jika sekiranya sistem perparitan terpaksa merentasi jalan. Kelas pembentung yang sesuai haruslah digunakan berdasarkan beban dan keadaan setempat. Pembentung ini dikelaskan seperti berikut :-
STD (S) - Standard
L (X) - Low
M (Y) - Medium
H (Z) - High

g) Pemilihan kelas pembentung biasanya dibuat oleh Jurutera berdasarkan faktor-faktor berikut :-
• Tinggi tambunan
• Jenis alas
• Bebas kenderaan
• Jenis tanah
• Garis pusat dan lain-lain.

Thursday, December 1, 2011

Kos Perkhidmatan Pihak Majlis Untuk Kelulusan Ubahsuai Rumah

Berapakah bayaran yang dikenakan oleh pihak majlis untuk proses kelulusan pelan ubahsuai rumah?
Setiap majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan agak berbeza kos bayaran memproses pelan ubahsuai rumah. Di sini saya akan bincangkan kos perkhidmatan memproses kelulusan pelan ubahsuai rumah di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Setelah anda melantik akitek/perunding dan pelan telah siap untuk dikemukakan ke pihak majlis, anda perlu sediakan sejumlah wang untuk membayar khidmat memproses pelan oleh MBSA dan deposit perkhidmatan tong sampah sisa binaan (tong roro) oleh Alam Flora. Wang anda akan digunakan untuk membayar;

a. Bil proses pelan ubahsuai rumah (bergantung pada keluasan tambahan rumah)
Anggaran bil ini adalah antara RM150 hingga RM300. Jumlah bil ini adalah tertakluk kepada keluasan tambahan/ubahsuai rumah. Pelan yang dikemukakan akan disemak keluasannya dan bil akan dikeluarkan setelah pengesahan ke atas pelan dilakukan oleh pegawai/juruteknik bertugas. Biasanya akitek/perunding anda akan membuat temujanji awal bersama pegawai 'in-charge' kawasan/seksyen perumahan anda untuk semakan draf plan dan membuat kiraan bil. Ini memudahkan anda menyediakan wang untuk pembayaran bil proses pelan.

b. Bil permit letak bahan binaan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM324 serta tidak boleh dituntut semula.

c. Bil deposit pelan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM500. Ia adalah sebagai cagaran kepada pelan rumah anda untuk memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut kelulusan dan garispanduan yang ditetapkan. Anda boleh menuntut semula cagaran pelan ini setelah rumah anda siap dibina.

d. Bil deposit permit bahan binaan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM200. Ia adalah sebagai cagaran kepada kerja-kerja ubahsuai dan tempat letak bahan binaan yang dibenarkan oleh pihak majlis berhampiran rumah anda. Anda boleh menuntut semula cagaran permit bahan binaan ini setelah rumah anda siap dibina dan sisa bahan binaan dibersihkan.

Bayaran Deposit Tong RORO Alamflora
Alamflora telah dilantik oleh MBSA sebagai kontraktor pembekal tong roro, jadi anda perlu menyediakan deposit sebanyak RM1000 untuk perkhidmatan/sewaan tong roro. Alamflora akan memotong sebanyak RM270 untuk sekali penggunaan/sewa tong roro termasuk kos hantar dan ambil sisa bahan binaan.
Jika anda menggunakan 2 kali perkhidmatan tong roro, maka kosnya adalah RM540 dan baki RM460 boleh dituntut semula setelah rumah siap dibina dan dibersihkan dari sisa bahan binaan.

Bagaimana untuk membuat tuntutan semula deposit pelan MBSA dan Alamflora?

Tuntutan deposit pelan dan permit MBSA (Jumlah RM700)
- Ambil borang 'claim deposit' di kaunter 1, Jabatan Bangunan MBSA, tingkat 8
- isi dan sediakan semua salinan dokumen seperti yang diminta dalam borang tersebut
- hantar semua dokumen yang diminta bersama borang ke kaunter yang sama
- pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda. Ini untuk memudahkan anda 'follow-up' proses tuntutan cagaran tersebut.
- jika tiada masalah, dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, anda akan terima surat dari MBSA untuk mengambil cek wang cagaran anda. Suka dimaklumkan bahawa MBSA akan membuat lawatan ke rumah anda untuk membuat pemeriksaan tapak sebagai prosedur meluluskan tuntutan cagaran anda.

Tuntutan baki deposit dari Alamflora.
- isi borang tuntutan baki yang telah diberi semasa bayaran awal
- bawa resit bayaran dan borang ke pejabat Alamflora di seksyen 7, Shah Alam, alamatnya ada di resit anda
- kemukakan semua dokumen/borang/resit berkaitan di kaunter
- pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda untuk membuat 'follow-up' proses tuntutan baki cagaran tersebut.

info lanjut:

http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Pinjaman Untuk Pembiayaan Ubahsuai Rumah

Saya nak buat loan ubahsuai rumah, apa yang perlu saya buat?
Sesetengah pemilik rumah memilih untuk membuat pinjaman bank/swasta/kerajaan untuk pembiayaan ubahsuai rumah mereka. Di bawah ini dijelaskan secara ringkas prosedur tersebut.

a. Anda melantik akitek/perunding untuk menguruskan rekabentuk & mengemukakan pelan ke pihak majlis sehingga mendapat kelulusan.
b. Anda juga melantik kontraktor binaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah anda. Kontraktor akan menyediakan dokumen sebutharga ubahsuai yang terperinci.
c. Salinan pelan lulus dan sebutharga ubahsuai rumah dikemukakan oleh anda ke pihak bank/swasta/kerajaan yang akan membiayai pinjaman ubahsuai rumah anda.
d. Pihak yang berkenaan akan membuat kiraan jumlah pinjaman berdasarkan keluasan tambahan rumah dalam pelan lulus dan sebutharga yang disediakan oleh kontraktor anda.
e. Pihak pembiaya pinjaman ubahsuai rumah anda meluluskan pinjaman dengan syarat bayaran dibuat mengikut 'progress payment' ubahsuai rumah anda.

Setelah pinjaman diluluskan dan segala dokumen telah anda terima dari pihak pembiaya iaitu bank/swasta/kerajaan, anda bolehlah memulakan kerja-kerja ubahsuai rumah anda.

Nota penting!
Kontraktor akan membuat tuntutan bayaran mengikut perjanjian 'progress payment'. Sebagai contoh, kerja-kerja ubahsuai telah siap sebanyak 30%, maka kontraktor membuat tuntutan bayaran kepada anda dan pihak pembiaya ubahsuai rumah. Dalam hal ini, anda perlu melantik akitek/perunding untuk memantau kerja-kerja pembinaan dan menyediakan laporan pengesahan siap kerja pembinaan 30%. Laporan ini adalah sebagai dokumen sokongan untuk membolehkan kontraktor membuat tuntutan 'progress payment' kepada pihak bank/swasta/kerajaan.

info lanjut:
http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Bolehkah Ubahsuai Rumah Sebelum Dapat Kelulusan?

Tidak boleh! Walaupun anda nak buat kenduri kahwin bulan depan! Kenapa?
Kerana akan berlaku masalah yang pasti akan menyusahkan anda seperti;
a. Dari segi undang2, anda akan disaman & didenda berkali ganda oleh MBSA; 10 atau 20 kali ganda bergantung kepada keluasan tambahan rumah
b. Dari sudut hubungan anda dengan jiran, sudah tentu anda akan menjadi buah mulut & tidak disenangi oleh jiran kerana melanggar undang2 ubahsuai & mungkin berlaku perselisihan dengan jiran. Sanggupkah anda hidup dibenci oleh masyarakat?

Jalan yang terbaik ialah, sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum anda mengubahsuai rumah, cari & lantik akitek atau perunding yang akan menguruskan segala2nya bagi pihak anda sehingga mendapat kelulusan pelan. Anda hanya sediakan duit dan relax sahaja!

Berapa lama nak tunggu pelan lulus?
1 hari sahaja! Ya, untuk ubahsuai rumah kediaman, pihak MBSA memberi tempoh 1 hari kelulusan; dengan syarat semua dokumen yang diminta adalah lengkap dan pelan yang dikemukakan tepat & selaras dengan garispanduan ubahsuai yang dibenarkan MBSA. Pelan yang dikemukakan pada awal pagi akan melalui proses semakan/pengesahan & diluluskan disebelah petang atau esok hari.

Apa perlu dibuat untuk dapatkan kelulusan pelan 1 hari?
Saya beri contoh seperti dibawah;-
a. Akitek/perunding yang anda lantik menyediakan rekabentuk pelan kasar untuk semakan anda (anggaran tempoh 7 hari penyediaan pelan rekabentuk)
b. Pelan sebenar disediakan setelah rekabentuk dipersetujui & disahkan oleh anda
(anggaran tempoh 14 hari penyediaan pelan sebenar bersaiz A1)
c. Anda tandatangani pelan & serahkan dokumen & cek bayaran untuk MBSA kepada akitek/perunding
d. Akitek/perunding kemukakan pelan/dokumen ke Jabatan Bangunan MBSA awal pagi Isnin, 9.00am
e. MBSA memproses pelan/dokumen dan mengeluarkan bil untuk khidmat proses pelan/deposit
f. Semua bil dibayar dan salinan resit dikemukakan kembali ke Jabatan Bangunan.
g. Antara jam 4 hingga 5 petang Isnin, pelan lulus dikeluarkan MBSA & diambil oleh akitek/perunding untuk diserahkan kepada anda.

info lanjut:

http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Bolehkah Ubahsuai Rumah Melebihi Had Anjakan?

Ya dan Tidak!
Tambahan & ubahsuai rumah melebihi had anjakan adalah tertakluk kepada kebenaran dari pihak berkuasa tempatan @ majlis daerah kawasan anda. Jika anda telah membaca post sebelum ini, sewaktu pertemuan dengan pegawai 'in-charge' ubahsuai seksyen/perumahan anda, tanyakan syarat2 jika hendak membuat ubahsuai melebihi had anjakan yang dibenarkan.

Perlu diingatkan bahawa syaratnya sangat ketat kerana melibatkan situasi rumah anda jika berjiran dengan orang lain. Anda juga akan dikenakan denda bersyarat sebanyak 20 kali ganda bayaran proses pelan.

pelbagai masalah akan berlaku seperti;

- ramai jiran yang akan meniru & membuat ubahsuai yang sama (melebihi had) tanpa kebenaran jiran sebelah & kelulusan Majlis

- ubahsuai tanpa kebenaran akan berleluasa dan boleh mendatangkan bahaya kepada struktur rumah yang bersebelahan kerana tiada pelan & pengesahan Majlis.

- ramai orang akan menuding jari pada anda sebagai contoh ikutan pemilik rumah yang mula2 melebihi had ubahsuai- anda tidur tak lena memikirkan masalah ini dan macam2 lagi keserabutan!

Sebagai panduan ringkas, disini digariskan syarat-syarat pihak MBSA (mengikut pengalaman penulis http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm ) untuk mendapat kebenaran ubahsuai melebihi had. Syarat dan dokumen yang diperlukan ialah;

a. Mendapat akuan kebenaran bertulis daripada jiran bahagian tepi, depan & belakang rumah anda (4 orang jiran)
b. Menyediakan lakaran kasar bahagian rumah yang hendak ditambah melebihi had
c. Membuat surat rayuan & nyatakan sebab/alasan keperluan membuat tambahan rumah melebihi had. Anda juga perlu mengaku bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan bahagian rumah jiran yang berkongsi dengan rumah anda dalam tempoh ubahsuai rumah anda.

Setelah siap 3 perkara di atas, anda perlu mengemukakan semua dokumen tersebut ke pihak majlis (MBSA) di kaunter 1 tingkat 8 Jabatan Bangunan. Pastikan anda membuat salinan surat rayuan & surat itu di cop 'terima' yang bertarikh supaya anda boleh buat simpanan/rujukan untuk 'follow-up'.

Bilakah Majlis akan menjawab permohonan anda?

Dalam tempoh 14 hari bekerja melalui pos atau anda boleh hubungi sendiri pegawai 'in-charge' kawasan anda dan ambil sendiri surat jawapan tersebut. Mengikut pengalaman saya, jika semua syarat di atas dipatuhi insyaAllah permohonan anda akan diluluskan.Selepas mendapat surat kebenaran ini, barulah anda cari & lantik akitek/perunding untuk menyediakan pelan ke Majlis (hal ini boleh juga diuruskan sebelum perkara a,b & c.).

Nota penting; Peluang untuk mendapatkan kebenaran bertulis dari MBSA untuk ubahsuai melebihi had adalah tipis! Rayuan anda mungkin ditolak oleh pihak majlis atas dasar keselamatan & kepentingan penduduk/jiran anda! Patuhilah undang2 ubahsuai rumah untuk kebahagiaan hidup berjiran!


info lanjut:
http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Berapakah Had Anjakan Ubahsuai Yang Dibenarkan?

Tambahan & ubahsuai rumah tertakluk kepada jenis rumah dan keluasan ruang tanah yang ada mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan atau majlis daerah kawasan masing-masing.

Berikut saya senaraikan jenis rumah yang dibenarkan membuat tambahan & pindaan (extension);

1. Rumah teres 1 @ 2 @ 3 tingkat lot tengah & tepi yang mempunyai tanah lebihan di bahagian depan, tepi & belakang.
2. Rumah berkembar 1 & 2 tingkat yang mempunyai tanah lebihan di bahagian depan, tepi & belakang
3. Rumah banglo 1 & 2 tingkat yang mempunyai tanah lebihan di bahagian depan, tepi & belakang
4. Rumah berkembar 1 & 2 tingkat jenis 'cluster' (bersambung di bahagian tepi & belakang) yang mempunyai tanah lebihan di bahagian depan & tepi.

Perlu juga dimaklumkan ada jenis rumah yang tidak dibenarkan membuat tambahan ruang (kecuali ubahsuai dalaman). Jenis kediaman yang tidak dibenarkan membuat tambahan ini ialah;
1. Rumah apartment, pangsapuri dan kondominium
2. Rumah 2 tingkat jenis townhouse (tkt bwh & atas lain2 pemilik)

info lanjut:
http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Apa Perlu Dibuat Sebelum Ubahsuai Rumah?

Di sini di berikan beberapa tips ringkas perkara yang perlu anda lakukan sebelum membuat ubahsuai rumah anda.

a. Hubungi pihak majlis daerah kawasan anda dan buat temujanji dengan Juruteknik atau Pegawai yang bertugas menjaga kawasan atau seksyen. Anda boleh lihat direktori telefon dan menelefon pihak majlis untuk buat temujanji. Atau layari lamanweb majlis.
b. Sebelum anda ke Majlis, bawa dokumen untuk rujukan seperti salinan perjanjian jualbeli rumah/CF/cukai pintu/gambar rumah.
c. Catitkan senarai soalan yang anda ingin tanya di atas kertas
d. Jumpa pegawai yang telah menerima temujanji anda dan berbincang lebih lanjut.
e. Tanyakan dengan lanjut apa yang dibenarkan & yang tidak dibenarkan.
f. Mencari & melantik kontraktor binaan yang berpengalaman & bertanggungjawab.
g. Melantik akitek atau perunding yang berpengalaman untuk membuat pelan ubahsuai rumah anda dan mengemukakannya ke MBSA sehingga mendapat kelulusan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang akan timbul setelah anda berjumpa dengan pihak majlis.

info lanjut:
http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Wednesday, November 30, 2011

Ubahsuai Rumah Dan Masalahnya



Masih terdapat ramai lagi pemilik rumah yang membuat ubahsuai rumah tetapi kabur tentang undang-undang ubahsuai yang digariskan oleh Majlis.

Akibatnya berlakulah masalah seperti;

- Pemilik rumah disaman Majlis
- Tambahan rumah melebihi had dan mengganggu keselesaan jiran
- Ubahsuai rumah haram tanpa kelulusan dirobohkan Majlis
- Sampah sisa binaan tidak diselenggarakan dan mengganggu jiran serta lalulintas
- Membina tambahan rumah tanpa kebenaran jiran
- Aduan daripada jiran kerana tidak membaiki bahagian rumah yang dikongsi seperti porch, atap dsb.
- Membiarkan rumah terbengkalai sehingga mengakibatkan kacauganggu pada jiran sebelah
- Kontraktor tidak bertanggungjawab lari meninggalkan rumah terbengkalai dipenuhi dengan sampah dan notis saman Majlis yang akhirnya ditanggung pemilik rumah.

Dan pelbagai macam lagi masalah yang berlaku, di antara sebabnya adalah kerana mementingkan diri dan tidak peduli hak orang lain serta tidak mahu mengambil tahu undang-undang Majlis yang disediakan untuk kepentingan dan keselesaan bersama.




info lanjut:

http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm

Monday, November 28, 2011

Perumahan Berbilang Tingkat

PERUMAHAN BERBILANG TINGKAT

Latarbelakang

Pembangunan kawasan perumahan berbilang tingkat adalah satu daripada jenis perumahan
yang dilaksanakan dengan berbagai nama antaranya ialah pangsapuri, kondominium, apartmen
dan flat.

Isu semasa perancangan yang dihadapi ialah kepadatan yang tinggi, kurang penyediaan kemudahan-kemudahan sosial seperti tanah lapang awam, infrastruktur serta akses yang cukup, selesa dan selamat. Garis panduan ini disediakan untuk merancang dan mengawal pembangunan perumahan berbilang tingkat khususnya di peringkat permohonan kebenaran merancang dalam menyediakan pelan susun atur yang berasaskan kepada prinsip
perancangan dan pembangunan sejagat.

Piawaian Perancangan

• Kerja-kerja tanah yang bersesuaian – mengikut kontur permukaan semula jadi tapak,
kerja pemotongan dan tambunan adalah di tahap minimum, setiap permukaan cerun
ditanam dengan rumput, mematuhi garis panduan sedia ada (Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976, Akta 172 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133).
Luas tapak minimum ialah 0.8 hektar kecuali bagi pusat bandar yang mengikut
rancangan tempatan. Ketinggian bangunan minimum 3 tingkat. ‘Plinth area’ ialah 60%. Bukaan minimum ialah selebar 6 m. Lain-lain keperluan dalam piawaian ialah mengenai nisbah plot, kepadatan, saiz unit, anjakan bangunan, tempat letak kenderaan, akses, kemudahan sosial dan utiliti.

Garis Panduan Umum

Perancangan Tapak



  • Selamat dari bencana alam.


  • Diletakkan pada jarak yang bersesuaian dari kawasan perindustrian dan kawasan lain yang boleh mendatangkan pencemaran.


  • Pembinaan di kawasan berbukit dan tanah tinggi mesti mematuhi Akta 172.


  • Pemilihan tapak yang bersesuaian dengan penjanaan lalu lintas.


  • Reka bentuk susun atur perumahan mementingkan kecantikan dan keaslian alam semula jadi.


  • Merancang densiti mengikut keupayaan infrastruktur.


  • Keluasan minimum tapak ialah 0.8 hektar (2 ekar) kecuali bagi kawasan pusat bandar yang berdasarkan kepada rancangan tempatan.

Pengezonan



  • Dimajukan mengikut zon perancangan dalam rancangan pemajuan yang diluluskan.


  • Reka Bentuk Bangunan


  • Mempunyai saiz ruang keperluan asas yang mencukupi.


  • Saiz bukaan minimum ialah 6 meter (20 kaki).


  • Bilangan bilik tidur minimum adalah 3 bilik dan 2 bilik air.

Reka Bentuk dan Susun Atur Perumahan



  • Menyediakan ruang untuk kemudahan utiliti, sosial, jalan, anjakan bangunan, landskap dan tempat letak kereta.


  • Menggunakan konsep perumahan berkelompok.


  • Reka bentuk yang mesra alam.

Sistem Perhubungan



  • Sediakan jalan susur bagi unit kediaman yang berhadapan dengan jalan utama.


  • Menyediakan siar kaki dan laluan basikal / motosikal yang selamat dan selesa.

Kemudahan Awam



  • Keperluan seperti pembetungan, bekalan air, pembuangan sampah, bekalan elektrik, sistem telekomunikasi dan tempat letak kereta, tanah lapang dan rekreasi, tanah perkuburan dan landskap hendaklah disediakan secukupnya mengikut garis panduan sedia ada.

Garis Panduan Khusus


Perumahan Berbilang Tingkat (tidak termasuk ‘town house’)



  • Susun atur dan reka bentuk perumahan – saiz rumah yang cukup untuk menampung ruang aktiviti harian, minimum 3 bilik tidur dan minimum kelebaran ialah 20’ – 22’.


  • Buka hadapan bangunan – 6m - 6.7m (20 kaki-22 kaki).


  • Jarak minimum bagi anjak undur bangunan

Jarak antara bangunan



  • Infrastruktur – jalan utama, jalan susur, laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta disediakan mengikut piawaian yang ditetapkan.


  • Kemudahan sosial – menyediakan masjid, tempat ibadat bukan Islam dan kemudahan kedai mengikut piawaian sedia ada.


  • Tanah lapang dan landskap – disediakan tidak kurang dari 35% dari jumlah kawasan tapak. Bagi kepadatan rendah, jumlah minimum tanah lapang ialah 35% dan bagi kepadatan sederhana / tinggi ialah 40%, ‘set back green’ selebar 2 meter dengan tanaman pokok di sekeliling bangunan

Perumahan Berbilang Tingkat Jenis Town House



  • Ketinggian maksimum bangunan ialah 3 tingkat.


  • Kelebaran minimum ialah 6 meter.


  • Tapak liputan (site coverage) maksimum ialah 40%.


  • Tanah lapang kegunaan bersama (communal open space) keseluruhan ialah 35%.


  • Tiada kawalan bagi ruang tertutup persendirian (private space).


  • Jarak antara bangunan ialah:
    - Hadapan / belakang ke hadapan / belakang ialah 6 meter
    - Hadapan / belakang ke tepi ialah 5 meter bagi tingkat 1 dan 2, 6 meter bagi tingkat 3
    - Tepi ke tepi ialah 4 meter bagi tingkat 1 dan 2 dan 6 meter bagi tingkat 3.
    - Lain-lain perkara yang perlu disediakan ialah anjakan sempadan, akses, tempat letak kereta dan pejabat pengurusan


sumber: jpbd.pahang.gov.my

Sunday, November 20, 2011

Lukisan Perkhidmatan( Bekalan Air)

SISTEM BEKALAN AIR

Pemasangan sistem pembekalan air merangkumi sistem pembekalan air ke bangunan iaitu:




  • Samada bekalan secara terus dan/atau bekalan daripada tangki air.


  • Kerja-kerja pemasangan paip air dan komponen-komponen sistem bekalan air seperti meter air, injap sekat hala, injap bola, tangki air dan injap pintu.


  • Sistem pembekalan panas dan air sejuk seperti kedudukan pemanas air dan tangki air panas di dalam atau di luar bangunan.


  • Penyediaan ruang untuk kerja-kerja membaik pulih sistem bekalan tersebut.


  • Sistem bekalan terbahagi kepada 2 iaitu Kaedah Langsung dan Kaedah Tidak Langsung





Kaedah langsung




<!--[if !supportLists]--> sumber air adalah berpunca dari punca air utama tanpa melalui tangki terlebih dahulu.

Sistem langsung mempunyai tekanan yang kuat untuk tujuan pengagihan yang lancar




Kaedah tak langsung





Semua lekapan sanitasi dibekalkan air daripada tangki kecuali punca-punca air untuk air minuman iaitu di bahagian dapur.





UNDANG-UNDANG KERJA PAIP


Semua kerja paip yang dilakukan hendaklah mengikut undang-undang yang betul supaya dapat dapat mengurangkan kerosakan di masa hadapan. Selain itu ia juga dapat menjamin kebersihan air yang diterima oleh penggunan. Berikut adalah beberapa undang-undang kecil yang perlu dipatuhi dalam merancang kerja pemasangan paip air di rumah kediaman :


· Tap bagi sink bilik dapur dan tap air minuman mestilah mendapat bekalan air secara

terus dari meter bekalan air.

· Setiap bangunan yang menggunakan lebih daripada dua buah tap mestilah

menggunakan tangki simpanan air.

· Setiap poin keluar mestilah dipasang dengan paip kunci (stop cock) untuk memudahkan

kerja-kerja pembaikan.

· Paip bagi sistem penyaluran air panas hendaklah dipasang terus dari tangki simpanan air.

· tangki simpanan air hendaklah dipasang dengan paip limpahan untuk mengelakkan air

melimpah keluar.

· Tiap-tiap rumah kediaman mestilah mempunyai meter air.

· Pihak pengguna adalah bertanggungjawab terhadap segala penyenggaraan paip dari

meter air hingga ke poin keluar.

Pemasangan paip

Pemasangan paip mengikut prosedur dan di rekabentuk dengan sempurna akan menjamin bekalan air dapat di salurkan kepada pengguna dengan gangguan yang minimum. semasa merekabentuk, membuat spesifikasi dan melaksana sistem pemasangan paip, jurutera mesti merujuk kepada prosedur dalam piawaian atau standard. standard ini dibuat oleh pihak berkuasa yang diiktiraf dengan tujuan untuk menjadi rujukan atau panduan semasa kerja-kerja dibuat. ia bertujuan untuk memastikan perlaksanaan yang efektif. walau bagaimanapun, cara perlaksanaan adalah bergantung kepada jurutera.

dengan merujuk kepada spesifikasi ini, aspek keselamatan dan kualiti pemasangan paip akan terjamin. tanpa peraturan ini, pelbagai masalah akan timbul akibat dari rekabentuk dan pemasangan paip yang tidak betul. maka adalah penting bagi jurutera untuk memahami dan menggunakan prosedur-prosedur dalam piawaian..

Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah

simbol elektrik

Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:

a. Suis

i. Suis hendaklah ditempatkan didalam bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih.

b. Lampu

i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas.

c. Soket Keluar

i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan.

d. Unit Kawalan pengguna

i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)

Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan sistem pengeluaran CCC yang dikeluarkan oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang dahulunya oleh PBT. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.

Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan.

Sistem CCC bukan satu konsep baru. Ia merupakan peluasan sistem yang telahpun digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain ketegori bangunan. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain kategori bangunan.

Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan, pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih merupakan satu formality. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. Ini adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunannya; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek.

Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.

SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO)

Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.

CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :

  • Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.
  • Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan
  • Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.

Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.

PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
  • Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).
Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima.

Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.

Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci. Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju.

Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama, pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya.

Rest Minda

Nak rehatkan minda? ni la permintaan pelajar2 ni nak rehatkan minda diorang.. katanya pening tiap2 hari mengadap komputer, autocad.. jadi selepas melawat tapak pembinaan di gambang, persinggahan yang kedua pulak di Gambang Water Park..punya seronok diorang bermandi manda kat sini.. cuma kasihankan sorang2nya puteri dalam kelas ni Yani yang xde geng nak mandi.. maka, jadi guard beg2 si putera la yang seronok bmando manda.. Jom la tengok diorang ni..Sebelum tu, diorang ni bukan setakat bermandi manda, sepanjang beberapa jam kat Gambang Water Pak ni, kuiz tetap ada untuk diorang jawab mengikut kumpulan n kumpulan yang paling awal hantar akan mendapat hadiah..kiranya ada isinya jugak la...k la..jom cuci mata..

Lunch Time -tentatif utama sampai di Gambang Water Park.. makan kat parking pun ok..
Menanti arahan dr pensyarah untuk kuiz minda

Inilah soalan kuiz..Jawab eh..
Antara yg ada- sempat bgambar
Kusyuk mjawab soalan kuiz- settlekan dulu baru bseronok...

port rehat..

Sorang2nya puteri SMK2..
peace!!

:-o...

Nak terbang tak dapat..ni pun ok

Takut sesat...

Friday, November 18, 2011

Lawatan Tapak

Baru2 ni 10 november 2011, satu lawatan tapak telah di anjurkan pada pelajar2 SMK2 Kolej Komuniti Kuantan ( 11 pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring) di satu kawasan perumahan di Gambang. Sebenarnya aktiviti macam ni sangat bagus untuk pelajar2 ni supaya mereka lebih nampak keadaan sebenar di luar sana berbanding apabila mereka hanya duduk saja dalam kelas belajar. dan jika mereka pandai menggunakan peluang ni, mereka boleh dapat banyak sangat ilmu.. walaupun pelajar2 SMK di KK Kuantan ni ambil bidang Pelukis Pelan, ilmu pembinaan sesebuah bangunan juga penting untuk mereka tahu..

Kat bawah ni ada beberapa gambar yang di ambil masa di tapak tempohari.. Terima kasih kepada Syarikat Sentoria dan Mr Su wakil dari Sentoria Bina yang membenarkan pelajar2 SMK ini melawat tapak dan atas penerangan yang di sampaikan...




Penerangan yg diberikan sebelum masuk ke tapak



Pelajar sungguh kusyuk mendengar maklumat yg disampaikan


Masing2 teruja dengan lawatan



Sempat lg 'posing' (buat kerja dlm keadaan yg gembira)



Pelajar lain sibuk bertanya soalan, Syafiq n Faiz...(sebagai kenangan)



Bukhary, mendapatkan saiz tingkap (tugasan tetap tak dilupakan)



Wah...seronok dengan ilmu yg di beri..



bangunan yang di lawati



Antara bahan yg di gunakan bg kerangka bumbung



Bangunan kedua yg di lawati di Gambang



Sempat lg 'posing' dengan 'silt trap'



Pintu?



Pelajar n sebahagian pensyarah SMK2 yg hadir

Tuesday, November 15, 2011

Pengenalan Struktur, Rekabentuk & Komponen Bangunan

1.0 STRUKTUR
Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.

2.0 REKABENTUK
Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya. Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaan berbeza dan ini memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepadadua (2) peringkat iaitu:

(i) Analisis Struktur
(i i) Rekabentuk Struktur

2.1.2 Analisis Struktur

Analisis struktur dibuat untuk mengetahui daya yang bertindak ke atas bahagian struktur. Daya yang sering digunakan ialah daya momen dan daya ricih. Proses ini melibatkan perkiraan dan formula-formula yang rumit dan ia memerlukan tenaga jurutera yang berpengalaman serta peralatan komputer untuk mempercepatkan proses ini. Penggunaan pakej-pakej penyelesaian secara berkomputer ini walaubagaimanapun perlulah diguna dengan memahami konsep asas dan teori analisa struktur bagi mengelakkan hasil perkiraan yang tepat dari segi proses tetapi salah dari segi input dan parameter rekabentuk.

2.1.3 Rekabentuk Struktur
Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang) . Rekabentuk dilakukan berpandukan kod(kanun) amalan yang diperakukan. Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod amalan negara maju terutama kod Piawaiwan British. Namun begitu kod-kod US, Jepun, German dan Australia juga digenakan oleh mereka yang lebih mahir dengan kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa,ke semasa menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang mengeluarkan dan ini mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan rekabentuk kini tidak dapat dielakan. Khidmat Jurutera yang mahir serta penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam membuat rekabentuk struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum ujudnya komputer.

3.0 KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR
3.1 RASUK
Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.

3.1.2 Jenis-Jenis rasuk

a) Rasuk Utama (Main Beam)
Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang.

b) Rasuk Kedua (Secondary Beam)
Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut.

c) Rasuk pengikat (Tie Beam)
Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.

d) Rasuk tepi (Edge Beam)
Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:-
a) Rasuk tupang mudah
b) Rasuk Selanjar..
c) Rasuk julur.
d) Rasuk Kerangka




















































































Garis Panduan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan

Rujukan Garis Panduan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan boleh di capat melalui link berikut:

Majlis Perbandaran Kuantan:
http://www.mpk.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=155e340d-384e-4f21-abb3-93db26ffe397&groupId=10124

Perbadanan Putrajaya:
http://portal.ppj.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=17331&folderId=50367&name=DLFE-2908.pdf

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/borang/panduan/OSA_garispanduan.pdf

Majlis Perbandaran Selayang:
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10374&folderId=119856&name=DLFE-3601.pdf

Majlis Daerah Kuala Selangor:
http://www.mdks.gov.my/panduan

Garis Panduan Bangunan Komersial

Garis panduan ini merangkumi bangunan Kerajaan sama ada projek bangunan yang baru yang bernilai RM5 juta ke atas atau kerja-kerja pengubahsuaian kepada bangunan yang sedia ada atau bangunan swasta yang disewa yang bernilai RM1 juta ke atas.

Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang menyentuh aspek-aspek berikut:-
a. Garis panduan bagi merancang sesuatu bangunan Kerajaan dengan berdasarkan kepada norma keluasan ruang lantai(floor space norms).
b. Garis panduan penggunaan bahan binaan dan kemasan yang telah ditetapkan; berdasarkan kepada kategori bangunan mengikut kepentingan, fungsi dan implikasi kewangannya.
c. Garis panduan bagi keperluan kerja-kerja mekanikal dan elektrik.
d. Garis panduan bagi kerja-kerja luar bangunan (external works).
e. Garis panduan penggunaan Sistem Binaan Berindustri(Industrialised Building System).

Anda boleh download Garis Panduan ini melalui link di bawah:

http://www.jpph.gov.my/V2/pdf/GarisPanduanBangunan.pdf

Tuesday, November 8, 2011

PENGENALAN KEPADA ASAS

Gambarajah menunjukkan kedudukan asas bangunan



Asas cetek adalah asas yang kedalamannya dikira dari bahagian aras tanah siap (finished ground level) kurang dari tiga meter(3m) dan dengan kedalaman minima 1.5 meter (5 kaki) mengikut
piawaian JKR. Antara jenis-jenis asas cetek ialah asas pad, asas jalur, asas berkembar dan asas
rakit.




Gambarajah menunjukkan beban yang di agihkan ke asas



Fungsi asas yang paling utama adalah untuk memindahkan beban struktur bangunan ke lapisan
tanah dibawahnya. Luas permukaan asas dapat diperolehi dari nilai beban per keupayaan galas
tanah.

• Semakin luas permukaan sesuatu asas, semakin bertambah ketebalannya. Apabila
keadaan ini berlaku, berat asas itu sendiri menjadi beban terhadap lapisan dibawahnya.
Di samping itu, kos yang diperlukan juga bertambah tinggi. Untuk mengatasinya, asas
akan dibina daripada konkrit tetulang. Asas konkrit tetulang pada amnya lebih murah dan
lebih mudah dibina jika dibandingkan dengan asas konkrit tanpa tetulang yang terlalu
besar. Namun demikian, perkhidmatan jurutera struktur diperlukan untuk menyediakan
rekabentuk asas konkrit tetulang yang selamat dan ekonomi itu.



• Dengan reka bentuk yang sesuai, asas tidak sepatutnya mengalami enapan. Sekiranya
salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur atas akan mengalami keretakan.
Lebih besar enapan yang berlaku, lebih besarlah keretakan yang dihasilkan. Keretakan ini
pula akan menjadi punca kecacatan bangunan yang lain. Oleh sebab itu, luas permukaan
asas mesti mencukupi sesuai dengan keupayaan galas tanah supaya beban dapat
dipindahkan ke tanah dengan selamat tanpa mengalami enapan.




Gambarajah menunjukkan bangunan yang tidak mempunyai asas yang kukuh



• Untuk mengekalkan kedudukan bangunan pada kedudukan awal. Terutama bagi
bangunan-bangunan pencakar langit yang mungkin mengalami pergerakan akibat tiupan
angin kencang. Dalam hal ini, asas bertindak sebagai pengikat supaya bangunan tetap
tidak berubah pada kedudukan asalnya.
• Ini dapat dilakukan dengan menentukan jenis asas yang sesuai dengan kedalaman yang
mencukupi berdasarkan ketinggian bangunan dan keadaan tanah. Secara umumnya,
dalam pembinaan bangunan domestic pada tanah yang biasa, asas dibina dengan
kedalaman 1 meter hingga 1.5 meter di bawah aras bumi. Kedalaman ini cukup untuk
mengelakkan pergerakan bangunan secara mendatar dan juga mengelakkan kerosakan
asas akibat pengembangan dan pengucupan tanah. Pada bangunan tinggi, asas dibina
jauh lebih dalam bagi maksud ini. Penggunaan cerucuk dapat mempertingkatkan
keupayaan asas dalam mengekalkan kedudukan bangunan kerana cerucuk bertindak
seperti akar pokok yang mencengkam bumi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...