Followers

Tuesday, November 8, 2011

PENGENALAN KEPADA ASAS

Gambarajah menunjukkan kedudukan asas bangunan



Asas cetek adalah asas yang kedalamannya dikira dari bahagian aras tanah siap (finished ground level) kurang dari tiga meter(3m) dan dengan kedalaman minima 1.5 meter (5 kaki) mengikut
piawaian JKR. Antara jenis-jenis asas cetek ialah asas pad, asas jalur, asas berkembar dan asas
rakit.




Gambarajah menunjukkan beban yang di agihkan ke asas



Fungsi asas yang paling utama adalah untuk memindahkan beban struktur bangunan ke lapisan
tanah dibawahnya. Luas permukaan asas dapat diperolehi dari nilai beban per keupayaan galas
tanah.

• Semakin luas permukaan sesuatu asas, semakin bertambah ketebalannya. Apabila
keadaan ini berlaku, berat asas itu sendiri menjadi beban terhadap lapisan dibawahnya.
Di samping itu, kos yang diperlukan juga bertambah tinggi. Untuk mengatasinya, asas
akan dibina daripada konkrit tetulang. Asas konkrit tetulang pada amnya lebih murah dan
lebih mudah dibina jika dibandingkan dengan asas konkrit tanpa tetulang yang terlalu
besar. Namun demikian, perkhidmatan jurutera struktur diperlukan untuk menyediakan
rekabentuk asas konkrit tetulang yang selamat dan ekonomi itu.



• Dengan reka bentuk yang sesuai, asas tidak sepatutnya mengalami enapan. Sekiranya
salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur atas akan mengalami keretakan.
Lebih besar enapan yang berlaku, lebih besarlah keretakan yang dihasilkan. Keretakan ini
pula akan menjadi punca kecacatan bangunan yang lain. Oleh sebab itu, luas permukaan
asas mesti mencukupi sesuai dengan keupayaan galas tanah supaya beban dapat
dipindahkan ke tanah dengan selamat tanpa mengalami enapan.




Gambarajah menunjukkan bangunan yang tidak mempunyai asas yang kukuh



• Untuk mengekalkan kedudukan bangunan pada kedudukan awal. Terutama bagi
bangunan-bangunan pencakar langit yang mungkin mengalami pergerakan akibat tiupan
angin kencang. Dalam hal ini, asas bertindak sebagai pengikat supaya bangunan tetap
tidak berubah pada kedudukan asalnya.
• Ini dapat dilakukan dengan menentukan jenis asas yang sesuai dengan kedalaman yang
mencukupi berdasarkan ketinggian bangunan dan keadaan tanah. Secara umumnya,
dalam pembinaan bangunan domestic pada tanah yang biasa, asas dibina dengan
kedalaman 1 meter hingga 1.5 meter di bawah aras bumi. Kedalaman ini cukup untuk
mengelakkan pergerakan bangunan secara mendatar dan juga mengelakkan kerosakan
asas akibat pengembangan dan pengucupan tanah. Pada bangunan tinggi, asas dibina
jauh lebih dalam bagi maksud ini. Penggunaan cerucuk dapat mempertingkatkan
keupayaan asas dalam mengekalkan kedudukan bangunan kerana cerucuk bertindak
seperti akar pokok yang mencengkam bumi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...