Pemasangan sistem pembekalan air merangkumi sistem pembekalan air ke bangunan iaitu:
- Samada bekalan secara terus dan/atau bekalan daripada tangki air.
- Kerja-kerja pemasangan paip air dan komponen-komponen sistem bekalan air seperti meter air, injap sekat hala, injap bola, tangki air dan injap pintu.
- Sistem pembekalan panas dan air sejuk seperti kedudukan pemanas air dan tangki air panas di dalam atau di luar bangunan.
- Penyediaan ruang untuk kerja-kerja membaik pulih sistem bekalan tersebut.
- Sistem bekalan terbahagi kepada 2 iaitu Kaedah Langsung dan Kaedah Tidak Langsung
Kaedah langsung
<!--[if !supportLists]--> sumber air adalah berpunca dari punca air utama tanpa melalui tangki terlebih dahulu.
Kaedah tak langsung
Semua lekapan sanitasi dibekalkan air daripada tangki kecuali punca-punca air untuk air minuman iaitu di bahagian dapur.
UNDANG-UNDANG KERJA PAIP
Semua kerja paip yang dilakukan hendaklah mengikut undang-undang yang betul supaya dapat dapat mengurangkan kerosakan di masa hadapan. Selain itu ia juga dapat menjamin kebersihan air yang diterima oleh penggunan. Berikut adalah beberapa undang-undang kecil yang perlu dipatuhi dalam merancang kerja pemasangan paip air di rumah kediaman :
· Tap bagi sink bilik dapur dan tap air minuman mestilah mendapat bekalan air secara
terus dari meter bekalan air.
· Setiap bangunan yang menggunakan lebih daripada dua buah tap mestilah
menggunakan tangki simpanan air.
· Setiap poin keluar mestilah dipasang dengan paip kunci (stop cock) untuk memudahkan
kerja-kerja pembaikan.
· Paip bagi sistem penyaluran air panas hendaklah dipasang terus dari tangki simpanan air.
· tangki simpanan air hendaklah dipasang dengan paip limpahan untuk mengelakkan air
melimpah keluar.
· Tiap-tiap rumah kediaman mestilah mempunyai meter air.
· Pihak pengguna adalah bertanggungjawab terhadap segala penyenggaraan paip dari
meter air hingga ke poin keluar.
No comments:
Post a Comment