Followers

Sunday, March 31, 2013

MELUKIS KERATAN KELULI

LANGKAH 1:
Daripada data dimensi yang diperolehi, dapatkan saiz keluli yang dikehendaki. Sebagai contoh, dimensi seperti rajah di bawah di ambil.

Gambarajah yang akan di lukis adalah seperti berikut:


LANGKAH 2: Melukis keratan
Bina garisan menggunakan arahan ‘line’ dari titik A ke B dengan bacaan  nilai bf = 311mm.



Offset garisan AB tersebut dengan ketebalan tf = 25mm.

  
Bina satu garisan tengah antara AB dengan kepanjangan d = 327 mm.



Offset garisan tersebut ke bahagian kiri dan kanan sebanyak 15.7/2 = 7.85 mm.



Gunakan arahan ‘tan,tan, radius’untuk membuat bulatan separa bulat berjejari r1 = 16.5 mm.



Gunakan arahan ‘trim’ untuk menghasilkan lengkok seperti gambarajah.


Guna arahan ‘mirror’, mirror objek ke bahagian atas melalui paksi x-x.


  
Selesai melukis, masukkan dimensi bagi setiap bahagian yang perlu seperti di bawah.

.
Anda juga boleh download dalam bentuk PDF di sini, bagi memudahkan anda melihat dengan lebih jelas

Merekabentuk keluli


MELUKIS KERATAN KELULI

Untuk melukis keratan keluli bagi 'Universal Column', 'Universal Beam', C-Channel, Angle, anda perlu mengetahui ukuran sebenar rebentuk setiap keluli yang hendak di hasilkan. Setiap ukuran ini diperolehi daripada proses merekabentuk struktur mengikut analisis yang telah ditentukan. Contoh-contoh ukuran-ukuran yang akan digunakan dalam melukis keratan boleh di lihat seperti di bawah. Kawasan yang telah diwarnakan digunakan untuk melukis keratan ini.




Monday, March 25, 2013

BENTUK KELULI SERTA DIMENSI





Bentuk-bentuk keratan keluli boleh di lihat di sini..

KELULI TERBENTUK SEJUK (COLD FORMED STEEL)



Istilah yang digunakan untuk merangka sejenis keluli yang berbentuk keratannya diperolehi daripada hasil proses menekan (press braking) dan melipat (folding) kepingan keluli nipis
Keluli tergelek sejuk dibentuk pada suhu bilik.

Keluli terbentuk sejuk ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah untuk pembinaan anggota lenturan, tegangan, mampatan, tiang dan sebagainya
Merupakan keluli yang terhasil daripada kepingan keluli (steel sheet), jalur (strip), plat (plate) atau bar leper (flat bar) melalui penggunaan mesin gelung pembentuk.
Secara amnya, ketebalannya lebih nipis berbanding keluli tergelek panas dan menggunakan skru sebagai sambungan antara anggota kekuda


PENGGUNAAN:
i. Dinding penanggung beban

ii. Kerangka kekuda
iii. Kerangka ruang
iv. Dinding sekatan
v. Rak penyimpan barang-barang
vi. Lintel untuk pintu dan tingkat pada pembinaan menggunakan batu-bata
vii. Kerangka rumah dan bangunan bertingkat rendah


KELEBIHAN-KELEBIHAN :
 
i.Peningkatan kekuatan anjal dan kekuatan tegangan muktamad.
ii.Ketepatan dari segi bentuk anjal dan saiz dapat diperolehi dengan konsisten
iii.Pengawalan kualiti lebih terperinci
iv.Proses dapat menghasilkan keratan yang pelbagai bentuk dan dimensi serta kepanjangan yang tidak terhad.
v.Tiada serangan serangga dan kulat.
vi.Pelbagai jenis kaedah sambungan dan gabungan
vii.Penggunaan material yang minima kesan dari ketebalan bentuk yang minima.
viii.Keuntungan yang tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...