Followers

Thursday, March 21, 2013

PLUMBUM

 
Logam ini mempunyai ketumpatan yang tinggi, lembut serta mempunyai daya ketahanan kakisan yang baik. Plumbum juga merupakan pengalir yang baik untuk elektrik dan haba.
 
Permukaan plumbum kelihatan kelabu kerana ianya disaluti oleh satu lapisan oksid dan apabila digilap ianya kelihatan biru-keperakan. Plumbum senang dipotong, dituang, dikerja sejuk dan boleh menjalani proses extrusi.

Plumbum digunakan untuk membuat paip air, pembalut kabel, salutan untuk bekas kimia, berat timbang, pelindung daripada pancaran-x, pancaran radiaoaktif di dalam loji nuklear.

Plumbum juga digunakan sebagai bahan aloi dengan timah untuk dibuat logam pateri. Plumbum ditambah pada bahan galas jenis gangsa untuk menambahkan sifat keplastikannya supaya ia boleh beroperasi di dalam keadaan kering jika system pelincirannya rosak.
Sifat-sifat utama plumbum.
 
a) Kekuatan tegangan 18 N/mm2
b) Kekerasan 4 - 8 NKB
c) Suhu lebur 327 C
d) Ketumpatan 11 g/cm3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...