Followers

Monday, March 25, 2013

KELULI TERBENTUK SEJUK (COLD FORMED STEEL)



Istilah yang digunakan untuk merangka sejenis keluli yang berbentuk keratannya diperolehi daripada hasil proses menekan (press braking) dan melipat (folding) kepingan keluli nipis
Keluli tergelek sejuk dibentuk pada suhu bilik.

Keluli terbentuk sejuk ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah untuk pembinaan anggota lenturan, tegangan, mampatan, tiang dan sebagainya
Merupakan keluli yang terhasil daripada kepingan keluli (steel sheet), jalur (strip), plat (plate) atau bar leper (flat bar) melalui penggunaan mesin gelung pembentuk.
Secara amnya, ketebalannya lebih nipis berbanding keluli tergelek panas dan menggunakan skru sebagai sambungan antara anggota kekuda


PENGGUNAAN:
i. Dinding penanggung beban

ii. Kerangka kekuda
iii. Kerangka ruang
iv. Dinding sekatan
v. Rak penyimpan barang-barang
vi. Lintel untuk pintu dan tingkat pada pembinaan menggunakan batu-bata
vii. Kerangka rumah dan bangunan bertingkat rendah


KELEBIHAN-KELEBIHAN :
 
i.Peningkatan kekuatan anjal dan kekuatan tegangan muktamad.
ii.Ketepatan dari segi bentuk anjal dan saiz dapat diperolehi dengan konsisten
iii.Pengawalan kualiti lebih terperinci
iv.Proses dapat menghasilkan keratan yang pelbagai bentuk dan dimensi serta kepanjangan yang tidak terhad.
v.Tiada serangan serangga dan kulat.
vi.Pelbagai jenis kaedah sambungan dan gabungan
vii.Penggunaan material yang minima kesan dari ketebalan bentuk yang minima.
viii.Keuntungan yang tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...