- Kuprum merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan dan telah pun digunakan sejak 6000 tahun yang lalu.
- Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industri elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen.
- Kuprum juga menjadi unsur penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang.
- Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih tersebut.
- Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan pembersihan.
Sifat-sifat utama kuprum.
a) Kekuatan tegangan 215 N/mm2
b) Kekuatan mampatan 300 N/mm2c) Kekerasan 80 NKB ( jenis tuangan ), 90 NKB ( kerja sejuk ), 66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap )
d) Kemuluran dari segi pemanjangan 25% (jenis tuangan ), 55% ( sepuh-lindap ), 3% (kerja sejuk )
e) Suhu lebur 1083 oC
f) Ketumpatan 8.9 g/cm3
g) Ketahanan daripada kakisan atmosfera dan air.
h) Pengalir elektrik yang amat baik.
Kegunaan utama kuprum ialah untuk membuat kabel, peralatan untuk televesyen dan radio, suis, paip air, bahan pateri, bekas memasak, bahagian-bahagian kapal dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment