Followers

Sunday, October 7, 2012

Lawatan Tapak ke Tanjung Lumpur

Lawatan di sertai oleh pelajar-pelajar SMK 2 dan SMK 4.










Aktiviti Sihat

Aktiviti sihat yang dilakukan oleh pelajar di dalam kelas agar tidak bosan memandangkan 24jam seminggu perlu mengadap Autocad.

24 SEPTEMBER 2012







Aktiviti gotong-royong di teruskan oleh pelajar di dalam kelas agar tidak bosan memandangkan 24jam seminggu perlu mengadap Autocad.

27 SEPTEMBER 2012




Sunday, September 23, 2012

Friday, September 21, 2012

Invert Level (IL)

Contoh gambarajah

Camne kita nak tahu berapa invert level (IL) untuk setiap manhole (MH) yang kita sediakan dalam pelan. Sebelum tu, kena ingat... setiap orang mungkin berbeza...

Jom kita tengok contoh pengiraan di bawah... ---->>

Gradian Penggalian 1:200

Diberi
žAras Tanah / Ground Level              =   A  m
žKedalaman / Depth MH1                 =  B  mm
žJarak / Distance MH1 ke MH2        =  C  mm
žJarak / Distance MH2 ke MH3        = D mm

Kedalaman MH 1 = B mm
IL MH1 = Aras Tanah – Kedalaman MH1
      = A – B
      =  E

Beza kedalaman MH 1 & MH 2
= Jarak MH1 & MH 2
     200 ( Gradian Penggalian)
=   C   
    200
=  F mm

Kedalaman MH2
= kedalaman MH 1 + beza kedalaman MH1 dan MH2
=  B + F
=  G mm
IL  MH 2 = Aras tanahKedalaman MH2
                =  A – G
                =  H


žBeza kedalaman MH2 & MH3

 = Jarak MH2 & MH3
     200 (Gradian Penggalian)
=     D   
     200
= I mm

Kedalaman MH3
= kedalaman MH 1 + beza kedalaman MH2 dan MH3
=  B + I
=  J mm
IL  MH 3 = Aras tanahKedalaman MH3
                =  A – J
                =  K


Ok semua... selamat mencuba..

Wednesday, August 15, 2012

Senarai Semak 2

Pelajar2 LS2, anda boleh semak pelan-pelan yang anda lukis berdasarkan senarai di bawah sebagai rujukan untuk dapatkan lukisan yang lengkap..



Jadual pintu dan tingkap
i. Jenis-jenis pintu dan tingkap di dalam pelan.
ii. Saiz setiap jenis pintu dan tingkap.
iii. Spesifikasi bahan untuk setiap jenis pintu dan tingkap

Jadual keluasan lantai

i. Senarai semua ruang yang terdapat dalam pelan lantai
ii. Pengiraan keluasan lantai untuk setiap ruang.
iii. Semua hasil pengiraan dalam jadual keluasan lantai

Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi

i. Senarai ruang-ruang yang terdapat dalam pelan lantai.
ii. Saiz pembukaan pada ruang-ruang yang telah disenaraikan di dalam pelan lantai
iii. Pengiraan keperluan peratus pengudaraan dan pencahayaan semulajadi mengikut kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Piawaian Pihak Berkuasa Tempatan
iv. Pengiraan peratus pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang disediakan di dalam pelan mengikut ruang-ruang yang disenaraikan.
v. Semua hasil pengiraan diisi ke dalam jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi

Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal

i. Bilangan kelengkapan sanitari dan elektrikal di dalam pelan lantai.
ii. Semua hasil dapatan diisi dalam jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal

Jadual petunjuk kemasan

i. Senarai kod-kod kemasan yang digunakan di dalam pelan.
ii. Senarai keterangan bagi setiap kod yang disenaraikan.
iii. Semua hasil dapatan diisi dalam jadual petunjuk kemasan.

Diagramatik Sistem Sanitari


i. Kedudukan aras tanah,aras lantai dan aras siling.
ii. Bilangan manhole
iii. Lukisan alat lekapan sanitari
iv. Lukisan jenis paip pembuangan air sisa dan najis
v. Lukisan Tangki Septik

Diagramatik Sistem Bekalan Air

i. Kedudukan aras tanah,aras lantai dan aras siling.
ii. Meter dan tangki air
iii. Paip bekalan dan paip agihan
iv. Stop cock pada setiap agihan lekapan sanitari
v. Nama ruang

Pelan Pembalikan Siling dan Susunatur Kelengkapan Elektrik.

i. Lukisan pelan lantai
ii. Rekabentuk siling yang dikehendaki
iii. Susunatur lekapan elektrikal
iv. Spesifikasi

Senarai Semak Lukisan Pelan

Pelajar2 LS2, anda boleh semak pelan-pelan yang anda lukis berdasarkan senarai di bawah sebagai rujukan untuk dapatkan lukisan yang lengkap..

Pelan Kunci dan Pelan Lokasi


i. Tanda dan label tapak cadangan.
ii. Kedudukan arah mata angin.
iii. Tajuk dan skala

Pelan Tapak

i. Garisan anjakan bangunan
ii. Orientasi dan perletakan bangunan di atas tapak.
iii. Garisan grid.
iv. Aras lantai
v. Ukuran keseluruhan bangunan.
vi. Kedudukan meter air dan elektrik.
vii. Spesifikasi dan label.
viii. Nombor lot tapak dan lot bersebelahan.
ix. Nama jalan, tiang elektrik dan lampu.
x. Bearing dan ukuran garisan sempadan.
xi. Kedudukan longkang berhampiran.
xii. Jalan utama dan laluan masuk ke tapak.
xiii. Arah aliran paip sanitari.
xiv. Kedudukan lurang, kedalaman dan invert level (IL)
xv. Lokasi tangki septik.
xvi. Kedudukan kebuk sampah.
xvii. Kedudukan pembentung/papak lintasan (culvert/slab crossing)
xviii. Arah aliran air longkang
xix. Kedudukan buangan akhir longkang (final discharge)
xx. Kedudukan paip pembekal air utama.
xxi. Kedudukan tembok/pagar
xxii. Kkedudukan arah mata angin.
xxiii. Tajuk dan skala

Pelan Lantai


i. Lukiskan garisan grid.
ii. Lukiskan aras lantai.
iii. Lukiskan dimensi dalaman.
iv. Lorekkan pada kemasan jubin lantai (tandas & dapur).
v. Tuliskan spesifikasi bahan dan komponen-komponen bangunan.
vi. Lukiskan garisan sempadan dan garisan anjakan bangunan.
vii. Lukiskan label untuk kelengkapan sanitari, nama ruang, dan keluasan ruang dan kemasan lantai.
viii. Lukiskan simbol tingkap dan lantai.
ix. Lukiskan susunatur perpaipan.
x. Lukiskan arah aliran paip buangan.
xi. Lukiskan kedudukan lurang, kedalaman dan invert level (IL)
xii. Lukiskan lokasi tangki septik.
xiii. Lukiskan kedudukan tangki air .
xiv. Lorekkan simbol dinding.
xv. Lukiskan arah aliran air longkang.
xvi. Lukiskan kedudukan buangan akhir longkang (final discharge).
xvii. Lukiskan kedudukan meter air dan paip pembekal air utama.
xviii. Lukiskan kedudukan tembok/pagar .
xix. Lukis kedudukan arah mata angin.
xx. Tulis tajuk dan skala.

Pelan Bumbung

i. Lukiskan garisan perimeter bumbung mengikut jarak jarak cucur atap yang ditetapkan.
ii. Lukiskan garisan grid.
iii. Lukiskan dimensi .
iv. Lukiskan garisan perimeter dinding luar bangunan.
v. Lukiskan garisan perabung, dan alur .
vi. Lukiskan kedudukan ‘gutter’, ‘rain water down pipe’, tangki air, arah jatuhan air hujan, paip pengudaraan, garisan keratan.
vii. Lorekkan kemasan bumbung.
viii. Tuliskan spesifikasi bahan dan komponen-komponen bumbung.

Lukisan keratan :


i. Tajuk Keratan X-X / Keratan Y-Y
ii. Skala
iii. Grid dan Bubble Grid
iv. Garisan dimensi dan dimensi
v. Garisan keratan dinding bangunan
vi. Kedudukan dan simbol keratan pintu dan tingkap
vii. Simbol pintu dan tingkap
viii. Kedudukan beam untuk struktur bumbung dan floor beam
ix. Struktur binaan bumbung
x. Struktur binaan siling
xi. Struktur binaan lantai
xii. Kedudukan asas pad
xiii. Struktur apron
xiv. Struktur binaan longkang
xv. Label ruang
xvi. Label ketinggian aras tanah, lantai, alang atas dan siling
xvii. Dimensi ketinggian bangunan
xviii. Nota Spesifikasi
xix. Pandangan dinding dalam / pintu / tingkap (jika ada)
xx. Kecerunan bumbung
xxi. Kedudukan tangki air
xxii. Ruang terbuka (void)
xxiii. Perbezaan ketinggian lantai (drop)

Lukisan pandangan :

i. Tajuk Pandangan
ii. Skala
iii. Grid dan Bubble Grid
iv. Garisan dimensi dan dimensi
v. Garisan unjuran dinding / tiang bangunan
vi. Ketinggian aras tanah, aras lantai, alang atas dan siling
vii. Label aras
viii. Simbol tingkap dan pintu
ix. Ruang terbuka (void)


Lukisan Berjadual bagi Bangunan



Merujuk Undang-undang Kecil Bangunan (Bahagian II, No. 15 : Spesifikasi)

Jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan pelan-pelan yang dikemuka untuk diluluskan hendaklah disertakan dengan spesifikasi semua bahan yang dicadang hendak digunakan.
Antara jadual yang terlibat:
  • Jadual pintu dan tingkap
  • Jadual keluasan lantai
  • Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi
  • Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal
  • Jadual petunjuk kemasan
Jadual pintu dan tingkap


Dihasilkan untuk memudahkan kontraktor dan arkitek menyenaraikan keperluan dalam sesuatu projek.

Pintu dan tingkap di dalam pelan ditandakan mengikut simbol yang sesuai untuk membolehkan jenis, saiz dan kedudukan di kenalpasti.

Jadual keluasan lantai

Di gunakan untuk mengira kawasan tapak yang akan di bangunkan untuk tujuan pengiraan kos serta sebagai rujukan kepada majlis dalam pembayaran yuran kelulusan pelan.
Untuk mendapatkan keluasan lantai bagi sesuatu ruang, fungsi ruang itu perlu di kenal pasti sebagai rujukan dan dimensi hendaklah di tunjukkan dengan jelas di dalam pelan.
Keluasan ruang terbahagi kepada dua iaitu Ruang terbuka dan Ruang tertutup

Ruang Terbuka
Ruang yang hanya di gunakan untuk satu jangka masa yang singkat sahaja dan kadar penggunaan pada setiap hari adalah sangat jarang seperti;


                          toilets, tangga, terrace, porch, balcony, corridor

Ruang Tertutup
Adalah ruang yang di gunakan oleh pengguna bangunan untuk menjalankan aktiviti harian dan besar kemungkinan akan berada di dalam ruang itu untuk satu janka masa yang panjang seperti;


                          bilik tidur, dapur, living room, dining

Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi

Disediakan untuk memastikan bangunan yang di reka bentuk ini mematuhi keperluan dalam Undang-undang kecil bangunan Seragam edisi 2009 Bahagian III seksyen 39 (Cahaya dan Pengudaraan Semulajadi).


Bagi pengudaraan, semua ruang perlu penyediaan pembukaan sebanyak 10% kecuali tandas dan ruang utiliti hanya 5%. Untuk pencahayaan, 5% untuk semua ruang. Boleh rujuk Undang-undang Kecil Bangunan

Peratusan disediakan dikirakan berdasarkan kepada luas bukaan yang disediakan dalam ruang tersebut seperti Tingkap, Louvers, Fix glass

Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal

Disediakan untuk membolehkan kontraktor mendapat bilangan yang diperlukan serta spesifikasi kelengkapan yang akan digunakan.


Untuk menyediakan jadual ini, seorang itu perlulah mengira jumlah bilangan berdasarkan pelan yang telah disediakan dan tidak perlu dihantar sebagai satu keperluan dalam pelan untuk mendapatkan kelulusan.

Jadual petunjuk kemasan

Petunjuk kepada spesifikasi kemasan perlu disediakan untuk membezakan kemasan di dalam setiap ruang

Monday, August 13, 2012

Kursus Arts 4 Palestine Day 2

Semangat yang di tunjukkan amat menggalakkan..
Kerjasama bagi menghasilkan hasilyang memuaskan..
Teknik yang digunakan dengan menggunakan daun bagi menghasilkan hasil yang lebih baik..
Hasilnya..
|
V


Masa yang tidak di sia-siakan
Antara pakar yang hadir dari POLISAS
Pakar menunjukkan teknik-teknik mewarna
Antara pelajar yang mengambil bahagian.. tp muka tak nampak la..
Dari Puan Nor Alina (POLISAS)
Hasil tangan Puan Azliza
Hasil tangan Puan Azharina


Hasil tangan Puan Rohana



Sunday, August 12, 2012

97 IPT sah sertai Sukipt

SEBANYAK 97 institusi pengajian tinggi (IPT) mengesahkan penyertaan pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Sukipt) yang berlangsung dari 28 Oktober hingga 8 November ini.
Penyelaras Media Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Nur Ekmal Buhary berkata, temasya dwitahunan yang julung kali dianjurkan kementerian itu akan berlangsung di 16 venue, membabitkan IPT sekitar Lembah Klang dan Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.
“Penganjuran Sukipt bertujuan mencari pemain berbakat dalam jumlah besar untuk mewakili negara dalam kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos, Disember ini dan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Russia pada 2013.
“Penganjuran Sukipt selaras dengan penubuhan Dasar Pembangunan Sukan IPT 2009. Sasaran kita adalah lebih 100 penyertaan bagi tahun ini. Tarikh tutup penyertaan akhir September,” katanya.
Sebanyak 20 IPT awam (IPTA), 40 IPT swasta, 27 politeknik dan 10 kolej komuniti mengesahkan penyertaan dalam kejohanan tu.
Antara IPT terbabit ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Kolej Antarabangsa KBU dan Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur.
“Acara sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukipt adalah mengikut standard acara temasya sukan AUG dan sukan Universiade,” katanya.
Sebanyak 15 acara, olahraga, renang, tenpin bowling, badminton, bola tampar dewan dan pantai, ragbi 7 sebelah, bola jaring, tenis, memanah, taekwondo, karatedo, catur, sepak takraw dan menembak akan dipertandingkan. Sukipt dijangka membabitkan penyertaan 15,000 atlet, pegawai dan sukarelawan.

Artikel ini disiarkan pada : 13/08/2012

Sumber : Harian Metro


Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal menganjurkan antara sukan terbesar peringkat kebangsaan iaitu Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT). SUKIPT yang bakal menjadi acara dwitahunan akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 28 Oktober hingga 8 November 2012 dengan matlamat penyertaan menyeluruh IPT seluruh negara yang bernaung di bawah KPT.


Majlis Pelancaran Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) telah diadakan pada 24 Mei 2012 (Khamis) bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Pengajian Tinggi.

Untuk maklumat lanjut di http://www.sukipt.com.my/  

*** ...Selamat Hari Raya... ***



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua pelajar-pelajar serta bekas-bekas pelajar Lukisan Senibina (LS2).. 
Moga raya kali ini akan memberi beribu keceriaan, keinsafan dan kebahagiaan kepada semua..
Berhati2 bila balik kampung nanti yer..Tapi jangan lupa, seminggu je cuti, lepas tu kuliah macam biasa yer..

Wednesday, August 1, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...