Followers

Tuesday, November 1, 2011

UKBS 1984 (Bahagian III : RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN)

39. (1) Tiap-tiap bilik yang direkabentuk, dipadan atau digunakan bagi maksud-maksud kediaman, perniagaan atau lain-lain kecuali hospital dan sekolah hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 5% daripada keluasan lega lantai itu.

(2) Tiap-tiap bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit di sesuatu hospital hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 15% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 71/2% daripada keluasan lantai itu.

(3) Tiap-tiap bilik yang digunakan bagi maksud menjalankan kelas-kelas dalam sesuatu sekolah hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu at au lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang bolch membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lantai itu.

(4) Tiap-tiap jamban pam, tandas, tempat buang air kecil atau bilik mandi hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih ruang buka yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 0.2 meter persegi bagi satu jamban pam, tandas, tempat buang air kecil atau bilik mandi dan ruang buka itu hendaklah boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu.

40. (1)
(a) Saiz minimum bagi setiap ruang udara jika diadakan dalam semua bangunan adalah seperti berikut:
(i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 7 meter persegi;
(ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 9 meter persegi;
(iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 11 meter persegi;
(iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 13 meter persegi;
(v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 15 meter persegi.
(b) Lebar minimum bagi ruang udara itu pada mana-mana sisinya ialah 2.5 meter.

(2) (a) Saiz minimum bagi setiap ruang udara untuk tandas , jamban pam dan bilik mandi adalah seperti berikut:
(i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 3.5 meter persegi;
(ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 4 meter persegi;
(iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 4.5 meter persegi;
(iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 5 meter persegi;
(v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 5.5 meter persegi.
(b) Lebar minimum bagi ruang udara tersebut pada mana-mana sisinya ialah 1.8 meter.
(c) Ruang udara yang kecil ini hendaklah dalam apa-apa keadaan tidak boleh digunakan untuk mengganti udara mana-mana bilik kediaman.

41. (1) Jika pengudaraan atau penyamanan udara secara mekanikal yang kekal dicadangkan, Undang-Undang Kecil bangunan yang relevan berhubungan dengan pengudaraan semulajadi, pencahayaan semulajadi dan tinggi bilik-bilik boleh diketepikan mengikut budibicara Dato Bandar.
(2) Sesuatu permohonan untuk mengenepikan Undang-Undang Kecil bangunan yang relevan itu hanya boleh dipertimbangkan jika selain daripada sistem penyamanan udara yang kekal itu ada diperuntukkan cara-cara pengudaraan lain yang diluluskan bagi kepungan yang dinyamankan udaranya itu, supaya dalam masa sctengah jam daripada kerosakan sistem penyamanan udara itu, udara bersih yang tidak kurang daripada banyak yang ditentukan sebagaimana yang dinyatakan kemudian daripada ini boleh dimasukkan ke dalam kepungan itu sepanjang tempoh sistem penyamanan udara itu tidak berjalan.
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil iniadalah terpakai bagi bangunan yang digantikan udaranya atau dinyamankan udaranya secara mekanikal.
(4) Jika pengudaraan secara mekanikal yang kekal berkenaan dengan tandas, jamban pam, bilik mandi atau koridor diadakan dan disenggara mengikut kehendak-kehendak Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil ini, peruntukan-peruntukan Undang-Undang Kecil ini berhubungan dengan pengudaraan semulajadi dan pencahayaan semulajadi tidak terpakai bagi tandas, jamban pam, bilik mandi atau koridor itu.

42. (1) Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
(2) Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 2.1 meter.
(3) Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.

43. Dalam semua bangunan saiz tandas, jamban pam dan bilik mandi hendaklah-
(a) bagi tandas atau jamban pam, dengan pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.5 meter kali 0.75 meter;
(b) bagi jamban pam dengan pasangan selain daripada pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.25 meter kali 0.75 meter;
(c) bagi bilik mandi, tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter; dan
(d) bagi bilik mandi dengan pasangan jamban, tidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter.

44. (1) Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-
(a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;
(b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;
(c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter.
(2) Tinggi purata bilik yang bersiling cerun dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-
(a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;
(b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;
(c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter:
Dengan syarat bahawa tiada mana-mana bahagian sesuatu bilik boleh kurang daripada 2 meter tingginya.
(3) Bagi rumah kedai tinggi bilik-bilik tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dan tinggi bilik-bilik tingkat alas hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter. Jika kedalaman rumah kedai itu pad a paras mana-mana tingkat at as adalah lebih daripada 10.5 meter, tinggi bilik-bilik di tiap-tiap tingkat atas itu hendaklah tidak kurang daripada 2.55 meter.
(4) Bagi sekolah, tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menyebar pengetahuan hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.
(5) Bagi hospital tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit hendaklah tidak kurang daripada 3 meter.
(6) Tinggi sesuatu bilik dalam sesuatu kilang di mana seseorang bekerja hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...