Followers

Monday, November 28, 2011

Perumahan Berbilang Tingkat

PERUMAHAN BERBILANG TINGKAT

Latarbelakang

Pembangunan kawasan perumahan berbilang tingkat adalah satu daripada jenis perumahan
yang dilaksanakan dengan berbagai nama antaranya ialah pangsapuri, kondominium, apartmen
dan flat.

Isu semasa perancangan yang dihadapi ialah kepadatan yang tinggi, kurang penyediaan kemudahan-kemudahan sosial seperti tanah lapang awam, infrastruktur serta akses yang cukup, selesa dan selamat. Garis panduan ini disediakan untuk merancang dan mengawal pembangunan perumahan berbilang tingkat khususnya di peringkat permohonan kebenaran merancang dalam menyediakan pelan susun atur yang berasaskan kepada prinsip
perancangan dan pembangunan sejagat.

Piawaian Perancangan

• Kerja-kerja tanah yang bersesuaian – mengikut kontur permukaan semula jadi tapak,
kerja pemotongan dan tambunan adalah di tahap minimum, setiap permukaan cerun
ditanam dengan rumput, mematuhi garis panduan sedia ada (Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976, Akta 172 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133).
Luas tapak minimum ialah 0.8 hektar kecuali bagi pusat bandar yang mengikut
rancangan tempatan. Ketinggian bangunan minimum 3 tingkat. ‘Plinth area’ ialah 60%. Bukaan minimum ialah selebar 6 m. Lain-lain keperluan dalam piawaian ialah mengenai nisbah plot, kepadatan, saiz unit, anjakan bangunan, tempat letak kenderaan, akses, kemudahan sosial dan utiliti.

Garis Panduan Umum

Perancangan Tapak



  • Selamat dari bencana alam.


  • Diletakkan pada jarak yang bersesuaian dari kawasan perindustrian dan kawasan lain yang boleh mendatangkan pencemaran.


  • Pembinaan di kawasan berbukit dan tanah tinggi mesti mematuhi Akta 172.


  • Pemilihan tapak yang bersesuaian dengan penjanaan lalu lintas.


  • Reka bentuk susun atur perumahan mementingkan kecantikan dan keaslian alam semula jadi.


  • Merancang densiti mengikut keupayaan infrastruktur.


  • Keluasan minimum tapak ialah 0.8 hektar (2 ekar) kecuali bagi kawasan pusat bandar yang berdasarkan kepada rancangan tempatan.

Pengezonan



  • Dimajukan mengikut zon perancangan dalam rancangan pemajuan yang diluluskan.


  • Reka Bentuk Bangunan


  • Mempunyai saiz ruang keperluan asas yang mencukupi.


  • Saiz bukaan minimum ialah 6 meter (20 kaki).


  • Bilangan bilik tidur minimum adalah 3 bilik dan 2 bilik air.

Reka Bentuk dan Susun Atur Perumahan



  • Menyediakan ruang untuk kemudahan utiliti, sosial, jalan, anjakan bangunan, landskap dan tempat letak kereta.


  • Menggunakan konsep perumahan berkelompok.


  • Reka bentuk yang mesra alam.

Sistem Perhubungan



  • Sediakan jalan susur bagi unit kediaman yang berhadapan dengan jalan utama.


  • Menyediakan siar kaki dan laluan basikal / motosikal yang selamat dan selesa.

Kemudahan Awam



  • Keperluan seperti pembetungan, bekalan air, pembuangan sampah, bekalan elektrik, sistem telekomunikasi dan tempat letak kereta, tanah lapang dan rekreasi, tanah perkuburan dan landskap hendaklah disediakan secukupnya mengikut garis panduan sedia ada.

Garis Panduan Khusus


Perumahan Berbilang Tingkat (tidak termasuk ‘town house’)



  • Susun atur dan reka bentuk perumahan – saiz rumah yang cukup untuk menampung ruang aktiviti harian, minimum 3 bilik tidur dan minimum kelebaran ialah 20’ – 22’.


  • Buka hadapan bangunan – 6m - 6.7m (20 kaki-22 kaki).


  • Jarak minimum bagi anjak undur bangunan

Jarak antara bangunan



  • Infrastruktur – jalan utama, jalan susur, laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta disediakan mengikut piawaian yang ditetapkan.


  • Kemudahan sosial – menyediakan masjid, tempat ibadat bukan Islam dan kemudahan kedai mengikut piawaian sedia ada.


  • Tanah lapang dan landskap – disediakan tidak kurang dari 35% dari jumlah kawasan tapak. Bagi kepadatan rendah, jumlah minimum tanah lapang ialah 35% dan bagi kepadatan sederhana / tinggi ialah 40%, ‘set back green’ selebar 2 meter dengan tanaman pokok di sekeliling bangunan

Perumahan Berbilang Tingkat Jenis Town House



  • Ketinggian maksimum bangunan ialah 3 tingkat.


  • Kelebaran minimum ialah 6 meter.


  • Tapak liputan (site coverage) maksimum ialah 40%.


  • Tanah lapang kegunaan bersama (communal open space) keseluruhan ialah 35%.


  • Tiada kawalan bagi ruang tertutup persendirian (private space).


  • Jarak antara bangunan ialah:
    - Hadapan / belakang ke hadapan / belakang ialah 6 meter
    - Hadapan / belakang ke tepi ialah 5 meter bagi tingkat 1 dan 2, 6 meter bagi tingkat 3
    - Tepi ke tepi ialah 4 meter bagi tingkat 1 dan 2 dan 6 meter bagi tingkat 3.
    - Lain-lain perkara yang perlu disediakan ialah anjakan sempadan, akses, tempat letak kereta dan pejabat pengurusan


sumber: jpbd.pahang.gov.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...