Followers

Tuesday, November 1, 2011

UKBS 1984 (Bahagian VI : KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN)

93. Bagi maksud-maksud Undang-Undang Kecil ini-

(a) dinding-dinding hendaklah disifatkan sebagai dibahagikan kepada panjang-panjang yang berbeza oleh dinding balik apabila diikat antara satu dengan lain;
(b) panjang sesuatu dinding hendaklah diukur daripada pusat ke pusat-
(i) dinding silang yang terikat kepadanya; atau
(ii) tembok sambutnya yang mempunyai dimensi diukur selari dengan panjang dinding itu tidak kurang daripada dua kali ganda tebal dinding itu dan satu dimensi diukur pada sudut tegak ke dinding itu tidak kurang daripada tiga kali ganda tebal dinding itu.

94. Dinding yang dibina daripada bata bakar atau daripada bata simen 115 milimeter tebal dan dinding daripada blok konkrit yang tidak kurang daripada 100 milimeter tebal boleh digunakan bagi kedua-dua dinding bawa beban dalam dan dinding bawa beban luar dengan syarat dinding-dinding itu direkabentuk mengikut undang-undang kecil 80.

95. Dalam semua hal di mana kerja batu-bata 115 milimeter tebal atau blok konkrit tuang dahulu 100 milimeter tebal digunakan bagi dinding panel luar, dinding tersebut hendaklah dipasang dengan sempurna kepada kerangka konkrit tetulang itu.
Bagi maksud undang-undang kecil ini ungkapan "dipasang dengan sempurna kepada kerangka konkrit tetulang" ertinya mengikat panel dinding itu kepada tiang konkrit tetulang dengan ikatan logam tidak kurang daripada 14 tolok dan 40 milimeter lebar, dibina sekurang-kurangnya 230 milimeter ke dalam kerja batu-bata itu dengan jarak tegak tidak lebih daripada 400 milimeter. Semua ikatan logam hendaklah dipasang teguh kepada tiang itu.

96. Tiap-tiap dinding sekat tak bawa be ban hendaklah ditahan atau disagang dengan secukupnya.

97. Tiada apa-apa kayu seperti gelegar, Tasuk, tutup tiang, beroti genting dan pelancar boleh dibina ke dalam tebal sesuatu dinding dua pihak melainkan jika terdapat tidak kurang daripada 100 dua milimeter kerja batu-bata atau simen di antara kayu-kayu itu.


98. Pagar atau tembok kepada sempadan hart a yang terpisah lain daripada sempadan yang bersempadanan dengan jalan atau lorong belakang hendaklah dibina hingga tinggi maksimum 1.8 meter bagi pagar atau tembok pejal dan hingga tinggi maksimum 2.7 meter bagi pagar yang dibina sedemikian rupa yang membenarkan laluan cahaya dan udara.

106. (1) Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
(2) Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut undang-undang kecil 168.
(3) Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu.

107. (1) Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangan.
(2) Tangga yang lebarnya lebih daripada 2200 milimeter hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi setiap 2200 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak yang hampir-hampir sarna.
(3) Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tang'ga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebih.
(4) Semua susur tangan hendaklah mengunjur tidak lebih daripada 100 milimeter daripada permukaan dinding kemas dan hendaklah ditempatkan tidak kurang daripada 825 milimeter dantidak lebih daripada 900 milimeter diukur daripada anjur jejak tangga dengan syarat bahawa susur tangan bagi pelantar hendaklah tidak kurang daripada 900 milimeter daripada paras pelantar itu.

108. (1) Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 915 milimeter lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih daripada 4.25 meter dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.
(2) Tiada mana-mana bahagian dalam sesuatu larian mana-mana tangga boleh mempunyai kurang daripada dua tetingkat.

109. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian VII dan VIII Undang-Undang Kecil ini tangga keliling boleh dibenarkan sebagai tangga kedua dalam bangunan di mana tingkat paling atas sekali adalah tidak lebih daripada 12.2 meter tinggi.
(2) Tangga pilin boleh dibenarkan jika ia tidak digunakan sebagai jalan keluar yang dikehendaki.

110. (1) Maka hendaklah tidak ada apa-apa halangan pada sesuatu tangga di antara yang paling tinggi sekali dengan tempat keluar di tingkat bawah.
(2) Maka hendaklah tidak ada apa-apa unjuran, selain daripada susur tangan pada tangga-tangga, dalam sesuatu koridor, laluan atau tangga pada paras yang rendah daripada 2.0 meter di atas lantai atau di atas sesuatu tangga.

111. Semua tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan sempurna mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar.

112. Bagi sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai akses terus daripada jalan hendaklah dikepung dengan dinding daripada bahan tak boleh terbakar.

113. (1) Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat tingginya:
(a) bangunan kediaman berasingan;
(b) bangunan kediaman berkembar;
(c) rumah teres;
(d) di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan
(e) bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara Dato Bandar
(2) Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...