Followers

Monday, May 21, 2012

Bumbung

Bumbung didefinisikan sebagai kepala sesebuah bangunan.
Bumbung berfungsi sebagai:


1. Perlindungan kepada semua jenis aktiviti di dalm bangunan
2. Menanggung segala beban daripada bumbung samada beban hidup atau beban mati
3. Memuatkan system kemudahan bangunan seperti penyaman udara dan sebagainya.
4. Menahan kemasukan lembapan haba dan sebagainya.
5. Memberi identiti sesebuah bangunan.




Tulang Perabung

Tulang Perabung ialah komponen yang menyokong hujung atas kasau dan berfungsi untuk mengekalkan kedudukan jarak kasau supaya semua kasau berjarak sama di antara satu sama lain. Saiz lazim tulang perabung ialah 50mm x 200mm.
 
Kasau

Kasau ialah komponen yang membentuk bentuk bumbung. Tiap-tiap kasau dipasang pada tulang perabung dihujung atas dan disokong oleh tiang dibahagian bawah. Saiz lazimnya ialah 50mm x 150mm. Saiznya boleh berubah-ubah supaya berupaya menanggung beban hidup dan beban mati. Komponen struktur ini dipasang mengikut kecerunan bumbung. Rajah 4.15 menunjukkan kedudukan kasau pada rangka bumbung.

Tutup Tiang

Kedudukan dibahagian hujung paling atas tiang konkrit selari dengan tulang perabung dan bertindak untuk mengikut kayu. Saiz lazimnya ialah 100mm x 150mm.

Alang Pengikat

Bahagian mengufuk pada kerangka bangunan yang menyambungkan bahagian kedua-dua atas tiang. Alang berfungsi menanggung beban bumbung. Saiz lazimnya ialah 50mmX100mm.
 
Kekuda Bumbung

Kekuda bumbung dibina dari kadau-kasau ringan bersaiz 50mm x 100mm. Ia dibentuk berdasarkan prinsip segitiga kerana bentuk segitiga adalah paling kukuh dan berupaya menanggung beban yang berat. Jarak perletakan kekuda bumbung adalah mengikut keperluan. Salah satu daripadanya adalah berbentuk ‘W’.
 
Papan Tumpu Kasau

Papan tumpu kasau ialah papan yang dipasang melintang pada hujung kasau dicucur atap, saiz lazimnya ialah 150mmX25mm.
 
Beroti

Kayu yang menganjur secara berjalur dan bersenjang dengan kasau bumbung. Menyediakan permukaan untuk percantuman (dipaku) dengan penutup bumbung (genting). Saiz lazimnya adalah 50mmX25mm dengan jarak 300t/t(c/c).
 
Penutup Perabung

Merupakan sebahagian daripada penutup bumbung yang digunakan khususnya pada bahagian perabung. Ia mempunyai bentuk ‘V’ atau ‘C’.
 
Penutup Bumbung

Bahagian biasanya adalah seperti kepingan zink, asbestos gentian konkrit atau gentian tanah liat yang disusun dan digunakan untuk menutup kerangka bumbung dan membentuk satu lapisan atap. Rajah 4.20 menunjukan contoh-contoh penutup bumbung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...