Merujuk Undang-undang Kecil Bangunan (Bahagian II, No. 15 : Spesifikasi)
Jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan pelan-pelan yang dikemuka untuk diluluskan hendaklah disertakan dengan spesifikasi semua bahan yang dicadang hendak digunakan.Antara jadual yang terlibat:
- Jadual pintu dan tingkap
- Jadual keluasan lantai
- Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi
- Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal
- Jadual petunjuk kemasan
Dihasilkan untuk memudahkan kontraktor dan arkitek menyenaraikan keperluan dalam sesuatu projek.
Pintu dan tingkap di dalam pelan ditandakan mengikut simbol yang sesuai untuk membolehkan jenis, saiz dan kedudukan di kenalpasti.
Jadual keluasan lantai
Di gunakan untuk mengira kawasan tapak yang akan di bangunkan untuk tujuan pengiraan kos serta sebagai rujukan kepada majlis dalam pembayaran yuran kelulusan pelan.
Untuk mendapatkan keluasan lantai bagi sesuatu ruang, fungsi ruang itu perlu di kenal pasti sebagai rujukan dan dimensi hendaklah di tunjukkan dengan jelas di dalam pelan.
Keluasan ruang terbahagi kepada dua iaitu Ruang terbuka dan Ruang tertutup
Ruang Terbuka
Ruang yang hanya di gunakan untuk satu jangka masa yang singkat sahaja dan kadar penggunaan pada setiap hari adalah sangat jarang seperti;
toilets, tangga, terrace, porch, balcony, corridor
Ruang Tertutup
Adalah ruang yang di gunakan oleh pengguna bangunan untuk menjalankan aktiviti harian dan besar kemungkinan akan berada di dalam ruang itu untuk satu janka masa yang panjang seperti;
bilik tidur, dapur, living room, dining
Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi
Disediakan untuk memastikan bangunan yang di reka bentuk ini mematuhi keperluan dalam Undang-undang kecil bangunan Seragam edisi 2009 Bahagian III seksyen 39 (Cahaya dan Pengudaraan Semulajadi).
Bagi pengudaraan, semua ruang perlu penyediaan pembukaan sebanyak 10% kecuali tandas dan ruang utiliti hanya 5%. Untuk pencahayaan, 5% untuk semua ruang. Boleh rujuk Undang-undang Kecil Bangunan
Peratusan disediakan dikirakan berdasarkan kepada luas bukaan yang disediakan dalam ruang tersebut seperti Tingkap, Louvers, Fix glass
Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal
Disediakan untuk membolehkan kontraktor mendapat bilangan yang diperlukan serta spesifikasi kelengkapan yang akan digunakan.
Untuk menyediakan jadual ini, seorang itu perlulah mengira jumlah bilangan berdasarkan pelan yang telah disediakan dan tidak perlu dihantar sebagai satu keperluan dalam pelan untuk mendapatkan kelulusan.
Jadual petunjuk kemasan
Petunjuk kepada spesifikasi kemasan perlu disediakan untuk membezakan kemasan di dalam setiap ruang
No comments:
Post a Comment