Pelajar2 LS2, anda boleh semak pelan-pelan yang anda lukis berdasarkan senarai di bawah sebagai rujukan untuk dapatkan lukisan yang lengkap..
Pelan Kunci dan Pelan Lokasi
i. Tanda dan label tapak cadangan.
ii. Kedudukan arah mata angin.
iii. Tajuk dan skala
Pelan Tapak
i. Garisan anjakan bangunan
ii. Orientasi dan perletakan bangunan di atas tapak.
iii. Garisan grid.
iv. Aras lantai
v. Ukuran keseluruhan bangunan.
vi. Kedudukan meter air dan elektrik.
vii. Spesifikasi dan label.
viii. Nombor lot tapak dan lot bersebelahan.
ix. Nama jalan, tiang elektrik dan lampu.
x. Bearing dan ukuran garisan sempadan.
xi. Kedudukan longkang berhampiran.
xii. Jalan utama dan laluan masuk ke tapak.
xiii. Arah aliran paip sanitari.
xiv. Kedudukan lurang, kedalaman dan invert level (IL)
xv. Lokasi tangki septik.
xvi. Kedudukan kebuk sampah.
xvii. Kedudukan pembentung/papak lintasan (culvert/slab crossing)
xviii. Arah aliran air longkang
xix. Kedudukan buangan akhir longkang (final discharge)
xx. Kedudukan paip pembekal air utama.
xxi. Kedudukan tembok/pagar
xxii. Kkedudukan arah mata angin.
xxiii. Tajuk dan skala
Pelan Lantai
i. Lukiskan garisan grid.
ii. Lukiskan aras lantai.
iii. Lukiskan dimensi dalaman.
iv. Lorekkan pada kemasan jubin lantai (tandas & dapur).
v. Tuliskan spesifikasi bahan dan komponen-komponen bangunan.
vi. Lukiskan garisan sempadan dan garisan anjakan bangunan.
vii. Lukiskan label untuk kelengkapan sanitari, nama ruang, dan keluasan ruang dan kemasan lantai.
viii. Lukiskan simbol tingkap dan lantai.
ix. Lukiskan susunatur perpaipan.
x. Lukiskan arah aliran paip buangan.
xi. Lukiskan kedudukan lurang, kedalaman dan invert level (IL)
xii. Lukiskan lokasi tangki septik.
xiii. Lukiskan kedudukan tangki air .
xiv. Lorekkan simbol dinding.
xv. Lukiskan arah aliran air longkang.
xvi. Lukiskan kedudukan buangan akhir longkang (final discharge).
xvii. Lukiskan kedudukan meter air dan paip pembekal air utama.
xviii. Lukiskan kedudukan tembok/pagar .
xix. Lukis kedudukan arah mata angin.
xx. Tulis tajuk dan skala.
Pelan Bumbung
i. Lukiskan garisan perimeter bumbung mengikut jarak jarak cucur atap yang ditetapkan.
ii. Lukiskan garisan grid.
iii. Lukiskan dimensi .
iv. Lukiskan garisan perimeter dinding luar bangunan.
v. Lukiskan garisan perabung, dan alur .
vi. Lukiskan kedudukan ‘gutter’, ‘rain water down pipe’, tangki air, arah jatuhan air hujan, paip pengudaraan, garisan keratan.
vii. Lorekkan kemasan bumbung.
viii. Tuliskan spesifikasi bahan dan komponen-komponen bumbung.
Lukisan keratan :
i. Tajuk Keratan X-X / Keratan Y-Y
ii. Skala
iii. Grid dan Bubble Grid
iv. Garisan dimensi dan dimensi
v. Garisan keratan dinding bangunan
vi. Kedudukan dan simbol keratan pintu dan tingkap
vii. Simbol pintu dan tingkap
viii. Kedudukan beam untuk struktur bumbung dan floor beam
ix. Struktur binaan bumbung
x. Struktur binaan siling
xi. Struktur binaan lantai
xii. Kedudukan asas pad
xiii. Struktur apron
xiv. Struktur binaan longkang
xv. Label ruang
xvi. Label ketinggian aras tanah, lantai, alang atas dan siling
xvii. Dimensi ketinggian bangunan
xviii. Nota Spesifikasi
xix. Pandangan dinding dalam / pintu / tingkap (jika ada)
xx. Kecerunan bumbung
xxi. Kedudukan tangki air
xxii. Ruang terbuka (void)
xxiii. Perbezaan ketinggian lantai (drop)
Lukisan pandangan :
i. Tajuk Pandangan
ii. Skala
iii. Grid dan Bubble Grid
iv. Garisan dimensi dan dimensi
v. Garisan unjuran dinding / tiang bangunan
vi. Ketinggian aras tanah, aras lantai, alang atas dan siling
vii. Label aras
viii. Simbol tingkap dan pintu
ix. Ruang terbuka (void)
No comments:
Post a Comment