Ya dan Tidak!
Tambahan & ubahsuai rumah melebihi had anjakan adalah tertakluk kepada kebenaran dari pihak berkuasa tempatan @ majlis daerah kawasan anda. Jika anda telah membaca post sebelum ini, sewaktu pertemuan dengan pegawai 'in-charge' ubahsuai seksyen/perumahan anda, tanyakan syarat2 jika hendak membuat ubahsuai melebihi had anjakan yang dibenarkan.
Perlu diingatkan bahawa syaratnya sangat ketat kerana melibatkan situasi rumah anda jika berjiran dengan orang lain. Anda juga akan dikenakan denda bersyarat sebanyak 20 kali ganda bayaran proses pelan.
pelbagai masalah akan berlaku seperti;
- ramai jiran yang akan meniru & membuat ubahsuai yang sama (melebihi had) tanpa kebenaran jiran sebelah & kelulusan Majlis
- ubahsuai tanpa kebenaran akan berleluasa dan boleh mendatangkan bahaya kepada struktur rumah yang bersebelahan kerana tiada pelan & pengesahan Majlis.
- ramai orang akan menuding jari pada anda sebagai contoh ikutan pemilik rumah yang mula2 melebihi had ubahsuai- anda tidur tak lena memikirkan masalah ini dan macam2 lagi keserabutan!
Sebagai panduan ringkas, disini digariskan syarat-syarat pihak MBSA (mengikut pengalaman penulis http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm ) untuk mendapat kebenaran ubahsuai melebihi had. Syarat dan dokumen yang diperlukan ialah;
a. Mendapat akuan kebenaran bertulis daripada jiran bahagian tepi, depan & belakang rumah anda (4 orang jiran)
b. Menyediakan lakaran kasar bahagian rumah yang hendak ditambah melebihi had
c. Membuat surat rayuan & nyatakan sebab/alasan keperluan membuat tambahan rumah melebihi had. Anda juga perlu mengaku bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan bahagian rumah jiran yang berkongsi dengan rumah anda dalam tempoh ubahsuai rumah anda.
Setelah siap 3 perkara di atas, anda perlu mengemukakan semua dokumen tersebut ke pihak majlis (MBSA) di kaunter 1 tingkat 8 Jabatan Bangunan. Pastikan anda membuat salinan surat rayuan & surat itu di cop 'terima' yang bertarikh supaya anda boleh buat simpanan/rujukan untuk 'follow-up'.
Bilakah Majlis akan menjawab permohonan anda?
Dalam tempoh 14 hari bekerja melalui pos atau anda boleh hubungi sendiri pegawai 'in-charge' kawasan anda dan ambil sendiri surat jawapan tersebut. Mengikut pengalaman saya, jika semua syarat di atas dipatuhi insyaAllah permohonan anda akan diluluskan.Selepas mendapat surat kebenaran ini, barulah anda cari & lantik akitek/perunding untuk menyediakan pelan ke Majlis (hal ini boleh juga diuruskan sebelum perkara a,b & c.).
Nota penting; Peluang untuk mendapatkan kebenaran bertulis dari MBSA untuk ubahsuai melebihi had adalah tipis! Rayuan anda mungkin ditolak oleh pihak majlis atas dasar keselamatan & kepentingan penduduk/jiran anda! Patuhilah undang2 ubahsuai rumah untuk kebahagiaan hidup berjiran!
info lanjut:
http://ubahsuai-rekaandalaman.webs.com/tipdanpanduan.htm
No comments:
Post a Comment