Menghormati ibu bapa..satu isu yang saya rasa tak pernah akan hilang dan habis. Alhamdulillah kalau antara kita yang sentiasa sedar akan amalan ni. dan sedih sekali pada mereka yang masih tak sedar dan tak nampak amalan ni.. kadang2 mereka rasa dah cukup, tapi sebenarnya tak..apa yang saya cakap ni pun untuk diri saya jugak..saya berdoa akan saya tak tergolong dalam kalangan yang masih tak sedar ni..kerana saya ada ibu bapa (kandung n mertua)..amen
Setiap hari ibu bapa kita mengharapkan anak2nya pulang menemui mereka..menemani mereka walaupun mereka tak sakit. Bila ada kalangan keluarga yang tanya, "bila nak balik kampung jenguk mak?" - "kenapa? mak sakit ker?" nak tunggu mak sakit baru nak balik? atau alasan lain, tak ada cuti.. hujung minggu (sabtu n ahad) tu bukan cuti ker? Ingatlah semua, tentang sabda Rasulullah SAW:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
SIHAT SEBELUM SAKIT
Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit. Jadi, semasa kita masih sihat, boleh berjalan, selalulah kita menjenguk ibu bapa kita. Jangan nanti bila kita dah terlantar sakit, baru terfikir dah lama tak jumpa mak ayah.
KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada ibu bapa, anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat. semasa kita berduit dan mampu, kita berbaktilah kepada ibu bapa. bukan hanya dengan menghantar duit setiap bulan, tapi menjenguk mereka. kehadiran anak di depan mata adalah yang paling berharga jika di bandingkan dengan wang ringgit. Wang tidak boleh membeli kasih sayang..
LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.
Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Tumpuan kita terhadap Allah SWT termasuklah berbakti (menjenguk, bertanya kabar) dan menjaga ibu bapa (hati, perasaan dsb).
MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.
Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya. Jadi selagi kita boleh melangkah dan mampu berdiri teguh, gunakanlah ia sebaik mungkin..
HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.
Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.
Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.
Islam juga telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:
►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, memberi pendidikan, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka.
Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:
►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita.
Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:
► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka
No comments:
Post a Comment