1.0 KEHENDAK-KEHENDAK PENTADBIRAN
1.1. Pengemukaan pelan hendaklah mematuhi pengemukaan dokumen mengikut kepada kawasan jajahan Majlis tempat pembinaan akan dilakukan.
2.0 KETERANGAN PELAN DAN FORMAT PENGEMUKAAN
2.1 Pelan-pelan bangunan (bergantung kepada pihak PBT kawasan):
- Pelan kunci yang jelas dengan arah tunjuk Utara.
- Pelan lokasi yang jelas menunjukkan arah dari jalan utama ke tapak beserta bangunan berhampiran (skala: mengikut kesesuaian dan kurang dari 1:1000 bergantung kepada kehendak PBT)
- Pelan tapak (skala: tidak kurang dari 1:750 bergantung kepada kehendak PBT)
- Pelan lantai (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bagi setiap tingkat bergantung kepada kehendak PBT)
- Pandangan tegak/Tampak Hadapan, Belakang dan tepi (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
- Keratan (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
- Pelan bumbung (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
- Pelan Susunatur Pendawaian Elektrik (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
- Lukisan Perincian Dinding yang dibina khas bagi meletak tong sampah (bagi rumah sesebuah dan skim perumahan)
- Lukisan Perincian Kebuk Sampah (bagi bangunan Institusi, Pangsapuri dan Kompleks Komersial)
- Pelan susunatur sanitari (permohonan yang berasingan oleh M&E)
2.3 Permohonan perlu menyertakan Jadual peratusan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi (10% bagi pencahayaan dan 5% untuk laluan udara dari keluasan lantai sesuatu ruang)
2.4 Kod warna (contoh bagi kawasan Perbadanan Putrajaya)
Kerja roboh – Garisan putus biru
Kerja baru – MerahKemasan lantai – Merah muda
Lepaan – Kuning
Konkrit – Hijau
Logam – Ungu muda
Kaca – Biru muda
Kayu – Coklat Muda
Apa format lukisan yang standard? klik sini
No comments:
Post a Comment