Followers

Monday, January 30, 2012

MEMAHAMI dan MENGENALI AUTOCAD (CONTOH CAD 2004)

Autocad adalah satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.
Apa yang saya nak kongsi kat sini ialah melukis lukisan kejuruteraan mekanikal menggunakan applikasi AutoCad.

Apa yang anda perlukan ialah perisian Autocad. Kalau nak beli bolehlah download kat web rasmi autocad. atau anda bole cuba download kat sini

Di bawah ini terdapat beberapa toolbar asas yang perlu anda tahu, dalam melukis pelan lukisan 2D.
Pastikan anda telah install Perisian Autocad.. :)



Contoh: Ikon Autocad pada Desktop anda

Bila anda buka perisian autocad, ia akan keluar seperti di bawah:


Perisian Autocad 2004


Pastikan Basic Toolbar ada dalam perisian Autocad ni ada seperti Toolbar berikut..


Basic Toolbar yang biasa digunakan

Kalau tak ada… Mana nak cari?? Senang jer..
1. Pergi pada menu Tools, Customize dan klik Toolbars

Contoh mengeluarkan Toolbar mengunakan arahan di Menu bar

2. Akan keluar menu seperti di bawah dan anda boleh cari dan klik toolbar yang di perlukan. Bila dah siap, klik Close.

ATAU satu cara lagi;
Klik mana tempat (kecuali di skrin putih/hitam) seperti di bawah:

Kaedah yang lagi cepat


Bila dah selesai, dah boleh mula melukis… Sekarang kita pergi kenapa mengenali icon2 yang ada..



...Standard Toolbar ...
Melibatkan proses anda untuk dapatkan fail baru, buka dan simpan fail yang telah dibuat, mencetak, ‘cut’ dan ‘paste’ dan sebagainya.. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah




...Layers Toolbar...
Melibatkan proses anda untuk dapatkan menghasilkan ‘layer’ baru dengan mempunyai ciri-ciri lain seperti warna, jenis garisan dan tebal garisan. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah

...Properties Toolbar ...
Melibatkan proses anda untuk melihat warna yang telah anda set, jenis garisan dan ketebalan garisan. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah




...Object snap Toolbar ...
Melibatkan proses anda untuk mendapatkan ketepatan dalam melukis.. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah




...Draw Toolbar ...
Melibatkan proses anda untuk mula melukis dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah



...Modify Toolbar ...
Melibatkan proses sepanjang anda melukis sama ada untuk memadam garisan, pusingkan objek atau skala. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah

...Dimension Toolbar ...
Melibatkan proses untuk meletakkan dimensi bagi sesebuah objek bagi memaparkan ukuran sebenar. Anda boleh lihat yang selebihnya di bawah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...