Followers

Wednesday, February 8, 2012

PENGENALAN KEPADA CAD

CAD (Computer Aided Design) – Lukisan Berbantu Komputer

· Merupakan satu pakej untuk kegunaan umum bagi lukisan kejuruteraan.

· Diperkenalkan pada awal 1940-an

· Tujuan: untuk menganalisis sesuatu rekabentuk kejuruteraan..

· Konsepnya telah diperkembangkan dengan lebih meluas apabila Ivan Sutherland mencipta perisian Sketchpad pada tahun 1960an. Nak cuba Sketchpad? klik sini

· Sketchpad adalah perisian CAD terawal yang digunakan untuk menghasilkan lukisan berbentuk 2 dimensi sahaja.

· Terdapat pelbagai jenis perisian Cad seperti FastCAD, Generic CAD, Super CAD, CADkey, S-CAD, AutoCAD.

AutoCAD

· AutoCAD adalah perisian yang digunakan secara meluas di Malaysia.

· AutoCAD dikeluarkan oleh Autodesk Inc. USA.

· Digunakan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektronik, Elektrikal, Senibina, Rekabentuk Grafik dan Lukisan Loji.

· Versi yang dikeluarkan ialah R13, R14, 2000 sehingga yang terkini ialah 2012. klik sini

· AutoCAD menyediakan satu set ‘entities’ yang digunakan untuk membina lukisan.

· Entiti merupakan elemen seperti line, circle, text dan lain-lain. jom klik sini

· Untuk memberi arahan kepada AutoCAD bagi melukis sesuatu entity, kita perlu menaip arahan dengan menggunakan keyboard atau membuat pilihan dari menu. Contohnya untuk melukis circle. Selepas itu, berdasarkan maklum balas di atas skrin, kita perlu memasukkan parameter untuk entity yang di pilih. Parameter biasanya berkaitan dengan lokasi dan saiz lukisan. Selepas maklumat di berikan, entity tersebut akan di lukis di atas skrin.

· Ianya juga untuk membuat logo, kad, persembahan dan peta topografi.

· Lain-lain kegunaan AutoCAD ialah mengubahsuai lukisan seperti padam (erase), ubah (move) dan salin (copy).

Kebaikan dan Kelebihan AutoCAD

1. Menggunakan arahan-arahan yang ringkas dan mudah untuk menghasilkan lukisan.

2. Lukisan dapat disunting atau diubahsuai dengan mudah dalam masa yang singkat.

3. Berkeupayaan menghasilkan lukisan dalam bentuk 2D dan 3D.

4. Menambahkan produktiviti kerana memplot boleh mengeluarkan lukisan terperinci dengan cepat.

5. Lukisan dapat dibuat dengan cepat dan tepat.

6. Mengurangakn kos gaji kakitangan dan menjimatkan kertas kerana hanya lukisan terakhir sahaja yang di cetak.

7. Mengurangkan ruangan kerana system AutoCAD memerlukan ruangan yang kecil berbanding dengan meja lukisan.

8. Menambahkan kejituan lukisan, rekabentuk dan pengeluaran.

9. Berkebolehan untuk mengimport dan mengeksport model-model menggunakan format DXF, TIFF, IGES dan PCX.

Kelemahan

1. Terpaksa mengurangkan kakitangan sedia ada.

2. Harga permulaan dan penyelenggaraan yang tinggi.

Komponen-komponen Komputer

1. Computer

· Media elektronik yang berfungsi untuk menerima, memproses dan menyimpan data dan menghasilkan output berdasarkan arahan yang telah di programkan. Computer yang lengkap mempunyai komponen-komponen seperti monitor, CPU, keyboard, mouse, printer, digitizer dan plotter.

2. Monitor

· Memaparkan teks dan imej berdasarkan kepada kad video (video card) di mana kad video akan menterjemahkan arahan dari computer kepada bentuk yang di fahami oleh monitor.

· Kabel akan menyambungkan monitor ke kad video.

3. CPU

· Cip utama bagi sebuah computer.

· Berfungsi untuk memproses arahan dan sebarang bentuk pengiraan.

· Di kenali juga sebagai processor / microprocessor.

· Ianya membentuk berjuta-juta pengiraan setiap saat.

4. Skrin

· Kawasan paparan bagi monitor

5. Keyboard

· Kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan maklumat dan arahan ke dalam computer.

· Mempunyai 101 kekunci

· Mengandungi berbagai jenis kunci seperti Esc, Caps Lock, Shift, Ctrl, Delete dan sebagainya.

6. Mouse

· Mempunyai fungsi click, right click, double click, drag dan drop.

7. Pemplot (Plotter)

· Bertujuan untuk memplot teks dan grafik yang di buat pada computer.

· Output yang di hasilkan dalam bentuk hardcopy

· Model: Hewlett Packard

· Boleh mencetak lukisan bersaiz A1, A0

· Kualitinya lebih tinggi berbanding pencetak.

Kaedah yang digunakan untuk memasukkan arahan

a. Keyboard – taipkan arahan pada ruang tetingkap arahan dan tekan kekunci enter atau space bar

b. Menu skrin

c. Pull down menu dari Menu Bar

d. Toolbar terapung (floating toolbar)

e. Arahan berulang – tekan kekunci enter / space bar untuk mengulangi arahan terakhir yang digunakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...