Followers

Tuesday, January 24, 2012

LURANG DAN KEBUK PEMERIKSAAN

Lurang adalah satu ruang yang di bina antara sepanjang saluran sistem pembentungan. Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat di bawah aras tanah. Ia di bina bagi memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau tersumbat pada sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya dari batu-bata, konkrit atau plastik. Lurang mempunyai beberapa bentuk dimensi, antaranya segiempat sama, bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
-Lurang cetek
-Lurang biasa
-Lurang dalam
-Lurang tirai belakang

Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm






Biasanya lurang di bina pada hujung paip, pada sebarang perubahan arah, saiz pembentung dan kecerunan paip. Jarak maksimum antara lurang ialah tidak melebihi 100 meter. Manakala kedalaman minimum ialah 1.2 meter dari permukaan aras tanah ( sumber dari JKR).





Di samping itu, penutup lurang harus dibuat dari ductile atau cast iron dengan minimum lebar
600 mm. Untuk maklumat lanjut berkenaan pembinaan lurang, anda boleh rujuk di sini

2 comments:

faizah said...

perlukah lurang pemeriksaan bagi rumah sesebuah persendirian(yg bukanlah taraf2 banglow)

rahayu said...

sepengetahuan saya..memang kena ada.bagi menghasilkan satu sistem saliran yang lengkap.. adakah rumah tersebut yang mendapat kelulusan pihak majlis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...