Followers

Monday, May 21, 2012

Asas Bagi Bangunan

Tujuan asas ialah:-

1. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.
2. Mengelak bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
3. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
4. Menambahkan kestabilan bangunan yang merendahkan pusat gravitinya; inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.
 
Jenis-jenis asas dan fungsinya


Asas Pad - Digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan. Pada dasarnya, asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm tebal tembok. 300mm untuk tembok yang mempunyai penapak. Manakala tebal konkritnya sama dengan tebal tembok.
 
Asas jalur - Digunakan utnuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.
Asas alas tiang - Dikenali juga sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Ia terletak di atas lapisan tanah yang yang mempunyai keupayaaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucuk jika tanahnya jenis tanah gambut.

Asas bertangga - Asas ini dibuat berupa tangga utnuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan. Pembinaannya perlu mematuhi peraturan yang berikut;


 Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
 Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter
 Cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas ini daripada tergelincir.
 

Asas rakit - Apabila sesebuah bangunan yang didirikan si atas tanah yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil. Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas. Ia sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan

Asas cerucuk - Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain biasanya alas tiang ataupun rakit. Ia terbahagi kepada dua iaitu;


 Cerucuk tanggung- Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras berupaya menanggung bebannya. Ia merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Jarak diantara cerucuk-cerucuk berdasarkan kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.
 Cerucuk geseran- cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk. Jarak diantara cerucuk-cerucuk ini hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...