Kimpalan & kimpaloyang
- Kaedah kimpalan digunakan untuk menyambung dua kepingan logam dengan mencairkan sebahagian kecil daripada kedua-dua kepingan itu pada tempat yang hendak disambung.
- Kimpaloyang ialah satu kaedah untuk menyambung dua kepingan logam dengan cara menitikkan suatu logam pengisi bukan ferus yang cair kepada kepingan tersebut.
- Kekuatan sambungan bergantung pada kekuatan tempelan antara sambungan.
- Ia juga dikenali sebagai pateri
KIMPALAN ARKA (ARC WELDING)
- Terjadi antara dua elektrod atau rod kimpalan dengan atau tanpa logam penambah (filler rod).
- Caranya ialah dengan mencairkan rod kimpalan dengan arka yang dihasilkan daripada tenaga elektrik dan melekatkan logam penambah pada bahagian yang hendak dikimpal.
- Suhunya antara 2500oc – 3500oc dan voltan arka antara 15V – 25V.
- Lebih cepat dan memberi penembusan yang lebih dalam.
- Lebih sesuai untuk kepingan yang tebal dan boleh digunakan di kedua-dua permukaan
KIMPALAN GAS (GAS WELDING)
- Nyalaan api gas oksiasetilena digunakan untuk keluli sederhana.
- Dengan hodrogen atomik, suhunya meningkat ke 4000oc.
- Untuk menyambung plumbum (lead), kimpalan gas suhu rendah diperlukan, iaitu menggunakan oksida hidrogen.
- Peralatan untuk kimpalan ini murah dan mudah alih.
- Amat berguna untuk penyambungan kepingan keluli nipis, plat dan untuk keratan logam bukan besi.
KELEBIHAN KIMPALAN
- Sambungan ini kelihatan lebih kemas dan elok
- Memudahkan penyelenggaraan keratan tidak berkarat.
- Mudah dan cepat dalam kerja-kerja penyambungan.
- Pembaziran keluli dapat dikurangkan.
- Sambungan ini ringan dan seterusnya mengurangkan beban binaan.
No comments:
Post a Comment