SALURAN PAIP
a) Saluran Paip Induk Utama
~ Paip pertama dari kolam simpanan air atau stesen mengepam.
~ Membawa air ke paip induk lain ataupun ke satu kawasan yang lain. Oleh itu, pengguna tidak akan mendapat air terus dari paip induk utama ini.
~ Berdiameter 225mm – 300mm. Ditanam sedalam 750mm atau lebih.
~ Paip yang digunakan mestilah dapat menahan tekanan daripada lapisan tanah serta kenderaan berat pada bahagian atasnya.
~ Disalurkan di atas tanah iaitu biasanya di kawasan yang tidak didiami penduduk dan di letakkan di atas penyokong konkrit.
~ Pada kemuncak paip, injap angina dipasang untuk mengelakkan sandal udara berlaku.
b) Saluran Paip Induk Agihan
~ merupakan pecahan kecil dari saluran paip induk utama.
~ Membawa air ke kawasan perumahan, kilang dan ladang.
~ Pengguna akan mendapat air terus dari paip ini.
c) Saluran Paip Induk Kecil
~ Adalah pecahan kecil dari saluran paip induk pengagihan.
~ Membekalkan air ke satu kawasan dan saiznya cukup untuk bekalan air ke kawasan tersebut.
~ Di tanam di tepi jalan sedalam 750mm atau lebih. Paip ini berukuran antara 225mm hingga 300mm.
~ Oleh itu, paip mesti mampu menahan tekanan seperti tekanan dari lapisan tanah dan berat kenderaan yang berada di atasnya.
Sambungan paip dari paip induk ke bangunan
- Pihak berkuasa tempatan akan mambuat kerja-kerja penyambungan dari paip induk ke bangunan yang di kenali sebagai paip hubung.
- Pihak berkuasa adalah berhak untuk membuka paip tersebut sekiranya penghuni tiada di rumah atau tidak membayar bil elektrik.
- Kerja pemasangan paip di buat semasa kerja pembinaan bangunan di lakukan.
- Paip meter disambung dari pili penutup ke bangunan.
- Penyukat air (meter) di pasang disempadan sebuah bangunan iaitu selepas pili penutup pihak berkuasa yang di gunakan untuk mengukur dan merekod kuantiti air melalui paip.
- Air dari paip hubung dibawa terus masuk ke tangki simpanan air melalui paip ke tangki.
- Pili yang membekalkan air untuk diminum dan masakan dapat bekalan terus dari paip induk.
- Air di tangki simpanan air di agih kealat pemasangan dan tangki air panas oleh paip agihan.
No comments:
Post a Comment