AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided drafting and design program” (CAD). Perisian ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD.
Sistem perisian lukisan terbantu komputer ini akan membekalkan kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan piawaian di samping segala informasi di dalam lakaran boleh digunakan dalam bentuk laporan, Penilaian Baham (BOM), kaedah kawalan dan numerical dan sebagainya. Dengan bantuan sistem ini dapat menghasilkan sesuatu kerja pada tahap kecekapan dan yang tinggi ketepatan di samping menjimatkan masa dengan hanya perlu memberi beberapa arahan yang mudah.
Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.
Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system), penggunaan “hardware” dan “software”.
sumber: http://belajarautocad.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment