Followers

Wednesday, March 13, 2013

Bahan Logam

 
Di zaman prasejarah, logam mula digunakan sebagai senjata dan alat-alat kegunaan domestik. Setelah melalui proses peradaban yang beribu tahun, kegunaan logam dipelbagaikan dan termasuklah sektor pembinaan. Secara am, logam boleh dipecahkan kepada dua, iaitu logam feros dan logam bukan feros.

 
Logam feros ialah logam yang didalamnya mengandungi karbon. Dengan kehadiran atau kandungan karbon walaupun dalam peratus yang kecil, ia menjadikan logam itu kuat, tahan lasak, ekonomi dan murah.

Logam yang kedua ialah logam bukan feros, iaitu logam yang tidak mengandungi karbon dalam struktur jisimnya. Terdapat banyak logam bukan feros tetapi untuk tujuan pembinaan pilihannya terhad, dan walaupun terhad kepelbagaian penggunaannya dalam pembinaan menjadikan logam ini pilihan pengguna terutamanya dalam pembinaan tingkap, pintu, kemasan lantai, kemasan dinding, peralatan ruang dapur, bilik pembedahan, kedai, ruang tamu dan lain-lain lagi.



Pembentukan logam... klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...