Followers

Monday, March 25, 2013

BAHAN BUKAN LOGAM

  • Bahan bukan logam merupakan bahan binaan yang dihasilkan berasaskan bahan organik atau sebatian bahan mentah seperti mentah, aspal, bitumen, silika dan asbestos yang disebatikan menjadikan satu bahan atau barangan siap yang boleh digunakan dalam binaan.

  • Barangan siap ini berkeadaan sama ada cecair, separa pepejal atau pepejal yang digunakan untuk tujuan penebat haba, kelembapan dan cahaya, aksoseri ruang dalaman dan luaran, kemasan akhir dan juga binaan seperti dinding, pintu, tingkap dan lantai.

  • Pemilihan bahan bukan logam sebagai sebahagian daripada bahan dalam pembinaan diambil kira dari segi ketahanan terhadap api, haba dan lembapan, perubahan cuaca, ekonomi serta tahan lasak. Selain daripada itu setiap bahan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang menjadikannya berbeza dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja.

  • Antara bahan bukan logam yang akan di bincangkan ialah:
  1. Kaca
  2. Plastik
  3. Simen Asbestos
  4. Gentian kaca
  5. bitumen dan Aspal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...