Followers

Thursday, March 21, 2013

Aluminium


Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli.


Aluminium adalah sejenis logam yang ringan, berwarna putih kelabu dan mempunyai permukaan yang berkilat apabila digilap ataupun dimesin. Aluminium di dalam bentuk tulinnya jarang digunakan di dalam bidang kejuruteraan kerana kekuatan dan kekerasannya adalah rendah
Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industri seperti pengangkutan, pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir separuh daripada bekalan aluminium  dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai.  

 

Sifat-sifat utama Aluminium tulin:
 

1. Kekuatan tegangan 100 N/mm2
2. Kekuatan mampatan 100 N/mm2
3. Kekerasan 40 (NKB) Nombor Kekerasan Brinell
4. Kemuluran 30% pemanjangan
5. Suhu lebur 660o C
6. Ketumpatan 2.6 g/cm3
7. Lapisan Aluminium Oksida yang terbentuk di atas Aluminium memberikannya satu daya ketahanan terhadap kakisan atmosfera dan air.
8. Pengalir haba dan elektrik yang baik.
9. Pembalik haba dan cahaya yang baik.
 Ujian Kekerasan Brinell (Brinell hardness test)
 
Untuk menentukan kekerasan sesuatu bahan dengan cara memaksa bola keluli atau karbida keras bergaris pusat tertentu dikenakan beban tertentu. Keputusan ujian ini dinyatakan sebagai nombor kekerasan Brinell.
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...