Followers

Thursday, December 15, 2011

Tambahan Bangunan

APA ITU TAMBAHAN / PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN

Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (AKTA 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL), tambahan bangunan adalah:-

i. Menambah atau mengubah mana-mana bangunan yang sediada dengan cara melibatkan binaan bumbung baru atau separuh baru atau tambahan berdinding di atas tapak baru ataupun asas tapak sediada.
ii.Memperbaharui atau membaiki mana-mana bangunan sediada dengan melibatkan pembaharuan, pembinaan semula atau mendirikan mana-mana bahagian daripada dinding sebelah luar.
iii.Meruntuh dan membina semula atau menambah kepada suatu bangunan dengan cara yang melibatkan lebih daripada separuh daripada luas permukaan dinding dan sekatan atau separuh daripada luas permukaan lantai/ bumbung.
iv.Kerja-kerja memecah bahagian bilik-bilik dan bahagian-bahagian bangunan serta memecah bahagian bilik menjadi bilik-bilik yang lebih kecil.

Cadangan tambahan/pindahan ke atas unit kediaman jenis sesebuah dan berkembar


I.Jarak garisan bangunan hadapan adalah 6096mm (20`0”) dan di bahagian tepi serta belakang (untuk sempadan bersama) adalah 2000mm (6`6”).
II.Bagi lot tepi yang berhadapan dengan jalan raya utama, tambahan teres terbuka (anjung) sahaja yang dibenarkan dengan meninggalkan anjakan 3084mm (10`0”).
III.Bagi cadangan teres terbuka (anjung) untuk bahagian yang bersisikan lot jiran dan cadangan tambahan teres terbuka untuk belakang adalah dibenarkan dengan jarak minimum 2000mm.
IV.Bagi cadangan tambahan berdinding untuk belakang dibenarkan jarak minimum 2000mm daripada sempadan lot belakang/jiran, jika terdapat lorong belakang, jarak minimmum adalah 305mm (1`0”).
V.Bagi tambahan berdinding untuk bahagian yang bersisikan lot jiran, jarak minimum daripada sempadan sisi adalah 2000mm.
VI.Bagi tambahan teres terbuka (porch) jarak minimum adalah 2000mm daripada sempadan hadapan ke hujung bumbung.

Cadangan tambahan/pindahan ke atas rumah teres satu tingkat

I.Bagi tambahan teres terbuka hadapan (porch) jarak minimum yang dibenarkan adalah 2000mm daripada sempadan hadapan ke hujung bumbung.
II.Bagi rumah tepi bersisikan jalan utama, cadangan tambahan teres terbuka adalah dibenarkan dengan jarak minimum 3048mm daripada sempadan tepi.
III.Bagi rumah tepi bersisikan rizab parit/longkang, cadangan tambahan teres terbuka atau tambahan berdinding dibenarkan sehinggan tepi sempadan lot tetapi perlu meninggalkan anjakan 305mm daripada sempadan tepi.
IV.Bagi cadangan tambahan berdinding belakang dimana ada disediakan lorong belakang, tambahan yang dibenarkan hanyalah setingkat sahaja, jarak garisan bangunan adalah 305mm daripada sempadan belakang.
V.Bagi cadangan tambahan di atas pembentung (tangki najis), dibenarkan tambahan teres terbuka sahaja dan tambahan tersebut perlu selari dengan tambahan belakang dimana jarak 305mm perlu dipatuhi.
VI.Bagi projek perumahan yang menggunakan Sistem Pembentungan Berpusat (kolam pembentungan IWK), binaan tambahan berdinding belakang boleh dibina dengan syarat penutup manhole boleh dibuka bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Cadangan tambahan/pindahan ke atas bangunan kedai satu/dua tingkat

I.Bagi cadangan tambahan sisi bangunan kedai (corner lot) dimana terdapat lorong sisi, tambahan teres terbuka atau tambahan berdinding hendaklah meninggalkan anjakan 305mm daripada sempadan tepi.
II.Bagi cadangan tambahan sisi bangunan (corner lot) dimana tidak terdapat lorong sisi, teres terbuka atau tambahan berdinding hendaklah meninggalkan anjakan 3048mm daripada sempadan tepi.
III.Bagi cadangan tambahan berdinding belakang, binaan hendaklah meninggalkan anjakan 305 mm daripada sempadan belakang

PANDUAN SYARAT KELULUSAN TAMBAHAN BANGUNAN

Syarat kelulusan


I.Kelulusan permohonan tambahan/pindaan dibenarkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat dan pelan kelulusan.
II.Pemohon hendaklah membuat permohonan memperbaharui tempoh kelulusan selepas tamat tempoh yang dibenarkan.
III.Keluasan binaan tambahan/pindahan adalah tertakluk seperti yang diluluskan dan dibenarkan di dalam surat dan pelan kelulusan sahaja, Notis Meruntuh Bangunan akan dikeluarkan sekiranya binaan tambahan/pindaan didapati mentimpang daripada syarat keluasan yang dibenarkan.
IV.Surat dan pelan kelulusan hendaklah disimpan ditapak semasa proses pembinaan untuk pemeriksaan oleh MPKK.
V.Arkitek/pelukis pelan/jurutera yang dilantik oleh pemilik premis hendaklah mengawasi kerja pembinaan dari awal sehingga siap bagi memastikan ikatan bangunan dibina mengikut pelan yang telah diluluskan.
VI.Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya keatas segala kerosakkan dan pembaikan semula kemudahan awam akibat daripada kerja-kerja pembinaan tersebut.

Bahan-bahan Binaan Lot Tengah

I.Bahan-bahan dan peralatan pembinaan hanya dibenarkan diletak di lorong belakang dengan syarat tidak lebih dari separuh keluasan jalan.
II.Kawasan tersebut hendaklah berlapik sepenuhnya sebelum diletakkan bahan- bahan binaan.
III.Kerja-kerja bancuhan simen hendaklah dibuat di dalam kawasan lot yang dibenarkan sahaja.
IV.Longkang persekitaran kawasan pembinaan hendaklah ditutup sementara sepenunyabagi mengelakkan limpahan bahan binaan ke dalam longkang.
V.Bahan-bahan dan peralatan binaan juga tidak dibenarkan diletakkan di bahagian hadapan premis.

Lot Tepi, Berkembar dan Sesebuah/Banglo

I.Bahan-bahan dan peralatan binaan tidak dibenarkan diletak di atas jalan atau bahu jalan dan hendaklah diletakkan di dalam kawasan lot yang dibenarkan.
II.Kerja-kerja bancuhan simen juga hendaklah dibuat di dalam kawasan lot yang dibenarkan sahaja.
III.Longkang persekitaran kawasan pembinaan hendaklah ditutup sementara sepenuhnya bagi mengelakkan limpahan bahan binaan ke dalam longkang.
IV.Bahan-bahan dan peralatan binaan juga tidak dibenarkan diletakkan di bahagian hadapan premis tersebut.

Tuntutan Wang Cagaran

I.Bagi permohonan yang melatik arkitek/pelukis pelan, permohonan hendaklah dikemukan secara bertulis melalui arkitek/pelukis pelan tersebut besertakan surat akuan bahawa binaan siap seperti syarat kelulusan dan sisa binaan telah dibersihkan, resit asal bayaran cagaran, kupon sampah yang telah disahkan di tapak pelupusan sampah dan salinan resit bayaran cukai pintu terkini.
II.Bagi permohonan pagar dan semurup, pemohon perlu mengemukakan surat permohonan, resit asal bayaran cagaran, kupon sampah dan salinan resit bayaran cukai pintu terkini.
III.Permohonan wang cagaran tidak akan dipertimbangkan sekiranya pemohon tidak mengemukakan dokumen yang lengkap atau binaan tambahan/ pindaan tersebut didapati melanggar dan tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan.

Disediakn oleh : Unit Penerbitan, MPKK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...