Followers

Thursday, December 15, 2011

Pengubahsuaian Bangunan dari MPK

Permohonan Pelan Susunatur

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan ?
1. Arkitek Berdaftar - Bagi bangunan Kompleks (Single Standing Building) kurang daripada 5 ekar.
2. Jururancang Bertauliah.


Apakah Yang Perlu Dilakukan ?
Dapatkan borang permohonan pelan susunatur secara percuma di Jabatan Perancang MPK beserta dengan disket e-Rancang.
Mengetahui Zoning kawasan yang ingin dibangunkan.
Membuat semakan pelan komprehensif di Jabatan Perancang MPK.


Syarat Yang Perlu Dipatuhi
Mematuhi syarat-syarat seperti yang terkandung didalam borang berkenaan.


Bila Dan Bagaimana Pembayaran Boleh Dijelaskan ?
Semasa mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap dan pembayaran secara wang tunai, cek, wang pos dll.


Berapa Lama Sesuatu Permohonan Diproses ?
3 bulan bagi permohonan yang lengkap.


Penyambungan Pembinaan Tanpa Kelulusan

Tujuan

Untuk kawalan pembangunan dan Perancangan disekitar kawasan Majlis Perbandaran Kuantan bagi jangkamasa yang panjang. Semua bangunan atau sambungan yang tertentu hendaklah mendapat kelulusan dari Majlis.
Dari segi estetik (asthetic) Majlis perlu membentuk sistem untuk penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau sambungan bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan Majlis Perbandaran Kuantan.
Untuk menjamin kepentingan kebersihan di sekitar kawasan bandar dan perumahan khasnya, serta dikawasan-kawasan kawalan Majlis Perbandaran Kuantan amnya.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pembinaan Tanpa Kelulusan

Mengikut Akta 133 (Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 dibawah Seksyen 70 sub. sek (16) yang dimaksudkan dengan bangunan, sambungan dan pindaan tanpa kelulusan ialah sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa mendapat kelulusan secara bertulis terlebih dahulu daripada Majlis Perbandaran Kuantan.
Ini termasuklah bangunan-bangunan baru, sambungan kepada bangunan yang asal serta sebarang kerja-kerja pindaan kepada bangunan asal yang telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan.


Kesalahan Kerana Membina Bangunan Dan Sambungan Tanpa Kelulusan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang

Mengikut Akta 133, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 Seksyen 70 (11), apabila disabitkan kesalahan dikenakan denda tidak lebih dari satu ribu ringgit dan Majlis Perbandaran Kuantan memohon untuk mengeluarkan perintah termesti untuk mengubah bangunan itu dengan apa-apa cara atau meruntuhkannya.
Mengikut Akta 133, Seksyen 70 (13) denda tambahan sebanyak dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Mengikut Akta 133, Seksyen 70 (14) sekiranya langkah perbicaraan tidak diambil, denda boleh dikenakan apabila pelan dikemukakan dan jumlah denda dikenakan ialah tidak lebih dari dua puluh kali ganda kadar bayaran pelan dan tidak kurang dari lima kali ganda bayaran pelan.


Bagaimana Cara Anda Boleh Membina Bangunan Baru, Sambungan Dan Pindaan Mengikut Peraturan Majlis

Sekiranya seseorang yang bercadang hendak mendirikan sesuatu bangunan hendaklah mengemukakan kepada Majlis Perbandaran Kuantan apa-apa pelan dan penentuan yang dikehendaki oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan mengikut mana-mana undang-undang kecil yang dibuat dibawah akta ini.
Bagi semua jenis sambungan/pindaan bangunan adalah tertakluk kepada garis-garis panduan bagi kerja-kerja kecil sambungan yang telah ditetapkan oleh Majlis seperti di gambarajah-gambarajah dibawah.


Dibawah Seksyen 42(i)

Kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis Perbandaran Kuantan hendaklah didapati untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan. Kegagalan anda berbuat demikian, anda boleh didakwa dibawah seksyen 42(3) yang membawa denda tidak lebih dari RM1,000.00 dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak lebih dari RM100.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas 24 jam menerima notis secara bertulis dari pihak Penguasa Tempatan MPK untuk membuang bahan-bahan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...