Followers

Monday, December 5, 2011

Bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua kumpulan iaitu :-
1. bumbung rata :
mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.
2. bumbung curam :
mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.

Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-
i. Bumbung Tebang Layar
ii. Bumbung Limas
iii. Bumbung Gambriel
iv. Bumbung Layang
v. Bumbung Mansard

Pemilihan Bumbung

Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut:
i. Jenis bangunan
ii. Ketahanlasakan
iii. Rintangan kepada haba
iv. Perlindungan cahaya
v. Kecantikan
vi. Ekonomi
vii. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

Kerangka Bumbung

Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa bahagian kayu berlainan seperti kasau betina, kasau limas, kasau lurah dan sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada kategori berikut :-
i. Bumbung Selapis
ii. Bumbung Rata
iii. Bumbung Pisang Sesikat
iv. Bumbung Gadung
v. Bumbung Beralang
vi. Bumbung Kekuda

Kekuda Bumbung

Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah berdasrkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda adalah lebih besar. Kekuda dapat direka dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk kekuda yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

Penutup Bumbung

Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

i. Genting Konkrit Saling Mengikat
Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan warna yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan. Genting ini dipasang keatas kayu beroti sederhana keras berukuran 50mm x 30mm untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300mm untuk genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai. Penyumbat genting terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan. Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung.

ii. Genting Tanah Liat
Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘Marsseiles’ berukuran 400mm hingga 425mm panjang dan 225mm hingga 263 lebar dan bebas dari sebarang keretakan, serpihan dan meleding. Genting tanah liat ini hendaklah dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti berukuran 50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan keseluruhan bumbung dan dipasang dengan menggunakan simen mortar (1:3 ) yang menyerupai warna bumbung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...