Followers

Tuesday, May 7, 2013

KIMPALAN

Kimpalan & kimpaloyang

 
  • Kaedah kimpalan digunakan untuk menyambung dua kepingan logam dengan mencairkan sebahagian kecil daripada kedua-dua kepingan itu pada tempat yang hendak disambung.
  • Kimpaloyang ialah satu kaedah untuk menyambung dua kepingan logam dengan cara menitikkan suatu logam pengisi bukan ferus yang cair kepada kepingan tersebut.
  • Kekuatan sambungan bergantung pada kekuatan tempelan antara sambungan.
  • Ia juga dikenali sebagai pateri
 
KIMPALAN ARKA (ARC WELDING)

 
  • Terjadi antara dua elektrod atau rod kimpalan dengan atau tanpa logam penambah (filler rod).
  • Caranya ialah dengan mencairkan rod kimpalan dengan arka yang dihasilkan daripada tenaga elektrik dan melekatkan logam penambah pada bahagian yang hendak dikimpal.
  • Suhunya antara 2500oc – 3500oc dan voltan arka antara 15V – 25V.
  • Lebih cepat dan memberi penembusan yang lebih dalam.
  • Lebih sesuai untuk kepingan yang tebal dan boleh digunakan di kedua-dua permukaan
 
KIMPALAN GAS (GAS WELDING)
 
  • Nyalaan api gas oksiasetilena digunakan untuk keluli sederhana.
  • Dengan hodrogen atomik, suhunya meningkat ke 4000oc.
  • Untuk menyambung plumbum (lead), kimpalan gas suhu rendah diperlukan, iaitu menggunakan oksida hidrogen.
  • Peralatan untuk kimpalan ini murah dan mudah alih.
  • Amat berguna untuk penyambungan kepingan keluli nipis, plat dan untuk keratan logam bukan besi.
 
KELEBIHAN KIMPALAN
 
  • Sambungan ini kelihatan lebih kemas dan elok
  • Memudahkan penyelenggaraan keratan tidak berkarat.
  • Mudah dan cepat dalam kerja-kerja penyambungan.
  • Pembaziran keluli dapat dikurangkan.
  • Sambungan ini ringan dan seterusnya mengurangkan beban binaan.
 




 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...