Followers

Tuesday, May 7, 2013

BOLT DAN NAT

Ribet @ Bolt


Banyak digunakan untuk pemasangan struktur, kapal terbang dan kapal laut.
Keburukan: bentuknya menjadikan ia menjadi berat dan besar.
Penyambungan ini boleh dilakukan sebagai sambungan sementara bagi anggota struktur keluli.

Terdiri daripada bolt dan nat serta sesendal, di mana sesendal bertujuan untuk menahan daya yang lebih.
Lubang untuk bolt dibuat dengan menggunakan mesin gerudi.
Lubang yang ditebuk itu mestilah lebih besar daripada ukuran garis pusat luar bebenang, iaitu lebih kurang 0.5mm.
Dua jenis bolt digunakan:

 # Bolt keluli lembut
 # Bolt tegangan tinggi
Bolt keluli lembut digunakan untuk binaan yang tidak terlalu besar dan tidak mustahak serta pembinaan yang tidak menerima beban yang besar.
Bolt tegangan tinggi digunakan untuk mana-mana binaan keluli sebagai pengganti pasak kerana kerja mengetatkan bolt ini sangat mudah.



Rivet Diperbuat daripada keluli lembut dan terdapat dua jenis:
1. Berbentuk kubah
2. Kepala benam

Rivet perlu diganti apabila didapati bentuknya tidak tepat, paksi rivet tidak lurus dan kepala retak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...