Followers

Thursday, April 5, 2012

Permohonan kelulusan mendirikan bangunan

Di bawah peruntukan seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) pihak berkuasa tempatan diberi kuasa bahawa:

a. Tanpa kebenaran bertulis, sesuatu bangunan tidak boleh didirikan.
b. Pelan, penentuan bahan dan penentuan berkenaan pembentungan perlu dikemukakan dan mematuhi mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah akta tersebut.

Undang-undang yang ditetapkan adalah undang-undang kecil 28, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986, “Tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan diduduki mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya melainkan jika sesuatu perakuan kelayakan menduduki, suatu perakuan menduduki sebahagian atau suatu kelayakan menduduki sementara telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil ini bagi bangunan itu dan apa-apa kemungkinan untuk mematuhi undang-undang kecil ini boleh menyebabkan orang itu kena dakwa di bawah Akta ini.”

Tujuan pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki adalah untuk memastikan bahawa bangunan yang dibina telah memenuhi ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan kemudahan perlu yang ditetapkan. Antara kemudahan yang diperlukan adalah:

i. Jalan akses
ii. Landskap
iii. Tempat letak kereta
iv. Parit
v. Sanitari
vi. Bekalan air
vii. Bekalan elektrik
viii. Lif bomba
ix. Pili bomba
x. Pembentungan
xi. Keperluan sampah dan lain-lain

Penentuan kepada Akta yang digunapakai:

a. Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133)
b. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986
c. Malaysian Standard – Code of Practice for access for Disabled People to Public Building.
d. Malaysian Standard – Specification for Fire Precautions in the Design and Construction of Building
e. Malaysian Standard – Code of Practice for Sanitary System in Buildings

Apakah Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki? klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...