Followers

Thursday, April 5, 2012

Keperluan Rekabentuk Bangunan

KEPERLUAN REKABENTUK (bergantung kepada pihak PBT kawasan)

a) Cadangan rekabentuk yang perlu mempunyai nilai estatik yang tinggi, cirri-ciri senibina yang kaya, bersifat kotemporari dan terkini selaras dengan peredaran zaman, citarasa pengguna, keupayaan teknologi dan kehendak Majlis (Akta 133, seksyen 70(4) (h)).

b) Rekabentuk bangunan yang dapat menggunakan pelbagai sumber-sumber semulajadi seperti:
  • Penggunaan air hujan selaras dengan ‘Garis Panduan Pemasangan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Air Hujan (SPAH)’.
  • Keperluan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi sepertimana Undang-undang Kecil Bangunan.
c) Sistem pam tandas yang hendaklah menggunakan sistem dua simbahan (dual Flush) atau sistem satu simbahan dengan kuantiti air setiap simabhan tidak melebihi 60liter selaras dengan Pekeliling JKT:AM/B/BIL. 8/2000.

d) Bagi bangunan selain dari kediaman persendirian, penyediaan kehendak-kehendak bangunan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan Undang-undang Kecil 125, Undang-undang Kecil Bangunan. Bangunan tersebut hendaklah disediakan dengan:
  • Kemudahan akses bagi membolehkan orang-orang kurang upaya masuk ke dalam, keluar daripada dan bergerak dalam bangunan itu.
  • Kemudahan-kemudahan bagi kegunaan orang-orang yang kurang keupayaan.
  • Kemudahan untuk melepaskan diri bagi membolehkan orang-orang yang kurang keupayaan untuk keluar daripada bangunan itu dalam hal kecemasan.
  • Menyediakan kemudahan bagi tandas OKU adalah tidak kurang dari 1.5m x 2.0m.
  • Menyediakan tempat letak kereta OKU berkelebaran minima 3600mm berhampiran dengan ramp akses utama ke bangunan.
  • Lif bagi OKU bagi bangunan komersial, institusi dan hospital bersaiz minima 1800mm x 1800mm dan mempunyai kelebaran pintu 1800mm.
e) Memastikan 60% bahan tempatan hendaklah di spesifikasikan untuk kerja-kerja pembinaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah menteri berkaitan ‘Dasar Mengenai penggunaan Bahan-bahan Tempatan dalam Industri Pembinaan’.

f) Bilik-bilik/ ruang yang disediakan dalam setiap unit kediaman hendaklah mendapat pencahayaan dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai keluasan yang tidak kurang dari 10% ruang lega lantai/ bilik/ ruang tersebut. Adalah digalakkan supaya pengudaraan silang (cross ventilation) dapat menempuh sekadar yang boleh, keseluruhan bilik-bilik kediaman dan dapat tembus dari satu permukaan depan rumah sehingga permukaan belakang rumah atau sebaliknya.

g) Rekabentuk bangunan hendaklah member perhatian kepada ‘corner treatment’.

KEPERLUAN KETINGGIAN RUANG DALAM BANGUNAN

i. Tingkat bawah dan kaki lima hendaklah tidak kurang dari 3 meter tingg
ii. Bagi bangunan selain kediaman yang mempunyai kedalaman kurang dari 10.5m, tinggi tingkat kedua dan ke atas hendaklah tidak kurang dari 2.55m.
iii. Bagi bangunan selain kediaman yang mempunyai kedalaman melebihi dari 10.5m, tinggi tingkat kedua dank e atas hendaklah tidak kurang dari 2.5m.
iv. Bagi bangunan sekolah tinggi, bilik-bilik hendaklah tidak kurang 3m.
v. Bagi bangunan hospital, bilik-bilik hendaklah tidak kurang 3m..
vi. Tinggi bilik-bilik di tempat tumpuan awamseperti muzium, pasaraya dan panggung wayang hendaklah tidak kurang 3.5m
vii. Ketinggian ‘clear height’ bagi mana-mana bahagian bilik bersiling cerun hendaklah tidak kurang dari 2m.
viii. Ketinggian ‘clear height’ bagi tingkat bawah tanah dan tingkat bawah yang terbuka hendaklah tidak kurang dari 2.5m (jika berkaitan)
ix. Unjuran balkoni terbuka di tingkat atas hendaklah tidak melebihi 1.83m dan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2.5m dari aras jalan.
x. Lebar balkoni terbuka di tingkat atas hendaklah tidak melebihi ½ dari lebar bangunan.
xi. Tembok sambut/ tiang porch hendaklah tidak kurang dari 600mm dari sempadan lot.

KEPERLUAN SAIZ KELUASAN RUANG DALAM BANGUNAN KEDIAMAN

i. Bilik pertama hendaklah tidak kurang dari 11 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.
ii. Bilik kedua hendaklah tidak kurang dari 9.3 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.
iii. Bilik ketiga dan seterusnya hendaklah tidak kurang 6.5 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.

KEPERLUAN SAIZ KELUASAN RUANG TANDAS/ BILIK MANDI

i. Ukuran minima bagi tandas dengan jamban duduk beserta wc adalah 1.5m x 0.75m bagi setiap wc.
ii. Ukuran minima bagi tandas dengan jamban selain jamban duduk beserta wc adalah 1.25m x 0.75m bagi setiap wc.
iii. Keluasan minima bagi bilik mandi tanpa tandas adalah 1.5 meter persegi dengan lebar minima 0.75 meter.
iv. Keluasan minima bagi bilik mandi beserta tandas adalah 2 meter persegi dengan lebar minima 0.75 meter.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...