Followers

Thursday, March 8, 2012

Kerangka Bumbung



Papak Lantai

Lantai bangunan umumnya dibina daripada konkrit bertetulang, unit konkrit tuang dahulu atau kayu. Lantai tingkat bawah (terletak di atas tanah) untuk bangunan kediaman biasanya dibina sama aras dengan aras tanah di sekelilingnya. Lantai itu dibuat daripada konkrit (tuang in-situ) setebal 100mm atau lebih. Konkrit dituang di atas timbusan lapisan atas padat daripada pecahan batu bata atau pecahan konkrit atau ketul-ketul batu kelikir dan pasir. Jenis lantai ini boleh disudahkan dengan kemasan kasar untuk kemudiannya diturapkan dengan bahan kemasan lantai atau disudahkan dengan kemasan rata dengan menggunakan sudip.



Berbagai-bagai jenis unit konkrit tuang dahulu berongga juga sesuai digunakan untuk lantai atas, kerana binaan ini adalah lebih ringan daripada lantai konkrit tuang disitu. Unit-unit konkrit ini boleh dibuat secara tegas dahulu. Untuk bangunan-bangunan yang besar, biasanya dibina satu siri rasuk konkrit bertetulang utama dan rasuk betina untuk menanggung beban atau berat lantai konkrit yang dibuat secara tuang disitu, dan juga beban kenaan. Jika ukuran rentang lantai adalah kurang daripada 4.5m, lantai konkrit bertetulang sekeping mungkin boleh digunakan dan lantai ini ditatang oleh rasuk di keempat-empat bahagian sisinya


fungsi-fungsi yang asas bagi lantai :




  • Menyediakan permukaan yang rata.


  • Menanggung beban yang diletakkan di atasnya dan untuk bangunan yang bertingkat-tingkat lantai juga akan mempunyai fungsi-fungsi lain daripada di atas.


  • Penebat suara, api dan haba.


  • Pengasingan untuk penghuni-penghuni dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan.


  • Lantai di atas menjadi siling kepada lantai bawah.


  • Ruang di antara lantai dan siling digunakan untuk memuatkan kelengkapan-kelengkapan saluran bangunan seperti sesalur bekalan sistem hawa dingin, pencegah kebakaran, elektrik dan lain-lain.


Klasifikasi lantai


Lantai terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu :




  • lantai di atas tanah


  • lantai tingkat atas


Ciri-ciri am lantai di atas tanah


Rekaan struktur mudah kerana beban ditanggung oleh tanah sendiri. Kurang masalah kerangka (rentang).



Lantai konkrit bertetulang


Satu sistem lantai yang banyak digunakan untuk lantai yang memerlukan kekuatan dan daya perintang api. Banyak diguna untuk bangunan 2 tingkat ke atas lebih-lebih lagi bangunan-bangunan untuk kegunaan awam. Penggunaan konkrit menghendaki penggunaan kerangka / kotak bentuk dan menghendaki masa yang lama untuk konkrit tersebut sebati dan kering. Tetulang dipasangkan di dalam kotak bentuk sebelum konkrit dimasukkan ke dalamnya.



Lantai keluli


Penggunaan keluli sebagai bahan struktur untuk lantai banyak terdapat untuk bangunan-bangunan dan perusahaan, dewan-dewan dan lain-lain lagi bangunan yang memerlukan rentang yang besar.


Jawab semua soalan.




  1. Apakah fungsi asas?


  2. Rasuk konkrit dan rasuk kayu adalah dua istilah yang sama, apakah kesamaan dua binaan rasuk ini dari segi fungsinya?


  3. Dari segi fizikal tiang dibentuk tinggi lampai, dalam faktor beban manakah rekabentuk tiang mesti dititikberatkan?


  4. Apakah yang dimaksudkan beban mati pada papak lantai?

jawapan


1. Fungsi asas adalah seperti berikut:




  • Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.


  • Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.


  • Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.


  • Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya: inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.

2. Menerima beban daripada lantai.


3. Beban mampatan dan beban tegangan.


4. Maksud beban mati pada papak lantai ialah berat bebannya sendiri.

ASAS



qBahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan.


q Asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian paling bawah terletak di atas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur bangunan di bawah tanah termasuk penapak dan cerucuk jika cerucuk digunakan.


q Mesti cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban di atasnya.


Fungsi asas adalah seperti berikut:


a. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.


b. Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.


c. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.


d. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya: inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.



Faktor yang mempengaruhi rekabentuk dan saiz asas adalah seperti berikut:


a. Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggung.


b. Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggung.


c. Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.



Jenis-jenis asas adalah seperti berikut:


a. asas jalur


b. asas pad


c. asas rakit


d. asas cerucuk

Wednesday, March 7, 2012

Blog Wang Saku KKKua


Satu Blog HEP KK Kuantan telah dibuat yang bertujuan bagi memudahkan pelajar2 mendapat apa-apa maklumat mengenai:


Anda semua bolehlah 'become a member' di blog ini dan dapatkan maklumat, borang dan lain2 yang berkaitan..

Tolong sebarkan pada rakan2 SMK yang lain..

Tuesday, February 14, 2012

SMK2 sesi JULAI 2011

ROY EDIRUL BIN ROSLAN C01LS2110107

MOHAMAD BUKHARY BIN MAMAT C01LS2110106

NOR HIRYANI BINTI YAHYA C01LS2110110


MOHAMAD NORSHAFIQ BIN NOR AZHAR C01LS2110101


MOHD FAIZ BIN MOHD ISA C01LS2110102


MUHAMMAD AZRUL BIN MUHAMMAD NADZRI C01LS2110104



MOHD AMIR ASHRAF BIN ABDULLAH C01LS2110111



AHMAD AIMAN BIN GHAZALI C01LS2110103



WAN ABDUL MUIZ BIN WAN MOHD NASIR C01LS2110108



MOHD ANWAR BIN MOHAMED ROSLI C01LS2110105



MOHD IQBAL AKMAL BIN AZMAN C01LS2110112

Wednesday, February 8, 2012

Pen Assignments

Sebelum nak mula melukis apa-apa pelan, kena setting 'pen assignments' dulu. ianya bagi memudahkan apabila kita nak buat apa-apa kerja melukis. Jadi, kita setting siap2 segala yang diperlukan. bila nak plot jew, setiap garisan yang dah set, dicetak denganbaik..


Nak setting 'Pen Assignments'? Jom kita tengok bawah ni langkah demi langkah..



Kat mana nak setting 'Pen assignments' ni?



1. klik File, pastu klik Plot Style Manager.

akan keluar camni






2. klik icon yang ada tulis 'Add-A-Plot Style Table Wizard' n ikuti langkah2 yang seterusnya..



3. bila da klik 'Add-A-Plot Style Table Wizard', akan keluar 'Add Plot Style Table' n klik Next.



4. klik 'Start from scratch, klik Next,



5. klik 'Color-Dependent Plot Style Table' dan Next



6. masukkan File name untuk pan assignment anda.. klik Next



7. Klik butang 'Plot Style Table Editor ...' n ia akan keluar camni..





8. pada Form View tu anda boleh setting ketebalan garisan, kegelapan dan kecerahan warna garisan, saiz mata pen garisan dan sebagainya. bila dah set, klik 'Save & Close'. pastikan anda set mengikut keperluan anda untuk melukis.


9. kemudian table tadi akan kembali semula pada 'Add Plot Style Table'. klik Finish bila dah siap..


Bila semua dah siap, anda belum boleh mula melukis lagi.. kena set kan layer dulu untuk setiap jenis garisan/ objek yang anda guna. pastikan ianya sama dengan apa yang anda dah setting pada 'Pan Assignment' tadi.

PENGENALAN KEPADA CAD

CAD (Computer Aided Design) – Lukisan Berbantu Komputer

· Merupakan satu pakej untuk kegunaan umum bagi lukisan kejuruteraan.

· Diperkenalkan pada awal 1940-an

· Tujuan: untuk menganalisis sesuatu rekabentuk kejuruteraan..

· Konsepnya telah diperkembangkan dengan lebih meluas apabila Ivan Sutherland mencipta perisian Sketchpad pada tahun 1960an. Nak cuba Sketchpad? klik sini

· Sketchpad adalah perisian CAD terawal yang digunakan untuk menghasilkan lukisan berbentuk 2 dimensi sahaja.

· Terdapat pelbagai jenis perisian Cad seperti FastCAD, Generic CAD, Super CAD, CADkey, S-CAD, AutoCAD.

AutoCAD

· AutoCAD adalah perisian yang digunakan secara meluas di Malaysia.

· AutoCAD dikeluarkan oleh Autodesk Inc. USA.

· Digunakan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektronik, Elektrikal, Senibina, Rekabentuk Grafik dan Lukisan Loji.

· Versi yang dikeluarkan ialah R13, R14, 2000 sehingga yang terkini ialah 2012. klik sini

· AutoCAD menyediakan satu set ‘entities’ yang digunakan untuk membina lukisan.

· Entiti merupakan elemen seperti line, circle, text dan lain-lain. jom klik sini

· Untuk memberi arahan kepada AutoCAD bagi melukis sesuatu entity, kita perlu menaip arahan dengan menggunakan keyboard atau membuat pilihan dari menu. Contohnya untuk melukis circle. Selepas itu, berdasarkan maklum balas di atas skrin, kita perlu memasukkan parameter untuk entity yang di pilih. Parameter biasanya berkaitan dengan lokasi dan saiz lukisan. Selepas maklumat di berikan, entity tersebut akan di lukis di atas skrin.

· Ianya juga untuk membuat logo, kad, persembahan dan peta topografi.

· Lain-lain kegunaan AutoCAD ialah mengubahsuai lukisan seperti padam (erase), ubah (move) dan salin (copy).

Kebaikan dan Kelebihan AutoCAD

1. Menggunakan arahan-arahan yang ringkas dan mudah untuk menghasilkan lukisan.

2. Lukisan dapat disunting atau diubahsuai dengan mudah dalam masa yang singkat.

3. Berkeupayaan menghasilkan lukisan dalam bentuk 2D dan 3D.

4. Menambahkan produktiviti kerana memplot boleh mengeluarkan lukisan terperinci dengan cepat.

5. Lukisan dapat dibuat dengan cepat dan tepat.

6. Mengurangakn kos gaji kakitangan dan menjimatkan kertas kerana hanya lukisan terakhir sahaja yang di cetak.

7. Mengurangkan ruangan kerana system AutoCAD memerlukan ruangan yang kecil berbanding dengan meja lukisan.

8. Menambahkan kejituan lukisan, rekabentuk dan pengeluaran.

9. Berkebolehan untuk mengimport dan mengeksport model-model menggunakan format DXF, TIFF, IGES dan PCX.

Kelemahan

1. Terpaksa mengurangkan kakitangan sedia ada.

2. Harga permulaan dan penyelenggaraan yang tinggi.

Komponen-komponen Komputer

1. Computer

· Media elektronik yang berfungsi untuk menerima, memproses dan menyimpan data dan menghasilkan output berdasarkan arahan yang telah di programkan. Computer yang lengkap mempunyai komponen-komponen seperti monitor, CPU, keyboard, mouse, printer, digitizer dan plotter.

2. Monitor

· Memaparkan teks dan imej berdasarkan kepada kad video (video card) di mana kad video akan menterjemahkan arahan dari computer kepada bentuk yang di fahami oleh monitor.

· Kabel akan menyambungkan monitor ke kad video.

3. CPU

· Cip utama bagi sebuah computer.

· Berfungsi untuk memproses arahan dan sebarang bentuk pengiraan.

· Di kenali juga sebagai processor / microprocessor.

· Ianya membentuk berjuta-juta pengiraan setiap saat.

4. Skrin

· Kawasan paparan bagi monitor

5. Keyboard

· Kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan maklumat dan arahan ke dalam computer.

· Mempunyai 101 kekunci

· Mengandungi berbagai jenis kunci seperti Esc, Caps Lock, Shift, Ctrl, Delete dan sebagainya.

6. Mouse

· Mempunyai fungsi click, right click, double click, drag dan drop.

7. Pemplot (Plotter)

· Bertujuan untuk memplot teks dan grafik yang di buat pada computer.

· Output yang di hasilkan dalam bentuk hardcopy

· Model: Hewlett Packard

· Boleh mencetak lukisan bersaiz A1, A0

· Kualitinya lebih tinggi berbanding pencetak.

Kaedah yang digunakan untuk memasukkan arahan

a. Keyboard – taipkan arahan pada ruang tetingkap arahan dan tekan kekunci enter atau space bar

b. Menu skrin

c. Pull down menu dari Menu Bar

d. Toolbar terapung (floating toolbar)

e. Arahan berulang – tekan kekunci enter / space bar untuk mengulangi arahan terakhir yang digunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...