Followers

Showing posts with label Kemudahan Bangunan. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan Bangunan. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Pengudaraan Semulajadi - Kediaman mesra alam

Rumah moden perlu ambil kira reka bentuk, pengaliran udara elak panas


REKA bentuk kebanyakan rumah moden kini dibina secara tertutup. Keperluan bukaan tingkap dan lubang angin tidak diambil kira, sebaliknya penggunaan pendingin hawa lebih diambil kira. Kekerapan penggunaan alat berkenaan menyebabkan pergantungan terhadap pencahayaan, sekali gus meningkatkan bil elektrik, sumber tenaga dan seterusnya pemanasan global. Justeru, bagaimana boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kediaman berupaya menyelamatkan bumi? Ia sepatutnya dibina daripada bahan binaan jimat tenaga selain menawarkan reka bentuk yang mengambil kira faktor menjimat tenaga terutama menonjolkan aliran udara dan pencahayaan semula jadi.


Ciri kediaman mesra alam

Rumah berciri mesra alam membenarkan pengaliran udara secukupnya untuk tujuan ventilasi. Hasilnya, udara sejuk dihasilkan sekali gus mengurangkan kesan kelembapan.

Masalah utama dihadapi penduduk di negara beriklim tropika adalah suhu yang tinggi, pancaran terik dan silau sinaran matahari di samping kadar kelembapan tinggi. Masalah ini semakin buruk ditambah suhu dikeluarkan oleh badan manusia itu sendiri.

Reka bentuk pengaliran udara

Pengaliran udara bermaksud penggantian udara dalaman yang panas dengan yang sejuk dari luar. Ada tiga cara pergerakan udara atau angin iaitu;

Pengaliran udara semula jadi
       - berlaku tiupan angin
       - perbezaan suhu

Pengaliran udara tidak semula jadi
       - Peralatan elektrik seperti kipas angin dan penyaman udara

Selain itu, untuk memaksimumkan potensi angin bagi pengudaraan, aliran pengudaraan perlu berlaku dalam bangunan bagi memperoleh pengaliran yang baik, perlu;

Membina bukaan pada sisi bangunan

Binaan banyak bukaan terutama tingkap adalah cara terbaik mendapatkan pengaliran udara. Bukaan lebih daripada satu dengan posisi secara berdepan akan menghasilkan pengudaraan silang.

Bagi membolehkan lebih banyak angin memasuki ruang dalam rumah menerusi bahagian sisi, maka bina banyak bukaan di bahagian itu. Jika matahari terik sepanjang hari dan menyebabkan satu sisi rumah panas, maka bahagian buka tingkap atau pintu di sisi yang lain untuk membawa masuk udara segar.


Membina bukaan pada atas bangunan

Selain untuk pengudaraan, bukaan atas dinding juga berfungsi sebagai lubang cahaya. Bagi menghindari kemasukan haiwan dan serangga, maka tutup ia dengan kawat berjaring.

Angin adalah udara yang bergerak. Pergerakan udara berlaku daripada tempat bertekanan tinggi menuju tekanan rendah. Justeru, baik sekiranya reka letak bukaan dinding dan lubang angin diperhatikan fungsinya. Jika fungsinya untuk mengalirkan udara panas keluar, maka lubang angin patut ditempatkan di bahagian atas. Misalnya, menempatkan lubang udara dalam bilik air berguna bagi mengalirkan udara panas akibat penggunaan air mandian panas.

Bumbung kecil terangkat

Pengaliran udara juga boleh dilakukan menerusi binaan seperti bumbung kecil terangkat. Caranya, bina satu bumbung kecil di atas bumbung sedia ada. Binaan seumpamanya mengelakkan udara panas dalam rumah terperangkap, sebaliknya udara baru akan masuk melalui binaan tingkap sedia ada.

Pengaliran udara mekanikal

Pengaliran udara secara mekanikal dilakukan dengan memasang alat pengaliran udara turbin. Ia berfungsi dengan cara turbin berpusing ditiup angin, maka lalu menyedut udara panas dari dalam dan membuangnya keluar. Sekiranya tiada berlaku aliran atau tiupan angin, udara panas juga akan memusing turbin yang disebabkan oleh kesan tindihan udara.
 
Sumber: Berita harian oleh Hamidon Abdullah

Pencahayaan Semulajadi


PENCAHAYAAN amat penting dalam kehidupan kita seharian. Dengan adanya sumber cahaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. Sumber cahaya boleh diperolehi sama ada secara semula jadi atau tenaga elektrik.

Pada waktu siang, sumber cahaya semula jadi iaitu matahari adalah sumber cahaya yang digunakan untuk menerangi persekitaran, sementara pada waktu malam sumber cahaya buatan dari tenaga elektrik pula mengambil alih tugas itu.

Antara ciri rumah mesra alam adalah yang menggunakan sumber cahaya semula jadi sebagai punca cahaya. Sinaran matahari yang diperoleh sepanjang tahun seharusnya digunakan secara bijak kerana kita bukan saja dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik malah baik untuk kesihatan penghuni. Apatah lagi, sinar matahari pagi dikatakan mengandungi banyak kelebihan untuk perkembangan fizikal dan kulit manusia.


Kelebihan memperoleh sinaran cahaya matahari ke dalam ruang kediaman juga dapat membantu mengurangkan kelembapan di dalam ruang seterusnya melenyapkan bakteria berpunca dari ruang lembap. Cahaya yang memasuki ruang bergantung kepada saiz bukaan tingkap yang telah direkabentuk. Apabila seluruh ruang memperoleh sinar cahaya matahari yang cukup, maka bakteria yang dikenali sebagai hama dapat dihindari. Binatang yang menghasilkan hama seperti tikus amat menyukai tempat gelap dan lembap dan secara tidak langsung, haiwan atau serangga pemusnah seperti lipas, semut dan anai-anai yang menyukai tempat gelap dan lembap dapat dihindari.

Kedudukan cahaya matahari yang terbit dari timur dan tenggelam di barat sebaiknya diambil kira dalam menentukan kedudukan sesuatu bangunan. Adalah baik sekiranya bukaan seperti tingkap atau pintu dibuat pada kedudukan sesebuah kediaman dapat memperoleh cahaya matahari pagi pada bahagian hadapan dan cahaya matahari petang pada bahagian belakang.

Kelebihan ini membantu dari segi keselesaan kerana cahaya matahari waktu petang agak terik berbanding pada waktu pagi. Bagi kedudukan menghadap utara pula cahayanya tidak terik, begitu juga pada kedudukan menghadap selatan.

Pancaran cahaya matahari yang diperoleh bukan saja menghasilkan cahaya tetapi juga mengeluarkan bahang. Cahaya siang hari ini banyak memberi kesan psikologi selain untuk kemudahan praktikal. Kesan pencahayaan akan berubah-ubah mengikut masa pada satu hari, pada musim tertentu dan pada kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kesan cahayanya boleh diserap oleh awan, jerebu dan juga bila berlaku hujan. Dengan itu kesan cahaya yang diterima akan berkurangan dan berubah-ubah mengikut kedudukan matahari.

Bagi rumah kediaman, kesan cahaya semula jadi yang berlaku pada siang hari dari segi kuantiti dan kualiti biasanya ditentukan oleh saiz dan orientasi tingkap. Kadar iluminasi atau penerangan cahaya siang hari atau cahaya semula jadi yang memasuki ruang dalaman bergantung pada kedudukan dan saiz bukaan atau tingkap.
Kedudukan orientasi bangunan

Pada dasarnya, bila besar dan lebar tingkap maka lebih banyak cahaya akan memasuki ruang. Kesan daripada kemasukan cahaya ke dalam ruang ini juga dibantu secara efektif oleh siling dan dinding belakang berbanding dinding sisi dan lantai. Selain itu, permukaan yang berwarna cerah akan membalik dan menyebarkan cahaya lebih efektif berbanding permukaan gelap. Cuba elak menggunakan permukaan berkilat yang membalikkan cahaya serta menghasilkan silau.

Kedudukan orientasi bangunan akan mempengaruhi jumlah kepanasan dan kesejukan
serta pencahayaan dalam bangunan

Kesan cahaya berlebihan menghasilkan silau. Silau ini akan menghalang dan mengganggu daya penglihatan pengguna ruang. Terdapat dua silau iaitu silau secara terus yang disebabkan kesan cahaya yang berlebihan terhadap daya penglihatan manusia normal manakala silau tidak terus disebabkan kesan pembalikan yang berlebihan pada objek oleh cahaya kepada penglihatan manusia. Silau ini boleh dikawal dengan memasang alat pengawal silau seperti bidai ram, ram tetap mendatar atau menanam pokok dan tumbuhan bersebelahan bangunan.

Pada ketika ini, kebanyakan pemilik rumah mula sedar dan menggunakan secara baik kelebihan cahaya matahari bukan saja untuk menerangi ruang tetapi bagi menghasilkan sumber tenaga.

Penggunaan tenaga solar sebagai punca tenaga alternatif amat digalakkan bagi mengurangkan pergantungan tenaga elektrik. Kerajaan harus menggalakkan penggunaan secara meluas dengan mengurangkan harga alat penyimpan tenaga suria supaya penggunaan menyeluruh hingga ke kediaman sederhana dan rendah. Ketika ini, hanya kediaman mewah dan banglo saja dilihat menggunakannya. Menerusi galakan pihak bertanggungjawab mengenai kesedaran mengguna sumber cahaya semula jadi, masyarakat lebih menghargai akan kelebihan sumber cahaya semula jadi dengan menggunakan untuk tujuan bermakna.

INFO: Penggunaan cahaya

* Membuat bukaan cahaya pada daun pintu supaya walaupun pintu bertutup, cahaya masih boleh masuk.
* Membuat tingkap yang mempunyai bukaan luas bagi membolehkan lebih cahaya memasuki ruang. Ini akan menjimatkan penggunaan lampu pada siang hari.
* Membuat bukaan pada setiap sisi dan atas bangunan seperti bumbung telus cahaya untuk memperoleh sinar matahari sepanjang hari.
* Keperluan cahaya boleh digunakan pada kabinet dan almari bagi membantu mengurangkan kelembapan serta mengelak serangga perosak bersarang di tempat terlindung cahaya.
* Melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan dan keperluan cahaya berdekatan dengan tingkap atau bukaan.

Sumber: Berita Harian, Senihias

Sunday, March 11, 2012

Kelengkapan elektrik

Di bawah ni menunjukkan simbol-simbol yang biasa digunakan dalam melukis pelan untuk meletakkan kelengkapan elektrik bagi sesebuah bangunan.



Simbol peralatan elektrik



Lagi simbol peralatan elektrik




Alatan kelengkapan elektrik yang telah di susun bagi bangunan atau di namakan Pelan Pembalikan Siling..




Jadual ni anda boleh tengok n baca bagi mengetahui kedudukan alat kelengkapan elektrik ni patut letak..








Tuesday, January 24, 2012

SISTEM LONGKANG

SISTEM LONGKANG


Terdapat dua jenis pemasangan


Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas.


Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri2 berikut :


longkang hendaklah tidak mudah bocor


air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang.


Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’


Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair



Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang adalah seperti berikut :


Kecerunan


longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan tersumbat.


Kedalaman


longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh : kenderaan.


Pengudaraan


pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan


penutup


perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan


laluan


laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat


bahan


bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan


sambungan


sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan pada longkang


penahan


untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah.


saiz dan isipadu muatan


hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.

LURANG DAN KEBUK PEMERIKSAAN

Lurang adalah satu ruang yang di bina antara sepanjang saluran sistem pembentungan. Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat di bawah aras tanah. Ia di bina bagi memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau tersumbat pada sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya dari batu-bata, konkrit atau plastik. Lurang mempunyai beberapa bentuk dimensi, antaranya segiempat sama, bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
-Lurang cetek
-Lurang biasa
-Lurang dalam
-Lurang tirai belakang

Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm






Biasanya lurang di bina pada hujung paip, pada sebarang perubahan arah, saiz pembentung dan kecerunan paip. Jarak maksimum antara lurang ialah tidak melebihi 100 meter. Manakala kedalaman minimum ialah 1.2 meter dari permukaan aras tanah ( sumber dari JKR).





Di samping itu, penutup lurang harus dibuat dari ductile atau cast iron dengan minimum lebar
600 mm. Untuk maklumat lanjut berkenaan pembinaan lurang, anda boleh rujuk di sini

Monday, January 23, 2012

PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN samb 1

SISTEM SALIRAN DI BAWAH TANAH

· bagi menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan dari sesebuah bangunan atau rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.

· Terdapat tiga jenis sistem :

ü Sistem bergabung (combined system)

ü Sistem berasingan (separate system)

ü Sistem berasingan separa (partially separate system)


Sistem saliran bawah tanah

SISTEM BERGABUNG

Ø Ia menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari dan air permukaan dari bumbung dan kawasan sekelilingnya melalui satu paip saliran ke pembentung awam.

Ø Najis, air sisa dan air permukaan yang disalirkan ini akan dirawat di loji rawatan kumbahan sebelum disalirkan ke sungai atau ke laut.

Ø Sistem ini merupakan sistem yang paling mudah kerana ia memerlukan satu pembentungan sahaja. Oleh kerana semua bahan disalur ke satu pembentung sahaja, saiz pembentung mestilah besar.

Ø Selain itu, ia juga perlu di pam, kerana kandungan yang di bawanya cepat penuh. Air akan melimpah sekiranya hujan turun dengan lebat dan ini sangat membahayakan.

Ø Kelebihan sistem ini, ia menjimatkan kerana tidak banyak menggunakan paip, pembinaannya mudah kerana melibatkan satu paip saliran dan ia menggunakan pembentung yang bergaris pusat besar.

Ø Kelemahan sistem ini pula ialah, ia tidak sesuai digunakan di malaysia yang beriklim tropika kerana loji rawatan kumbahan tidak berupaya merawat ke semua air sisa dan air hujan yang banyak.

SISTEM BERASINGAN

Ø Sistem ini menggunakan dua jenis paip saliran iaitu paip saliran air sisa dan paip saliran air permukaan.

Ø Paip saliran air sisa menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari ke pembentung air sisa dan di rawat di loji rawatan kumbahan.

Ø Paip saliran air permukaan menyalirkan air permukaan dari bumbung dan kawasan sekelilingnya ke betung air permukaan dan seterusnya di salirkan ke sungai atau laut.

Ø Satu saliran longkang dan satu pembentung di gunakan dalam sistem ini.

Ø Kebaikan bagi sistem ini, ia menggunakan paip saliran yang bergaris pusat kecil.

Ø Pembentung ini di tanam ke dalam tanah untuk menjamin kesihatan dan mengelakkan pencemaran.

Ø Kelemahan yang uatama bagi sistem ini adalah ia memerlukan kos yang lebih mahal kerana menggunakan banyak paip.

SISTEM BERASINGAN SEPARA

Ø Pada asasnya ia adalah dari sistem berasingan. Bezanya adalah paip air hujan yang berhampiran dengan paip saliran air sisa atau najis disambungkan kepada paip saliran air sisa berkenaan.

Ø Air buangan dari alatan kebersihan dan air hujan dari talang di bawa melalui saluran yang berasingan ke satu pembentung.

Ø Terdapat dua pembentung dalam sistem ini iaitu, pembentung pertama adalah untuk membawa air buangan dari alatan kebersihan manakala pembentung kedua adalah untuk membawa alatan kebersihan dari talang serta air dari kawasan permukaan berturap.

Ø Sistem ini memudahkan lagi struktur pembuangan air bawah tanah bagi sesebuah rumah. Contoh : rumah yang sederhana besar. Dengan ini, saiz pembentung dapat ditentukan.

Ø Sistem gabungan dan sistem separa gabungan adalah sama kerana kedua-dua sistem ini menggunakan satu saluran longkang, satu lurang atau lubang pemeriksaan dan satu saluran pembentungan.

Ø Kebaikan bagi sistem ini adalah ia menjimatkan kerana kurang menggunakan paip.

Prinsip-prinsip pemasangan sistem saliran bawah tanah

1.0 mutu paip

- paip diperbuat daripada bahan yang bermutu dan dalam keadaan sempurna

- berupaya menahan daya mampatan

2.0 kedap air

- paip mestilah dipasang dengan sempurna supaya ia kedap air

- ‘kedap air’ -> dimana air bumi tidak dapat memasuki paip atau aiar sisa dan najis tidak boleh keluar dari paip yang boleh mencemari air bumi

3.0 kecerunan

- paip hendaklah ditanam dan dipasang di dasar parit pada kecerunan yang sesuai

- ianya sangat penting bagi memastikan bahan pejal tidak mendap yang boleh menyebabkan paip tersumbat

- kecerunan minima bagi paip berdiameter 100 mm ialah 1 :80 dan paip berdiameter 150 mm ialah 1 :150

4.0 kelurusan

- paip harus dipasang lurus supaya najis dan air sisa dapat mengalir dengan lancar

- lengkok/liku (bends) boleh digunakan pada keadaan tertentu sahaja

- kelurusan paip boleh ditentukan melalui ujian-ujian tertentu atau melalui kaedah penjajaran dengan menggunakan pancaran laser

5.0 pengalihudaraan

- bertujuan supaya udara segar dapat memasuki sistem perpaipan dan udara berbau busuk tidak dapat keluar mencemari udara.

- Ia juga bergantung kepada mutu paip

6.0 Penyokongan

- paip yang ditanam ke dalam tanah perlu disokong oleh tanah yang berada di bahagian bawah paip

- tanah yang menyokong paip perlu dikukuhkan jika keupayaan galasnya tidak dapat menanggung beban

PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN

Sistem ini adalah sistem pembuangan air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan.

Sistem ini terdiri daripada:

* Rangkaian perpaipan

* Perangkap

* Kebuk pemeriksaan atau lurang

* Rawatan kumbahan

Kaedah saliran atau perpaipan

Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan:

a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage)

b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage)

SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu:

  • paip air sisa (waste pipes)
  • paip najis (soil pipes)
  • paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)

1. paip air sisa

untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam bangunan atau rumah ke sistem paip saliran bawah tanah.

2. paip najis

untuk menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal dari lekapan najis ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan melalui sistem paip saliran bawah tanah.

3. paip bolong@paip anti sifon

untuk mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari berlakunya pensifonan.

Paip ini di hubungkan kepada paip air sisa dan paip najis tetapi ia tidak menyalurkan air sisa dan najis.

SALIRAN BAWAH TANAH

Paip-paip untuk saliran bawah tanah berfungsi untuk menyalurkan air sisa dan najis dari paip air sisa dan paip najis di dalam bangunan atau rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.

SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN ATAS PERMUKAAN TANAH

Terdapat tiga jenis sistem:

v sistem dua paip (two or dual pipe system)

v sistem satu paip (one pipe system)

v sistem paip tumpu tunggal (single stack system)

SISTEM DUA PAIP

ü Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan atau menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari.

ü Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari lekapan najis bagi memudahkan kadar alirannya.

ü Dalam system ini, dua paip utama digunakan:

ü Paip buangan digunakan untuk membawa air buangan dari dapur dan bilik air ke longkang manakala paip najis membawa najis dari alatan kebersihan ke pembentung.

ü Kedua-dua paip tumpu tersebut akan dihubungkan kepada paip saliran di bawah tanah dengan menggunakan liku dan cabang.

ü Air sisa terlebih dahulu akan disalirkan ke dalam perangkap gegeluk atau gully sebelum disalirkan ke dalam paip saliran air sisa bawah tanah.

ü Kebaikkan system ini adalah ia dapat mencegah dari berlakunya bau busuk.

ü Kelemahan system ini adalah kos pemasangan yang mahal kerana banyak menggunakan paip serta ia memerlukan penjagaan yang rapi.


Sistem dua paip

SISTEM SATU PAIP

ü Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia lebih ekonomi.

ü Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan untuk mencegah kehilangan kedap air di dalam perangkap yang mungkin berlaku disebabkan oleh pensifonan, tekanan membalik dan akibat dari kesan angin.

ü Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat 50mm di hubungkan dari perangkap lekapan sanitari kepada paip tumpu bolong yang bergaris pusat 75mm.

ü Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip tumpu (air sisa dan najis) untuk membebaskan mana-mana udara termampat yang mungkin ada di bahagian bawah paip tumpu najis dan air sisa.

ü Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai, manakala paip pencawang najis di pasang di bahagian bawah lantai.

ü Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu adalah berbeza.

ü Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke paip saliran bawah tanah.

ü Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi bangunan tinggi kerana semua lekapan-lekapan sanitari adalah berhampiran dengan paip tumpu.

ü Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya adalah kompleks.

ü System ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’ (fully vented), oleh itu ia memerlukan perangkap pada setiap lekapan sanitari.

ü Jika paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.


Sistem satu paip

SISTEM PAIP TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL)

ü Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia berbeza dari system satu paip dari segi sambungan alatan kebersihan.

ü Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus ke paip utama. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya perubahan tekanan semasa beberapa alatan kebersihan di gunakan secara serentak.

ü Bagi mengelakkan dari berlakunya ‘saifan tersendiri’, penggunaan garis pusat paip yang sesuai, panjang paip, kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil kira.

ü System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan.

ü Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan kebersihan yang terletak jauh dari paip utama dan jika paip paip utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak.

ü Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak digunakan.

ü Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih ekonomi kerana kerja paipnya mudah dan tidak memerlukan paip yang banyak.

ü Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari dipasang pada paip tumpu, ia akan menimbulkan masalah.

ü Setiap lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh itu, penyambungan paip pencawang kepada paip tumpu terlalu berdekatan antara satu sama lain.

ü Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari berada jauh dari paip tumpu.


Sistem tumpu tunggal

Building Services (Sistem Bekalan Air)

SISTEM BEKALAN AIR

Sistem Terus/ Sistem Langsung

* Terdapat di kawasan yang bertekanan tinggi.

* Air akan di bekalkan terus dari paip induk ke lekapan-lekapan sanitari yang terdapat dalam bangunan tanpa pergi ke tangki simpanan air

* Sistem ini tidak sesuai di gunakan untuk pembekalan air ke bangunan-bangunan tinggi.

* Kebaikkan: dapat membekalkan air yang bersih dan segar, mempunyai tekanan air yang sangat tinggi sertaia tidak akan mengalami limpahan air pada tangki simpanan kalau injap bebola rosak dan tidak merugikan air kerana tangki simpanan tidak perlu di sediakan.

* Kelemahan: jika berlaku kebocoran, ia agak sukar di kesan serta jika ada kerosakan atau kebocoran pada paip induk, injap akan tutup dan menyebabkan bekalan air akan terputus. ini adalah di sebabkan oleh system ini tidak ada bekalan air simpanan.

Sistem Tak Terus/ Tak langsung

* Semua lekapan-lekapan sanitari dan silinder air panas akan di bekalkan air dari tangki kecuali untuk kegunaan di dapur.

* Kebaikkan: air masih dapat di bekalkan antara 12 - 24 jam jika berlaku gangguan bekalan air. Beban pada paip induk dapat di ringankan semasa permintaan memuncak. Manakala air yang di bekalkan adalah konstan. Jika ada kerosakan pada salah satu lekapan sanitari, hanya injap yang berhampiran sahaja perlu di tutup. Oleh itu, bekalan air ke lekapan-lekapan sanitari yang lain dapat di teruskan.

* Kelemahan: Air yang di bekalkan adalah tidak bersih (terdapat penyambungan dan karat di dalam tangki) dan jika kerja-kerja pembersihan tangki di jalankan, bekalan air akan terputus. Pembaziran pula akan berlaku jika injap bebola pada tangki rosak.


Building Services (Saluran paip)

SALURAN PAIP

a) Saluran Paip Induk Utama

~ Paip pertama dari kolam simpanan air atau stesen mengepam.

~ Membawa air ke paip induk lain ataupun ke satu kawasan yang lain. Oleh itu, pengguna tidak akan mendapat air terus dari paip induk utama ini.

~ Berdiameter 225mm – 300mm. Ditanam sedalam 750mm atau lebih.

~ Paip yang digunakan mestilah dapat menahan tekanan daripada lapisan tanah serta kenderaan berat pada bahagian atasnya.

~ Disalurkan di atas tanah iaitu biasanya di kawasan yang tidak didiami penduduk dan di letakkan di atas penyokong konkrit.

~ Pada kemuncak paip, injap angina dipasang untuk mengelakkan sandal udara berlaku.

b) Saluran Paip Induk Agihan

~ merupakan pecahan kecil dari saluran paip induk utama.

~ Membawa air ke kawasan perumahan, kilang dan ladang.

~ Pengguna akan mendapat air terus dari paip ini.

c) Saluran Paip Induk Kecil

~ Adalah pecahan kecil dari saluran paip induk pengagihan.

~ Membekalkan air ke satu kawasan dan saiznya cukup untuk bekalan air ke kawasan tersebut.

~ Di tanam di tepi jalan sedalam 750mm atau lebih. Paip ini berukuran antara 225mm hingga 300mm.

~ Oleh itu, paip mesti mampu menahan tekanan seperti tekanan dari lapisan tanah dan berat kenderaan yang berada di atasnya.

Sambungan paip dari paip induk ke bangunan

  • Pihak berkuasa tempatan akan mambuat kerja-kerja penyambungan dari paip induk ke bangunan yang di kenali sebagai paip hubung.
  • Pihak berkuasa adalah berhak untuk membuka paip tersebut sekiranya penghuni tiada di rumah atau tidak membayar bil elektrik.
  • Kerja pemasangan paip di buat semasa kerja pembinaan bangunan di lakukan.
  • Paip meter disambung dari pili penutup ke bangunan.
  • Penyukat air (meter) di pasang disempadan sebuah bangunan iaitu selepas pili penutup pihak berkuasa yang di gunakan untuk mengukur dan merekod kuantiti air melalui paip.
  • Air dari paip hubung dibawa terus masuk ke tangki simpanan air melalui paip ke tangki.
  • Pili yang membekalkan air untuk diminum dan masakan dapat bekalan terus dari paip induk.
  • Air di tangki simpanan air di agih kealat pemasangan dan tangki air panas oleh paip agihan.

Building Services (Agihan Air)

SISTEM AGIHAN AIR

Ø SIstem agihan air di sediakan adalah bertujuan untuk menghasilkan tekanan air yang cukup kepada pengguna.

Ø Pemilihan sistem agihan air bergantung kepada:

a) topografi

b) jarak kawasan agihan dengan loji air

c) luas dan aras kawasan yang hendak mengagihkan air

Ø Terdapat tiga kaedah sistem agihan air iaitu:

a) sistem graviti

b) sistem pam terus tanpa takungan

c) sistem pam, takungan dan graviti

Sistem Graviti

§ Memerlukan perbezaan aras antara punca air (mentah & bersih) dengan kawasan yang hendak di bekalkan air tetapi tidan memerlukan pam kerana setiap ruangan paip mempunyai tekanan yang cukup.

§ Punca air bersih terletak di kawasan yang tinggi dan berbukit.

§ Sistem ini adalah sistem yang paling baik dan jimat. Ia sesuai untuk kawasan Bandar yang berkaki bukit atau lembah di mana aras kawasan tersebut lebih rendah dari punca air bersih.

Sistem Pam Terus Tanpa Takungan

§ Di gunakan di kasan rata dan tidak mempunyai kolam simpanan air.

§ Dalam sistem ini, air bersih dari loji pembersihan di pam terus ke rangkaian paip agihan pada kadar tekanan yang sesuai.

§ Aras kawasan punca air (mentah & bersih) dengan pengguna adalah sama atau hampir sama.

§ Bekalan air akan terganggu jika elektrik terputus atau kerosakan pam terjadi.

§ Untuk itu, pam simpanan perlu untuk menampung kerosakan ini dengan keupayaan mesti sekurang-kurangnya 3x hitung panjang pengguna air.

Sistem pam, takungan dan graviti

§ Ini adalah gabungan antara sistem graviti dan sistem pam.

§ Air dari loji pembersihan air akan di pam ke kolam pengimbang yang bertindak sebagai kolam takungan yang terletak pada aras yang tinggi. Manakala dari kolam takungan air akan ke kawasan pengguna dengan menggunakan sistem graviti.

§ Apabila pam digunakan, paip induk akan dapat bekalan air yang cukup dan air lebih akan di simpan di kolam simpanan air untuk digunakan apabila mendapat permintaan yang tinggi.

§ Sekiranya pam tidak di pasang, pengguna akan mendapat bekalan air dari kolam simpanan.

§ Kelajuan air kepada pengguna akan berubah-ubah mengikut keperluan semasa dan dengan itu, pam tidak akan mudah rosak.

Paip-paip Agihan

- sistem paip induk terdiri daripada saluran paip-paip induk.

- Bergantung pada saiz dan ciri-ciri kawasan. Faktor-faktor yang mempengaruhi:

a) Rupa fizikal : kontur kawasan agihan, penempatan dan tinggi aras kawasan menentukan tekanan air.

b) Kehilangan air : berlaku akibat dari geseran yang terjadi.

c) Jumlah dan jenis pengguna : sama ada terletak berdekatan dengan kawasan yang banyak menggunakan air. Contoh: kilang.

d) Keupayaan pembekalan air : ketika permintaan memuncak. Contoh: ketika kebakaran.

e) Jarak : antara kawasan agihan ke paip induk.

f) Peupayaan pengimbangan : Mengimbangkan kehendak pengguna dan pengeluaran air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...