Followers

Thursday, May 22, 2008

Penyakit Ummah


Firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 23:
“Katakanlah (wahai Muhammad) Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Biasanya kebanyakan manusia pernah menghidap bermacam-macam penyakit, ada penyakit yang ringan dan ada penyakit yang berat, yang menyebabkan terganggu kesihatan dan terganggu kekuatan tenaga dan kecerdasannya.
Penyakit-penyakit jasmani, seperti demam, selsema, batuk, sakit kepala dan sebagainya amat mudah diketahui senang pula dirawat dan banyak ubatnya. Tetapi ada penyakit-penyakit lain yang menyerang manusia dan sedang merebak di kalangan umat terutamanya umat Islam hari ini yang sukar dirawat dan sukar pula diubati, kerana penghidap-penghidap penyakit ini tidak terasa apa-apa dan tidak tahu jika ia dihinggapi penyakit.
Penyakit yang menyerang seseorang dari dalam yang memberi kesan kepada akal fikirannya, perasaan dan emosinya. Penyakit yang dimaksudkan itu ialah penyakit sosial masyarakat atau penyakit ummah.
Sehubungan dengan hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya:
“Bahawa sesungguhnya umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat itu ya Rasulullah?” Sabdanya, “Iaitu penyakit kufur nikmat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama kita sendiri untuk merebut kemewahan dunia, penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara”.
Begitulah penyakit yang menyerang umat Islam di akhir zaman ini, seperti yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis tersebut. Penyakit ini dinamakan penyakit umat atau yang dikenal dikalangan kita sebagai penyakit sosial masyarakat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...