Followers

Tuesday, June 5, 2012

Lawatan Kerja ke Sg. Lembing

WELCOME TO MUZIUM SUNGAI LEMBING......

Mendaftar diri sebelum masuk cuci mata

Sebahagian pelajar masih menunggu ..

Pn Azliza kusyuk membaca sejarah sungai Lembing..

Ni nak posing ke buat keje..



Antara bahan sejarah

Sambil menunggu pelajar membuat tugasan..pensyarah berehat dulu..


Tunggu turn untuk snap..hehehe





Ni semua sebahagian pic untuk cuci mata.. pembinaan bangunan muzium sg lembing boleh di lihat di sini..

Monday, May 21, 2012

Bumbung

Bumbung didefinisikan sebagai kepala sesebuah bangunan.
Bumbung berfungsi sebagai:


1. Perlindungan kepada semua jenis aktiviti di dalm bangunan
2. Menanggung segala beban daripada bumbung samada beban hidup atau beban mati
3. Memuatkan system kemudahan bangunan seperti penyaman udara dan sebagainya.
4. Menahan kemasukan lembapan haba dan sebagainya.
5. Memberi identiti sesebuah bangunan.




Tulang Perabung

Tulang Perabung ialah komponen yang menyokong hujung atas kasau dan berfungsi untuk mengekalkan kedudukan jarak kasau supaya semua kasau berjarak sama di antara satu sama lain. Saiz lazim tulang perabung ialah 50mm x 200mm.
 
Kasau

Kasau ialah komponen yang membentuk bentuk bumbung. Tiap-tiap kasau dipasang pada tulang perabung dihujung atas dan disokong oleh tiang dibahagian bawah. Saiz lazimnya ialah 50mm x 150mm. Saiznya boleh berubah-ubah supaya berupaya menanggung beban hidup dan beban mati. Komponen struktur ini dipasang mengikut kecerunan bumbung. Rajah 4.15 menunjukkan kedudukan kasau pada rangka bumbung.

Tutup Tiang

Kedudukan dibahagian hujung paling atas tiang konkrit selari dengan tulang perabung dan bertindak untuk mengikut kayu. Saiz lazimnya ialah 100mm x 150mm.

Alang Pengikat

Bahagian mengufuk pada kerangka bangunan yang menyambungkan bahagian kedua-dua atas tiang. Alang berfungsi menanggung beban bumbung. Saiz lazimnya ialah 50mmX100mm.
 
Kekuda Bumbung

Kekuda bumbung dibina dari kadau-kasau ringan bersaiz 50mm x 100mm. Ia dibentuk berdasarkan prinsip segitiga kerana bentuk segitiga adalah paling kukuh dan berupaya menanggung beban yang berat. Jarak perletakan kekuda bumbung adalah mengikut keperluan. Salah satu daripadanya adalah berbentuk ‘W’.
 
Papan Tumpu Kasau

Papan tumpu kasau ialah papan yang dipasang melintang pada hujung kasau dicucur atap, saiz lazimnya ialah 150mmX25mm.
 
Beroti

Kayu yang menganjur secara berjalur dan bersenjang dengan kasau bumbung. Menyediakan permukaan untuk percantuman (dipaku) dengan penutup bumbung (genting). Saiz lazimnya adalah 50mmX25mm dengan jarak 300t/t(c/c).
 
Penutup Perabung

Merupakan sebahagian daripada penutup bumbung yang digunakan khususnya pada bahagian perabung. Ia mempunyai bentuk ‘V’ atau ‘C’.
 
Penutup Bumbung

Bahagian biasanya adalah seperti kepingan zink, asbestos gentian konkrit atau gentian tanah liat yang disusun dan digunakan untuk menutup kerangka bumbung dan membentuk satu lapisan atap. Rajah 4.20 menunjukan contoh-contoh penutup bumbung.

Asas Bagi Bangunan

Tujuan asas ialah:-

1. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.
2. Mengelak bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
3. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
4. Menambahkan kestabilan bangunan yang merendahkan pusat gravitinya; inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.
 
Jenis-jenis asas dan fungsinya


Asas Pad - Digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan. Pada dasarnya, asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm tebal tembok. 300mm untuk tembok yang mempunyai penapak. Manakala tebal konkritnya sama dengan tebal tembok.
 
Asas jalur - Digunakan utnuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.
Asas alas tiang - Dikenali juga sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Ia terletak di atas lapisan tanah yang yang mempunyai keupayaaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucuk jika tanahnya jenis tanah gambut.

Asas bertangga - Asas ini dibuat berupa tangga utnuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan. Pembinaannya perlu mematuhi peraturan yang berikut;


 Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
 Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter
 Cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas ini daripada tergelincir.
 

Asas rakit - Apabila sesebuah bangunan yang didirikan si atas tanah yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil. Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas. Ia sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan

Asas cerucuk - Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain biasanya alas tiang ataupun rakit. Ia terbahagi kepada dua iaitu;


 Cerucuk tanggung- Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras berupaya menanggung bebannya. Ia merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Jarak diantara cerucuk-cerucuk berdasarkan kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.
 Cerucuk geseran- cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan permukaan cerucuk. Jarak diantara cerucuk-cerucuk ini hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk.

Monday, April 23, 2012

Pengudaraan Semulajadi - Kediaman mesra alam

Rumah moden perlu ambil kira reka bentuk, pengaliran udara elak panas


REKA bentuk kebanyakan rumah moden kini dibina secara tertutup. Keperluan bukaan tingkap dan lubang angin tidak diambil kira, sebaliknya penggunaan pendingin hawa lebih diambil kira. Kekerapan penggunaan alat berkenaan menyebabkan pergantungan terhadap pencahayaan, sekali gus meningkatkan bil elektrik, sumber tenaga dan seterusnya pemanasan global. Justeru, bagaimana boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kediaman berupaya menyelamatkan bumi? Ia sepatutnya dibina daripada bahan binaan jimat tenaga selain menawarkan reka bentuk yang mengambil kira faktor menjimat tenaga terutama menonjolkan aliran udara dan pencahayaan semula jadi.


Ciri kediaman mesra alam

Rumah berciri mesra alam membenarkan pengaliran udara secukupnya untuk tujuan ventilasi. Hasilnya, udara sejuk dihasilkan sekali gus mengurangkan kesan kelembapan.

Masalah utama dihadapi penduduk di negara beriklim tropika adalah suhu yang tinggi, pancaran terik dan silau sinaran matahari di samping kadar kelembapan tinggi. Masalah ini semakin buruk ditambah suhu dikeluarkan oleh badan manusia itu sendiri.

Reka bentuk pengaliran udara

Pengaliran udara bermaksud penggantian udara dalaman yang panas dengan yang sejuk dari luar. Ada tiga cara pergerakan udara atau angin iaitu;

Pengaliran udara semula jadi
       - berlaku tiupan angin
       - perbezaan suhu

Pengaliran udara tidak semula jadi
       - Peralatan elektrik seperti kipas angin dan penyaman udara

Selain itu, untuk memaksimumkan potensi angin bagi pengudaraan, aliran pengudaraan perlu berlaku dalam bangunan bagi memperoleh pengaliran yang baik, perlu;

Membina bukaan pada sisi bangunan

Binaan banyak bukaan terutama tingkap adalah cara terbaik mendapatkan pengaliran udara. Bukaan lebih daripada satu dengan posisi secara berdepan akan menghasilkan pengudaraan silang.

Bagi membolehkan lebih banyak angin memasuki ruang dalam rumah menerusi bahagian sisi, maka bina banyak bukaan di bahagian itu. Jika matahari terik sepanjang hari dan menyebabkan satu sisi rumah panas, maka bahagian buka tingkap atau pintu di sisi yang lain untuk membawa masuk udara segar.


Membina bukaan pada atas bangunan

Selain untuk pengudaraan, bukaan atas dinding juga berfungsi sebagai lubang cahaya. Bagi menghindari kemasukan haiwan dan serangga, maka tutup ia dengan kawat berjaring.

Angin adalah udara yang bergerak. Pergerakan udara berlaku daripada tempat bertekanan tinggi menuju tekanan rendah. Justeru, baik sekiranya reka letak bukaan dinding dan lubang angin diperhatikan fungsinya. Jika fungsinya untuk mengalirkan udara panas keluar, maka lubang angin patut ditempatkan di bahagian atas. Misalnya, menempatkan lubang udara dalam bilik air berguna bagi mengalirkan udara panas akibat penggunaan air mandian panas.

Bumbung kecil terangkat

Pengaliran udara juga boleh dilakukan menerusi binaan seperti bumbung kecil terangkat. Caranya, bina satu bumbung kecil di atas bumbung sedia ada. Binaan seumpamanya mengelakkan udara panas dalam rumah terperangkap, sebaliknya udara baru akan masuk melalui binaan tingkap sedia ada.

Pengaliran udara mekanikal

Pengaliran udara secara mekanikal dilakukan dengan memasang alat pengaliran udara turbin. Ia berfungsi dengan cara turbin berpusing ditiup angin, maka lalu menyedut udara panas dari dalam dan membuangnya keluar. Sekiranya tiada berlaku aliran atau tiupan angin, udara panas juga akan memusing turbin yang disebabkan oleh kesan tindihan udara.
 
Sumber: Berita harian oleh Hamidon Abdullah

Pencahayaan Semulajadi


PENCAHAYAAN amat penting dalam kehidupan kita seharian. Dengan adanya sumber cahaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. Sumber cahaya boleh diperolehi sama ada secara semula jadi atau tenaga elektrik.

Pada waktu siang, sumber cahaya semula jadi iaitu matahari adalah sumber cahaya yang digunakan untuk menerangi persekitaran, sementara pada waktu malam sumber cahaya buatan dari tenaga elektrik pula mengambil alih tugas itu.

Antara ciri rumah mesra alam adalah yang menggunakan sumber cahaya semula jadi sebagai punca cahaya. Sinaran matahari yang diperoleh sepanjang tahun seharusnya digunakan secara bijak kerana kita bukan saja dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik malah baik untuk kesihatan penghuni. Apatah lagi, sinar matahari pagi dikatakan mengandungi banyak kelebihan untuk perkembangan fizikal dan kulit manusia.


Kelebihan memperoleh sinaran cahaya matahari ke dalam ruang kediaman juga dapat membantu mengurangkan kelembapan di dalam ruang seterusnya melenyapkan bakteria berpunca dari ruang lembap. Cahaya yang memasuki ruang bergantung kepada saiz bukaan tingkap yang telah direkabentuk. Apabila seluruh ruang memperoleh sinar cahaya matahari yang cukup, maka bakteria yang dikenali sebagai hama dapat dihindari. Binatang yang menghasilkan hama seperti tikus amat menyukai tempat gelap dan lembap dan secara tidak langsung, haiwan atau serangga pemusnah seperti lipas, semut dan anai-anai yang menyukai tempat gelap dan lembap dapat dihindari.

Kedudukan cahaya matahari yang terbit dari timur dan tenggelam di barat sebaiknya diambil kira dalam menentukan kedudukan sesuatu bangunan. Adalah baik sekiranya bukaan seperti tingkap atau pintu dibuat pada kedudukan sesebuah kediaman dapat memperoleh cahaya matahari pagi pada bahagian hadapan dan cahaya matahari petang pada bahagian belakang.

Kelebihan ini membantu dari segi keselesaan kerana cahaya matahari waktu petang agak terik berbanding pada waktu pagi. Bagi kedudukan menghadap utara pula cahayanya tidak terik, begitu juga pada kedudukan menghadap selatan.

Pancaran cahaya matahari yang diperoleh bukan saja menghasilkan cahaya tetapi juga mengeluarkan bahang. Cahaya siang hari ini banyak memberi kesan psikologi selain untuk kemudahan praktikal. Kesan pencahayaan akan berubah-ubah mengikut masa pada satu hari, pada musim tertentu dan pada kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kesan cahayanya boleh diserap oleh awan, jerebu dan juga bila berlaku hujan. Dengan itu kesan cahaya yang diterima akan berkurangan dan berubah-ubah mengikut kedudukan matahari.

Bagi rumah kediaman, kesan cahaya semula jadi yang berlaku pada siang hari dari segi kuantiti dan kualiti biasanya ditentukan oleh saiz dan orientasi tingkap. Kadar iluminasi atau penerangan cahaya siang hari atau cahaya semula jadi yang memasuki ruang dalaman bergantung pada kedudukan dan saiz bukaan atau tingkap.
Kedudukan orientasi bangunan

Pada dasarnya, bila besar dan lebar tingkap maka lebih banyak cahaya akan memasuki ruang. Kesan daripada kemasukan cahaya ke dalam ruang ini juga dibantu secara efektif oleh siling dan dinding belakang berbanding dinding sisi dan lantai. Selain itu, permukaan yang berwarna cerah akan membalik dan menyebarkan cahaya lebih efektif berbanding permukaan gelap. Cuba elak menggunakan permukaan berkilat yang membalikkan cahaya serta menghasilkan silau.

Kedudukan orientasi bangunan akan mempengaruhi jumlah kepanasan dan kesejukan
serta pencahayaan dalam bangunan

Kesan cahaya berlebihan menghasilkan silau. Silau ini akan menghalang dan mengganggu daya penglihatan pengguna ruang. Terdapat dua silau iaitu silau secara terus yang disebabkan kesan cahaya yang berlebihan terhadap daya penglihatan manusia normal manakala silau tidak terus disebabkan kesan pembalikan yang berlebihan pada objek oleh cahaya kepada penglihatan manusia. Silau ini boleh dikawal dengan memasang alat pengawal silau seperti bidai ram, ram tetap mendatar atau menanam pokok dan tumbuhan bersebelahan bangunan.

Pada ketika ini, kebanyakan pemilik rumah mula sedar dan menggunakan secara baik kelebihan cahaya matahari bukan saja untuk menerangi ruang tetapi bagi menghasilkan sumber tenaga.

Penggunaan tenaga solar sebagai punca tenaga alternatif amat digalakkan bagi mengurangkan pergantungan tenaga elektrik. Kerajaan harus menggalakkan penggunaan secara meluas dengan mengurangkan harga alat penyimpan tenaga suria supaya penggunaan menyeluruh hingga ke kediaman sederhana dan rendah. Ketika ini, hanya kediaman mewah dan banglo saja dilihat menggunakannya. Menerusi galakan pihak bertanggungjawab mengenai kesedaran mengguna sumber cahaya semula jadi, masyarakat lebih menghargai akan kelebihan sumber cahaya semula jadi dengan menggunakan untuk tujuan bermakna.

INFO: Penggunaan cahaya

* Membuat bukaan cahaya pada daun pintu supaya walaupun pintu bertutup, cahaya masih boleh masuk.
* Membuat tingkap yang mempunyai bukaan luas bagi membolehkan lebih cahaya memasuki ruang. Ini akan menjimatkan penggunaan lampu pada siang hari.
* Membuat bukaan pada setiap sisi dan atas bangunan seperti bumbung telus cahaya untuk memperoleh sinar matahari sepanjang hari.
* Keperluan cahaya boleh digunakan pada kabinet dan almari bagi membantu mengurangkan kelembapan serta mengelak serangga perosak bersarang di tempat terlindung cahaya.
* Melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan dan keperluan cahaya berdekatan dengan tingkap atau bukaan.

Sumber: Berita Harian, Senihias

Sunday, April 22, 2012

Sahut Seruan Kerajaan: Konsep Bangunan Hijau


KUALA LUMPUR - Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan, aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Pengurus Besar Kanan di Sektor Pembangunan Teknologi dan Inovasi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Ir. Elias Ismail berkata, pembangunan menggunakan konsep teknologi hijau adalah seiring dengan Polisi Teknologi Hijau Kebangsaan.
“Polisi ini mensasarkan untuk mencapai pengurangan pengeluaran karbon sejumlah 40 peratus menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, CIDB telah mengambil cabaran untuk membangunkan satu standard yang mengambilkira impak projek pembinaan terhadap alam sekitar, dan salah satu fokusnya adalah untuk mengukur kadar pengeluaran karbon,” katanya.
Elias berkata, standard pengukuran bangunan hijau tersebut adalah untuk menganalisa ‘hasil akhir’ sesebuah bangunan, di mana hasil tersebut akan dibandingkan dengan bangunan lain dalam aspek kecekapan tenaga.
“Hasil yang diukur tersebut akan menentukan kesan kepada alam sekitar, sama ada ia memberi impak yang banyak atau kurang. Semua proses termasuk struktur bangunan adalah diambil kira dalam penilaian ini,” jelasnya.
Seminar Kepentingan Pengukuran Bangunan Hijau yang berlangsung di sini hari ini mendapat respon menggalakkan daripada lebih 60 peserta yang hadir.
Konsultan Projek, Rosli Ghani berkata, seminar ini membuka ‘mata’nya mengenai aspek teknologi hijau yang sepatutnya diterapkan dalam setiap projek pembangunan di negara ini.
“Konsep teknologi hijau bukan sahaja mesra alam, tetapi ia juga mengurangkan perbelanjaan kos projek yang dikeluarkan pemaju untuk jangka masa panjang. Ini kerana, dengan menggunakan pendekatan teknologi ini, kos penggunaan sumber dan tenaga lebih menjimatkan berbanding projek pembangunan yang dibina tanpa aspek teknologi hijau ini,” katanya.


Info Teknologi Hijau

Teknologi Hijau juga merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

- Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

- Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.


Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga

• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan:

Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan

iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

iv) Sektor Pengangkutan

• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.


sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, CIBD

Elaun Wang saku

Untuk makluman para pelajar, sila semak syarat-syarat pembiayaan wang saku:

Pembiayaan elaun wang saku pada kadar RM250/seorang sebulan kepada pelajar2 yang layak berdasarkan kriteria2 di bawah :


i ) Warganegara Malaysia

ii) Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan yang tetap

iii) Tidak mempunyai penaja yang lain

iv) Mendaftar sebagai pelajar SMK di KK sepenuh masa.

v) Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000 dan

vi) Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA atau mengulang LA adalah tidak layak)

vii) Kehadiran tidak kurang 80%



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...