Followers

Tuesday, November 1, 2011

Istilah Binaan tangga

Larian tangga - terdiri daripada beberapa anak tangga yang tidak diselangi oleh pelantar.
Anak tangga - tingkat tangga yang terdiri daripada jejak dan penaik.
Jejak - bahagian ufuk iaitu tempat untuk berpijak.
Naik - bahagian punggak yang menutupi ruang antara jejak.
Jarak jejak - jarak yang diukur dari satu penaik ke penaik yang lain.
Penaik - ukuran tinggi yang diukur dari satu jejak ke jejak yang lain.
Pelantar - ruang yang terdapat di antara satu larian tangga dengan larian tangga yang lain.
Ibu tangga - hujung anak tangga.



Tangga (Staircase)


Tangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung yang lazim di antara lantai pada tingkat-tingkat dalam sesebuah bangunan.

Faktor pembinaan tangga ialah;

Kegunaan tangga untuk rumah kediaman atau bangunan awam.
Ruang bukaan bagi tangga yang dibina.
Ukuran naik dan curam yang dikehendaki.
Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.


Gambarajah pembinaan tangga



Tangga merupakan satu struktur yang menghubungkan antara satu aras ke aras yang lain.Tangga juga digunakan sebagai laluan kecemasan semasa berlakunya kecemasan seperti bekalan elektrik terputus dan menyebabkan lif tidak berfungsi.Tangga terdiri dari tetingkat,jejak,anjur jejak,susur tangga,rasuk dan sebagainya.Kerja-kerja membuat acuan dan konkrit tangga sangatlah rumit.Pengiraan nilai setiap kedudukan posisi tangga perlu penilitian yang tinggi.Ini kerana anak-anak tangga,tetingkat,dan jejak perlu nilai yang tepat kedudukannya.Tangga juga perlu mengikut darjah kecerunan yang ditetapkan.Konkrit yang selalu digunakan ialah G25N dan keadaan konkrit mestilah kering.Ini kerana,tangga mempunyai kecerunan dan perlu dikonkrit dari atas ke bawah.Jika keadaan konkrit basah,konkrit akan turun ke bawah apabila dituang.

Wednesday, October 26, 2011

sambungan tutorial 21-27

sambungan


sambungan tutorial 16-20

sambungan


sambungan tutorial 11-15

Sambungan

Sambungan tutorial 6-10

Sambungan

belajar autocad tutorial 1-5

Salam pada semua..

Sebagai panduan untuk belajar autocad cara mudah, disini ada beberapa web dan panduan untuk di lihat dan di ikuti dengan lebih mudah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...