Followers

Monday, January 23, 2012

Building Services (Saluran paip)

SALURAN PAIP

a) Saluran Paip Induk Utama

~ Paip pertama dari kolam simpanan air atau stesen mengepam.

~ Membawa air ke paip induk lain ataupun ke satu kawasan yang lain. Oleh itu, pengguna tidak akan mendapat air terus dari paip induk utama ini.

~ Berdiameter 225mm – 300mm. Ditanam sedalam 750mm atau lebih.

~ Paip yang digunakan mestilah dapat menahan tekanan daripada lapisan tanah serta kenderaan berat pada bahagian atasnya.

~ Disalurkan di atas tanah iaitu biasanya di kawasan yang tidak didiami penduduk dan di letakkan di atas penyokong konkrit.

~ Pada kemuncak paip, injap angina dipasang untuk mengelakkan sandal udara berlaku.

b) Saluran Paip Induk Agihan

~ merupakan pecahan kecil dari saluran paip induk utama.

~ Membawa air ke kawasan perumahan, kilang dan ladang.

~ Pengguna akan mendapat air terus dari paip ini.

c) Saluran Paip Induk Kecil

~ Adalah pecahan kecil dari saluran paip induk pengagihan.

~ Membekalkan air ke satu kawasan dan saiznya cukup untuk bekalan air ke kawasan tersebut.

~ Di tanam di tepi jalan sedalam 750mm atau lebih. Paip ini berukuran antara 225mm hingga 300mm.

~ Oleh itu, paip mesti mampu menahan tekanan seperti tekanan dari lapisan tanah dan berat kenderaan yang berada di atasnya.

Sambungan paip dari paip induk ke bangunan

  • Pihak berkuasa tempatan akan mambuat kerja-kerja penyambungan dari paip induk ke bangunan yang di kenali sebagai paip hubung.
  • Pihak berkuasa adalah berhak untuk membuka paip tersebut sekiranya penghuni tiada di rumah atau tidak membayar bil elektrik.
  • Kerja pemasangan paip di buat semasa kerja pembinaan bangunan di lakukan.
  • Paip meter disambung dari pili penutup ke bangunan.
  • Penyukat air (meter) di pasang disempadan sebuah bangunan iaitu selepas pili penutup pihak berkuasa yang di gunakan untuk mengukur dan merekod kuantiti air melalui paip.
  • Air dari paip hubung dibawa terus masuk ke tangki simpanan air melalui paip ke tangki.
  • Pili yang membekalkan air untuk diminum dan masakan dapat bekalan terus dari paip induk.
  • Air di tangki simpanan air di agih kealat pemasangan dan tangki air panas oleh paip agihan.

Building Services (Agihan Air)

SISTEM AGIHAN AIR

Ø SIstem agihan air di sediakan adalah bertujuan untuk menghasilkan tekanan air yang cukup kepada pengguna.

Ø Pemilihan sistem agihan air bergantung kepada:

a) topografi

b) jarak kawasan agihan dengan loji air

c) luas dan aras kawasan yang hendak mengagihkan air

Ø Terdapat tiga kaedah sistem agihan air iaitu:

a) sistem graviti

b) sistem pam terus tanpa takungan

c) sistem pam, takungan dan graviti

Sistem Graviti

§ Memerlukan perbezaan aras antara punca air (mentah & bersih) dengan kawasan yang hendak di bekalkan air tetapi tidan memerlukan pam kerana setiap ruangan paip mempunyai tekanan yang cukup.

§ Punca air bersih terletak di kawasan yang tinggi dan berbukit.

§ Sistem ini adalah sistem yang paling baik dan jimat. Ia sesuai untuk kawasan Bandar yang berkaki bukit atau lembah di mana aras kawasan tersebut lebih rendah dari punca air bersih.

Sistem Pam Terus Tanpa Takungan

§ Di gunakan di kasan rata dan tidak mempunyai kolam simpanan air.

§ Dalam sistem ini, air bersih dari loji pembersihan di pam terus ke rangkaian paip agihan pada kadar tekanan yang sesuai.

§ Aras kawasan punca air (mentah & bersih) dengan pengguna adalah sama atau hampir sama.

§ Bekalan air akan terganggu jika elektrik terputus atau kerosakan pam terjadi.

§ Untuk itu, pam simpanan perlu untuk menampung kerosakan ini dengan keupayaan mesti sekurang-kurangnya 3x hitung panjang pengguna air.

Sistem pam, takungan dan graviti

§ Ini adalah gabungan antara sistem graviti dan sistem pam.

§ Air dari loji pembersihan air akan di pam ke kolam pengimbang yang bertindak sebagai kolam takungan yang terletak pada aras yang tinggi. Manakala dari kolam takungan air akan ke kawasan pengguna dengan menggunakan sistem graviti.

§ Apabila pam digunakan, paip induk akan dapat bekalan air yang cukup dan air lebih akan di simpan di kolam simpanan air untuk digunakan apabila mendapat permintaan yang tinggi.

§ Sekiranya pam tidak di pasang, pengguna akan mendapat bekalan air dari kolam simpanan.

§ Kelajuan air kepada pengguna akan berubah-ubah mengikut keperluan semasa dan dengan itu, pam tidak akan mudah rosak.

Paip-paip Agihan

- sistem paip induk terdiri daripada saluran paip-paip induk.

- Bergantung pada saiz dan ciri-ciri kawasan. Faktor-faktor yang mempengaruhi:

a) Rupa fizikal : kontur kawasan agihan, penempatan dan tinggi aras kawasan menentukan tekanan air.

b) Kehilangan air : berlaku akibat dari geseran yang terjadi.

c) Jumlah dan jenis pengguna : sama ada terletak berdekatan dengan kawasan yang banyak menggunakan air. Contoh: kilang.

d) Keupayaan pembekalan air : ketika permintaan memuncak. Contoh: ketika kebakaran.

e) Jarak : antara kawasan agihan ke paip induk.

f) Peupayaan pengimbangan : Mengimbangkan kehendak pengguna dan pengeluaran air.

Building Services (Bekalan Air)

Agihan air dari punca ke pengguna (Proses Peringkat)

Punca Air à Tadahan Air à Loji Pembersihan Air à Tangki Air à Kolam Simpanan Air à Pengguna

Punca Air

1) Hujan – hujan perolakkan, hujan bukit, hujan saiklun

2) Air bawah tanah – apabila bahagian tanah yang tidak telap air bertemu dengan bahagian tanah yang polos air, air akan bertakung antara keduanya dan membentuk kawasan takungan air yang besar. (mata air, telaga cetek, telaga dalam, telaga tiub)

3) Air permukaan – di permukaan tanah

i) Sungai – Paling popular

- air dip am dari sungai ke tangki-tangki yang besar dengan proses-

proses tertentu

ii) Laut – merupakan punca air yang banyak tapi penggunaannya tidak meluas kerana kandungan garam galian yang tinggi

- di kawasan Timur Tengah, ia merupakan punca yang penting di mana air yang digunakan akan melalui proses penyulingan

iii) Air terjun - terdapat di kawasan tadahan hujan secara semulajadi di mana ia memberikan kemudahan pada manusia serta mudah dialirkan ke kawasan tanaman serta kegunaan harian

- di kawasan Tanah Tinggi ia penting sebagai Penjanaan Tenaga Elektrik Hidro

iv) Tasik – Tasik Ladam, Tasik Semulajadi dan Tasik Buatan.

Building Services (Bekalan Air)

Agihan air dari punca ke pengguna (Proses Peringkat)

Punca Air à Tadahan Air à Loji Pembersihan Air à Tangki Air à Kolam Simpanan Air à Pengguna

Punca Air

1) Hujan – hujan perolakkan, hujan bukit, hujan saiklun

2) Air bawah tanah – apabila bahagian tanah yang tidak telap air bertemu dengan bahagian tanah yang polos air, air akan bertakung antara keduanya dan membentuk kawasan takungan air yang besar. (mata air, telaga cetek, telaga dalam, telaga tiub)

3) Air permukaan – di permukaan tanah

i) Sungai – Paling popular

- air dip am dari sungai ke tangki-tangki yang besar dengan proses-

proses tertentu

ii) Laut – merupakan punca air yang banyak tapi penggunaannya tidak meluas kerana kandungan garam galian yang tinggi

- di kawasan Timur Tengah, ia merupakan punca yang penting di mana air yang digunakan akan melalui proses penyulingan

iii) Air terjun - terdapat di kawasan tadahan hujan secara semulajadi di mana ia memberikan kemudahan pada manusia serta mudah dialirkan ke kawasan tanaman serta kegunaan harian

- di kawasan Tanah Tinggi ia penting sebagai Penjanaan Tenaga Elektrik Hidro

iv) Tasik – Tasik Ladam, Tasik Semulajadi dan Tasik Buatan.

Building Services (Bekalan Air)

SISTEM BEKALAN AIR

- Boleh di perolehi daripada perigi, telaga artes, sungai, kolam, empangan dan sebagainya

- Pembekalan air bersih disalurkan kepada banyak aspek,antaranya untuk kejuruteraan, struktur bangunan, analisa kimia, rekabentuk serta pengguna.

- Kegunaan air boleh dibahagikan kepada:

· memasak, minum, membasuh, mandi

· pencegahan kebakaran (system pemadam api)

· industri (proses makanan, minumam, kain)

· pertanian (pengairan sawah)

· sebagai pengangkutan utama di kawasan luar Bandar

· janakuasa elektrik hidro

· nilai estetik dan landskap (air terjun buatan @ fountain)

· pembinaan (pembancuhan konkrit)

· system perparitan @ pembentungan

· perusahaan balak (kayu balak di masukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar sap dikeluarkan oleh air)

Monday, January 16, 2012

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG n selamat kembali ke kolej komuniti kepada Pelajar2 baru n pelajar lama..


Tak lupa selamat Tahun Batu 2012. Moga 2012 memberikan semangat yang lebih dengan azam baru kepada pelajar2..


Know yourself better, n u will know how clever u r..



Life On Earth

Monday, January 2, 2012

Green Building Indexs

Indeks Bangunan Hijau (GBI) dibangunkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM). Bangunan hijau juga dikenali sebagai bangunan yang mampan, satu struktur yang direkabentuk, dibina, diubahsuai, dikendalikan atau menggunakan semula ekologi dan sumber dengan cara yang lebih efisyen. Bangunan hijau direkabentuk untuk menjimatkan tenaga dan sumber, bahan-bahan kitar semula dan mengurangkan bahan-bahan toksik di seluruh kitaran hayat bangunan dan mengurangkan kesan keseluruhan kepada alam sekitar. Bangunan akan diberikan penarafan GBI Malaysia berdasarkan 6 kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan tapak yang mampan dan pengurusan bahan dan sumber-sumber , kecekapan air dan inovasi.

APAKAH Indeks Bangunan Hijau?

Indeks Bangunan Hijau (GBI) adalah industri Malaysia yangmengiktiraf aras kedudukan bangunan hijau bagi bangunan untuk menggalakkan kemampanan dalam alam bina danmeningkatkan kesedaran di kalangan pemaju, arkitek, Jurutera, Perancang, Designers,Kontraktor dan masyarakat mengenai isu-isu alam sekitar dan tanggungjawab kita untuk masa depan generasi.

Kedudukan GBI menyediakan peluang kepada pemaju dan pemilik bangunan untuk merekabentuk dan membina hijau, bangunan mampan yang boleh memberikan penjimatan tenaga, penjimatan air, persekitaran dalaman yang sihat, yang lebih baik untuk pengangkutan awam dan penggunaan kitar semula dan tumbuh-tumbuhan hijau untuk projek-projek merekadanmengurangkan impak terhadap alam sekitar.

GBI dibangunkan khusus untuk Malaysia yang beriklim tropika, dalam konteks alam sekitar danpembangunan, keperluan budaya dan sosial dan juga diwujudkan untuk:
Mentakrifkan bangunan hijau dengan mewujudkan satu bahasa yang sama dan pengukuran yang standard ;
• Menggalakkan reka bentuk bersepadu, seluruh bangunan yang menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk semua;
Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada kepimpinan alam sekitar;
Transform persekitaran yang dibina untuk mengurangkan kesan negatif alam sekitar;
Pastikan bangunan baru kekal relevan pada masa akan datang dan bangunan yang sedia adadiubahsuai dan dinaik taraf untuk meningkatkan kualiti keseluruhan stok bangunan kami.
SEBAGAI SEORANG PELUKIS PELAN ATAU ARKITEK, AMAT PENTING UNTUK MEREKABENTUK DAN MEMBINA BANGUNAN YANG TERDAPAT CIRI2 BANGUNAN HIJAU. SELAIN DAPAT MENJIMATKAN TENAGA, KITA JUGA BOLEH MENGITAR SEMULA BAHAN2 SELAIN DAPAT MENYELAMATKAN DUNIA.. SECARA TAK LANGSUNG DAPAT MEMBENTUK DUNIA YANG SIHAT, AMAN DAN SELESA..

Anda juga boleh rujuk di sini uuntuk maklumat lanjut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...