Monday, April 23, 2012

Pengudaraan Semulajadi - Kediaman mesra alam

Rumah moden perlu ambil kira reka bentuk, pengaliran udara elak panas


REKA bentuk kebanyakan rumah moden kini dibina secara tertutup. Keperluan bukaan tingkap dan lubang angin tidak diambil kira, sebaliknya penggunaan pendingin hawa lebih diambil kira. Kekerapan penggunaan alat berkenaan menyebabkan pergantungan terhadap pencahayaan, sekali gus meningkatkan bil elektrik, sumber tenaga dan seterusnya pemanasan global. Justeru, bagaimana boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kediaman berupaya menyelamatkan bumi? Ia sepatutnya dibina daripada bahan binaan jimat tenaga selain menawarkan reka bentuk yang mengambil kira faktor menjimat tenaga terutama menonjolkan aliran udara dan pencahayaan semula jadi.


Ciri kediaman mesra alam

Rumah berciri mesra alam membenarkan pengaliran udara secukupnya untuk tujuan ventilasi. Hasilnya, udara sejuk dihasilkan sekali gus mengurangkan kesan kelembapan.

Masalah utama dihadapi penduduk di negara beriklim tropika adalah suhu yang tinggi, pancaran terik dan silau sinaran matahari di samping kadar kelembapan tinggi. Masalah ini semakin buruk ditambah suhu dikeluarkan oleh badan manusia itu sendiri.

Reka bentuk pengaliran udara

Pengaliran udara bermaksud penggantian udara dalaman yang panas dengan yang sejuk dari luar. Ada tiga cara pergerakan udara atau angin iaitu;

Pengaliran udara semula jadi
       - berlaku tiupan angin
       - perbezaan suhu

Pengaliran udara tidak semula jadi
       - Peralatan elektrik seperti kipas angin dan penyaman udara

Selain itu, untuk memaksimumkan potensi angin bagi pengudaraan, aliran pengudaraan perlu berlaku dalam bangunan bagi memperoleh pengaliran yang baik, perlu;

Membina bukaan pada sisi bangunan

Binaan banyak bukaan terutama tingkap adalah cara terbaik mendapatkan pengaliran udara. Bukaan lebih daripada satu dengan posisi secara berdepan akan menghasilkan pengudaraan silang.

Bagi membolehkan lebih banyak angin memasuki ruang dalam rumah menerusi bahagian sisi, maka bina banyak bukaan di bahagian itu. Jika matahari terik sepanjang hari dan menyebabkan satu sisi rumah panas, maka bahagian buka tingkap atau pintu di sisi yang lain untuk membawa masuk udara segar.


Membina bukaan pada atas bangunan

Selain untuk pengudaraan, bukaan atas dinding juga berfungsi sebagai lubang cahaya. Bagi menghindari kemasukan haiwan dan serangga, maka tutup ia dengan kawat berjaring.

Angin adalah udara yang bergerak. Pergerakan udara berlaku daripada tempat bertekanan tinggi menuju tekanan rendah. Justeru, baik sekiranya reka letak bukaan dinding dan lubang angin diperhatikan fungsinya. Jika fungsinya untuk mengalirkan udara panas keluar, maka lubang angin patut ditempatkan di bahagian atas. Misalnya, menempatkan lubang udara dalam bilik air berguna bagi mengalirkan udara panas akibat penggunaan air mandian panas.

Bumbung kecil terangkat

Pengaliran udara juga boleh dilakukan menerusi binaan seperti bumbung kecil terangkat. Caranya, bina satu bumbung kecil di atas bumbung sedia ada. Binaan seumpamanya mengelakkan udara panas dalam rumah terperangkap, sebaliknya udara baru akan masuk melalui binaan tingkap sedia ada.

Pengaliran udara mekanikal

Pengaliran udara secara mekanikal dilakukan dengan memasang alat pengaliran udara turbin. Ia berfungsi dengan cara turbin berpusing ditiup angin, maka lalu menyedut udara panas dari dalam dan membuangnya keluar. Sekiranya tiada berlaku aliran atau tiupan angin, udara panas juga akan memusing turbin yang disebabkan oleh kesan tindihan udara.
 
Sumber: Berita harian oleh Hamidon Abdullah

Pencahayaan Semulajadi


PENCAHAYAAN amat penting dalam kehidupan kita seharian. Dengan adanya sumber cahaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. Sumber cahaya boleh diperolehi sama ada secara semula jadi atau tenaga elektrik.

Pada waktu siang, sumber cahaya semula jadi iaitu matahari adalah sumber cahaya yang digunakan untuk menerangi persekitaran, sementara pada waktu malam sumber cahaya buatan dari tenaga elektrik pula mengambil alih tugas itu.

Antara ciri rumah mesra alam adalah yang menggunakan sumber cahaya semula jadi sebagai punca cahaya. Sinaran matahari yang diperoleh sepanjang tahun seharusnya digunakan secara bijak kerana kita bukan saja dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik malah baik untuk kesihatan penghuni. Apatah lagi, sinar matahari pagi dikatakan mengandungi banyak kelebihan untuk perkembangan fizikal dan kulit manusia.


Kelebihan memperoleh sinaran cahaya matahari ke dalam ruang kediaman juga dapat membantu mengurangkan kelembapan di dalam ruang seterusnya melenyapkan bakteria berpunca dari ruang lembap. Cahaya yang memasuki ruang bergantung kepada saiz bukaan tingkap yang telah direkabentuk. Apabila seluruh ruang memperoleh sinar cahaya matahari yang cukup, maka bakteria yang dikenali sebagai hama dapat dihindari. Binatang yang menghasilkan hama seperti tikus amat menyukai tempat gelap dan lembap dan secara tidak langsung, haiwan atau serangga pemusnah seperti lipas, semut dan anai-anai yang menyukai tempat gelap dan lembap dapat dihindari.

Kedudukan cahaya matahari yang terbit dari timur dan tenggelam di barat sebaiknya diambil kira dalam menentukan kedudukan sesuatu bangunan. Adalah baik sekiranya bukaan seperti tingkap atau pintu dibuat pada kedudukan sesebuah kediaman dapat memperoleh cahaya matahari pagi pada bahagian hadapan dan cahaya matahari petang pada bahagian belakang.

Kelebihan ini membantu dari segi keselesaan kerana cahaya matahari waktu petang agak terik berbanding pada waktu pagi. Bagi kedudukan menghadap utara pula cahayanya tidak terik, begitu juga pada kedudukan menghadap selatan.

Pancaran cahaya matahari yang diperoleh bukan saja menghasilkan cahaya tetapi juga mengeluarkan bahang. Cahaya siang hari ini banyak memberi kesan psikologi selain untuk kemudahan praktikal. Kesan pencahayaan akan berubah-ubah mengikut masa pada satu hari, pada musim tertentu dan pada kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kesan cahayanya boleh diserap oleh awan, jerebu dan juga bila berlaku hujan. Dengan itu kesan cahaya yang diterima akan berkurangan dan berubah-ubah mengikut kedudukan matahari.

Bagi rumah kediaman, kesan cahaya semula jadi yang berlaku pada siang hari dari segi kuantiti dan kualiti biasanya ditentukan oleh saiz dan orientasi tingkap. Kadar iluminasi atau penerangan cahaya siang hari atau cahaya semula jadi yang memasuki ruang dalaman bergantung pada kedudukan dan saiz bukaan atau tingkap.
Kedudukan orientasi bangunan

Pada dasarnya, bila besar dan lebar tingkap maka lebih banyak cahaya akan memasuki ruang. Kesan daripada kemasukan cahaya ke dalam ruang ini juga dibantu secara efektif oleh siling dan dinding belakang berbanding dinding sisi dan lantai. Selain itu, permukaan yang berwarna cerah akan membalik dan menyebarkan cahaya lebih efektif berbanding permukaan gelap. Cuba elak menggunakan permukaan berkilat yang membalikkan cahaya serta menghasilkan silau.

Kedudukan orientasi bangunan akan mempengaruhi jumlah kepanasan dan kesejukan
serta pencahayaan dalam bangunan

Kesan cahaya berlebihan menghasilkan silau. Silau ini akan menghalang dan mengganggu daya penglihatan pengguna ruang. Terdapat dua silau iaitu silau secara terus yang disebabkan kesan cahaya yang berlebihan terhadap daya penglihatan manusia normal manakala silau tidak terus disebabkan kesan pembalikan yang berlebihan pada objek oleh cahaya kepada penglihatan manusia. Silau ini boleh dikawal dengan memasang alat pengawal silau seperti bidai ram, ram tetap mendatar atau menanam pokok dan tumbuhan bersebelahan bangunan.

Pada ketika ini, kebanyakan pemilik rumah mula sedar dan menggunakan secara baik kelebihan cahaya matahari bukan saja untuk menerangi ruang tetapi bagi menghasilkan sumber tenaga.

Penggunaan tenaga solar sebagai punca tenaga alternatif amat digalakkan bagi mengurangkan pergantungan tenaga elektrik. Kerajaan harus menggalakkan penggunaan secara meluas dengan mengurangkan harga alat penyimpan tenaga suria supaya penggunaan menyeluruh hingga ke kediaman sederhana dan rendah. Ketika ini, hanya kediaman mewah dan banglo saja dilihat menggunakannya. Menerusi galakan pihak bertanggungjawab mengenai kesedaran mengguna sumber cahaya semula jadi, masyarakat lebih menghargai akan kelebihan sumber cahaya semula jadi dengan menggunakan untuk tujuan bermakna.

INFO: Penggunaan cahaya

* Membuat bukaan cahaya pada daun pintu supaya walaupun pintu bertutup, cahaya masih boleh masuk.
* Membuat tingkap yang mempunyai bukaan luas bagi membolehkan lebih cahaya memasuki ruang. Ini akan menjimatkan penggunaan lampu pada siang hari.
* Membuat bukaan pada setiap sisi dan atas bangunan seperti bumbung telus cahaya untuk memperoleh sinar matahari sepanjang hari.
* Keperluan cahaya boleh digunakan pada kabinet dan almari bagi membantu mengurangkan kelembapan serta mengelak serangga perosak bersarang di tempat terlindung cahaya.
* Melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan dan keperluan cahaya berdekatan dengan tingkap atau bukaan.

Sumber: Berita Harian, Senihias

Sunday, April 22, 2012

Sahut Seruan Kerajaan: Konsep Bangunan Hijau


KUALA LUMPUR - Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan, aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Pengurus Besar Kanan di Sektor Pembangunan Teknologi dan Inovasi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Ir. Elias Ismail berkata, pembangunan menggunakan konsep teknologi hijau adalah seiring dengan Polisi Teknologi Hijau Kebangsaan.
“Polisi ini mensasarkan untuk mencapai pengurangan pengeluaran karbon sejumlah 40 peratus menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, CIDB telah mengambil cabaran untuk membangunkan satu standard yang mengambilkira impak projek pembinaan terhadap alam sekitar, dan salah satu fokusnya adalah untuk mengukur kadar pengeluaran karbon,” katanya.
Elias berkata, standard pengukuran bangunan hijau tersebut adalah untuk menganalisa ‘hasil akhir’ sesebuah bangunan, di mana hasil tersebut akan dibandingkan dengan bangunan lain dalam aspek kecekapan tenaga.
“Hasil yang diukur tersebut akan menentukan kesan kepada alam sekitar, sama ada ia memberi impak yang banyak atau kurang. Semua proses termasuk struktur bangunan adalah diambil kira dalam penilaian ini,” jelasnya.
Seminar Kepentingan Pengukuran Bangunan Hijau yang berlangsung di sini hari ini mendapat respon menggalakkan daripada lebih 60 peserta yang hadir.
Konsultan Projek, Rosli Ghani berkata, seminar ini membuka ‘mata’nya mengenai aspek teknologi hijau yang sepatutnya diterapkan dalam setiap projek pembangunan di negara ini.
“Konsep teknologi hijau bukan sahaja mesra alam, tetapi ia juga mengurangkan perbelanjaan kos projek yang dikeluarkan pemaju untuk jangka masa panjang. Ini kerana, dengan menggunakan pendekatan teknologi ini, kos penggunaan sumber dan tenaga lebih menjimatkan berbanding projek pembangunan yang dibina tanpa aspek teknologi hijau ini,” katanya.


Info Teknologi Hijau

Teknologi Hijau juga merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

- Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

- Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.


Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga

• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan:

Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan

iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

iv) Sektor Pengangkutan

• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.


sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, CIBD

Elaun Wang saku

Untuk makluman para pelajar, sila semak syarat-syarat pembiayaan wang saku:

Pembiayaan elaun wang saku pada kadar RM250/seorang sebulan kepada pelajar2 yang layak berdasarkan kriteria2 di bawah :


i ) Warganegara Malaysia

ii) Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan yang tetap

iii) Tidak mempunyai penaja yang lain

iv) Mendaftar sebagai pelajar SMK di KK sepenuh masa.

v) Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000 dan

vi) Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA atau mengulang LA adalah tidak layak)

vii) Kehadiran tidak kurang 80%



Keperluan Rekabentuk Bangunan

KEPERLUAN REKABENTUK (bergantung kepada pihak PBT kawasan)

a) Cadangan rekabentuk yang perlu mempunyai nilai estatik yang tinggi, cirri-ciri senibina yang kaya, bersifat kotemporari dan terkini selaras dengan peredaran zaman, citarasa pengguna, keupayaan teknologi dan kehendak Majlis (Akta 133, seksyen 70(4) (h)).

b) Rekabentuk bangunan yang dapat menggunakan pelbagai sumber-sumber semulajadi seperti:
  • Penggunaan air hujan selaras dengan ‘Garis Panduan Pemasangan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Air Hujan (SPAH)’.
  • Keperluan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi sepertimana Undang-undang Kecil Bangunan.
c) Sistem pam tandas yang hendaklah menggunakan sistem dua simbahan (dual Flush) atau sistem satu simbahan dengan kuantiti air setiap simabhan tidak melebihi 60liter selaras dengan Pekeliling JKT:AM/B/BIL. 8/2000.

d) Bagi bangunan selain dari kediaman persendirian, penyediaan kehendak-kehendak bangunan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan Undang-undang Kecil 125, Undang-undang Kecil Bangunan. Bangunan tersebut hendaklah disediakan dengan:
  • Kemudahan akses bagi membolehkan orang-orang kurang upaya masuk ke dalam, keluar daripada dan bergerak dalam bangunan itu.
  • Kemudahan-kemudahan bagi kegunaan orang-orang yang kurang keupayaan.
  • Kemudahan untuk melepaskan diri bagi membolehkan orang-orang yang kurang keupayaan untuk keluar daripada bangunan itu dalam hal kecemasan.
  • Menyediakan kemudahan bagi tandas OKU adalah tidak kurang dari 1.5m x 2.0m.
  • Menyediakan tempat letak kereta OKU berkelebaran minima 3600mm berhampiran dengan ramp akses utama ke bangunan.
  • Lif bagi OKU bagi bangunan komersial, institusi dan hospital bersaiz minima 1800mm x 1800mm dan mempunyai kelebaran pintu 1800mm.
e) Memastikan 60% bahan tempatan hendaklah di spesifikasikan untuk kerja-kerja pembinaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah menteri berkaitan ‘Dasar Mengenai penggunaan Bahan-bahan Tempatan dalam Industri Pembinaan’.

f) Bilik-bilik/ ruang yang disediakan dalam setiap unit kediaman hendaklah mendapat pencahayaan dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai keluasan yang tidak kurang dari 10% ruang lega lantai/ bilik/ ruang tersebut. Adalah digalakkan supaya pengudaraan silang (cross ventilation) dapat menempuh sekadar yang boleh, keseluruhan bilik-bilik kediaman dan dapat tembus dari satu permukaan depan rumah sehingga permukaan belakang rumah atau sebaliknya.

g) Rekabentuk bangunan hendaklah member perhatian kepada ‘corner treatment’.

KEPERLUAN KETINGGIAN RUANG DALAM BANGUNAN

i. Tingkat bawah dan kaki lima hendaklah tidak kurang dari 3 meter tingg
ii. Bagi bangunan selain kediaman yang mempunyai kedalaman kurang dari 10.5m, tinggi tingkat kedua dan ke atas hendaklah tidak kurang dari 2.55m.
iii. Bagi bangunan selain kediaman yang mempunyai kedalaman melebihi dari 10.5m, tinggi tingkat kedua dank e atas hendaklah tidak kurang dari 2.5m.
iv. Bagi bangunan sekolah tinggi, bilik-bilik hendaklah tidak kurang 3m.
v. Bagi bangunan hospital, bilik-bilik hendaklah tidak kurang 3m..
vi. Tinggi bilik-bilik di tempat tumpuan awamseperti muzium, pasaraya dan panggung wayang hendaklah tidak kurang 3.5m
vii. Ketinggian ‘clear height’ bagi mana-mana bahagian bilik bersiling cerun hendaklah tidak kurang dari 2m.
viii. Ketinggian ‘clear height’ bagi tingkat bawah tanah dan tingkat bawah yang terbuka hendaklah tidak kurang dari 2.5m (jika berkaitan)
ix. Unjuran balkoni terbuka di tingkat atas hendaklah tidak melebihi 1.83m dan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2.5m dari aras jalan.
x. Lebar balkoni terbuka di tingkat atas hendaklah tidak melebihi ½ dari lebar bangunan.
xi. Tembok sambut/ tiang porch hendaklah tidak kurang dari 600mm dari sempadan lot.

KEPERLUAN SAIZ KELUASAN RUANG DALAM BANGUNAN KEDIAMAN

i. Bilik pertama hendaklah tidak kurang dari 11 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.
ii. Bilik kedua hendaklah tidak kurang dari 9.3 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.
iii. Bilik ketiga dan seterusnya hendaklah tidak kurang 6.5 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.

KEPERLUAN SAIZ KELUASAN RUANG TANDAS/ BILIK MANDI

i. Ukuran minima bagi tandas dengan jamban duduk beserta wc adalah 1.5m x 0.75m bagi setiap wc.
ii. Ukuran minima bagi tandas dengan jamban selain jamban duduk beserta wc adalah 1.25m x 0.75m bagi setiap wc.
iii. Keluasan minima bagi bilik mandi tanpa tandas adalah 1.5 meter persegi dengan lebar minima 0.75 meter.
iv. Keluasan minima bagi bilik mandi beserta tandas adalah 2 meter persegi dengan lebar minima 0.75 meter.

Format Lukisan

KEPERLUAN FORMAT LUKISAN (bergantung kepada pihak PBT kawasan)


a) Format lukisan perlu disediakan di bahagian kanan pada setiap salinan pelan.

b) Disediakan ruang bercop dipenjuru atas format lukisan pada setiap pelan untuk di tandatangan kelulusan Majlis.

c) Tajuk cadangan projek hendaklah dicatitkan kegunaan/ jenis bangunan, bilangan unit bagi setiap jenis bangunan, bilangan tingkat, nombor lot, nama jalan/ seksyen, Mukim dan Daerah.

d) Nama pemilik bangunan/ tanah 9seperti yang dicatitkan dalam S&P/ Surat hakmilik tanah) tandatangan asal dan alamat.

e) Nama Syarikat Pemaju beserta nombor pendaftaran Syarikat beserta alamat. (Jika Berkaitan).

f) Nama, alamat, tandatangan asal, nombor pendaftaran dan cop rasmi Perunding (Arkitek/ Jurutera Profesional).

g) Lukisan hendaklah bersaiz A1 (594mm x 841mm) yang dilipat ke saiz A4 dengan nominal border dilebihkan sebanyak 65mm disebelah kiri lukisan.

Apa syarat dalam merekabentuk bangunan? klik sini

GARISPANDUAN MENDIRIKAN BANGUNAN

GARISPANDUAN PERMOHONAN MENDIRIKAN BANGUNAN (AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN, Seksyen 70)


1.0 KEHENDAK-KEHENDAK PENTADBIRAN

1.1. Pengemukaan pelan hendaklah mematuhi pengemukaan dokumen mengikut kepada kawasan jajahan Majlis tempat pembinaan akan dilakukan.

 2.0 KETERANGAN PELAN DAN FORMAT PENGEMUKAAN

 2.1  Pelan-pelan bangunan (bergantung kepada pihak PBT kawasan):

  • Pelan kunci yang jelas dengan arah tunjuk Utara.
  • Pelan lokasi yang jelas menunjukkan arah dari jalan utama ke tapak beserta bangunan berhampiran (skala: mengikut kesesuaian dan kurang dari 1:1000 bergantung kepada kehendak PBT)
  • Pelan tapak (skala: tidak kurang dari 1:750 bergantung kepada kehendak PBT)
  • Pelan lantai (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bagi setiap tingkat bergantung kepada kehendak PBT)
  • Pandangan tegak/Tampak Hadapan, Belakang dan tepi (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
  • Keratan (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
  • Pelan bumbung (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
  • Pelan Susunatur Pendawaian Elektrik (skala: 1:100 dan 1:200 [min] bergantung kepada kehendak PBT)
  • Lukisan Perincian Dinding yang dibina khas bagi meletak tong sampah (bagi rumah sesebuah dan skim perumahan)
  • Lukisan Perincian Kebuk Sampah (bagi bangunan Institusi, Pangsapuri dan Kompleks Komersial)
  • Pelan susunatur sanitari (permohonan yang berasingan oleh M&E)
2.2 Permohonan perlu menyertakan Jadual Spesifikasi untuk saiz dan jenis tingkap, pintu dan bukaan lain.

2.3 Permohonan perlu menyertakan Jadual peratusan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi (10% bagi pencahayaan dan 5% untuk laluan udara dari keluasan lantai sesuatu ruang)

2.4 Kod warna (contoh bagi kawasan Perbadanan Putrajaya)

Kerja roboh – Garisan putus biru
Kerja baru – Merah
Kemasan lantai – Merah muda
Lepaan – Kuning
Konkrit – Hijau
Logam – Ungu muda
Kaca – Biru muda
Kayu – Coklat Muda
Apa format lukisan yang standard? klik sini

Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki

Suatu Sijil atau Surat Pengesahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, memperakukan bahawa sesuatu bangunan yang dibina dan disempurnakan menurut pelan bangunan yang diluluskan, mematuhi peruntukan undang-undang dan memperolehi perakuan daripada agensi-agensi lain yang berkaitan. Agensi-agensi lain termasuklah:

  •  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bekalan Air Negeri
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Pejabat Tanah Perbandaran
  • Syarikat Telekom Malaysia Berhad
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
  • Suruhanjaya Tenaga
  • Pos Malaysia Berhad
  • Agensi-agensi yang berkaitan ( contoh: Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Penerbangan Awam jika perlu)
Apakah maksud mendirikan bangunan?

a. Memulakan kerja di atas tapak bangunan
b. Menambah atau mengubah mana-mana bahagian bangunam
Perbadanan (selaku pihak berkuasa tempatan) meluluskan pelan-pelan dan seterusnya memberi kelulusan mendirikan bangunan. Permohonan yang lengkap mestilah mengandungi dokumen-dokumen seperti yang di dalam Garispanduan Permohonan.


Siapa yang layak membuat permohonan kelulusan? klik sini

Permohonan kelulusan mendirikan bangunan

Di bawah peruntukan seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) pihak berkuasa tempatan diberi kuasa bahawa:

a. Tanpa kebenaran bertulis, sesuatu bangunan tidak boleh didirikan.
b. Pelan, penentuan bahan dan penentuan berkenaan pembentungan perlu dikemukakan dan mematuhi mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah akta tersebut.

Undang-undang yang ditetapkan adalah undang-undang kecil 28, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986, “Tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan diduduki mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya melainkan jika sesuatu perakuan kelayakan menduduki, suatu perakuan menduduki sebahagian atau suatu kelayakan menduduki sementara telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil ini bagi bangunan itu dan apa-apa kemungkinan untuk mematuhi undang-undang kecil ini boleh menyebabkan orang itu kena dakwa di bawah Akta ini.”

Tujuan pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki adalah untuk memastikan bahawa bangunan yang dibina telah memenuhi ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan kemudahan perlu yang ditetapkan. Antara kemudahan yang diperlukan adalah:

i. Jalan akses
ii. Landskap
iii. Tempat letak kereta
iv. Parit
v. Sanitari
vi. Bekalan air
vii. Bekalan elektrik
viii. Lif bomba
ix. Pili bomba
x. Pembentungan
xi. Keperluan sampah dan lain-lain

Penentuan kepada Akta yang digunapakai:

a. Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133)
b. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986
c. Malaysian Standard – Code of Practice for access for Disabled People to Public Building.
d. Malaysian Standard – Specification for Fire Precautions in the Design and Construction of Building
e. Malaysian Standard – Code of Practice for Sanitary System in Buildings

Apakah Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki? klik sini

Wednesday, April 4, 2012

Senaman sihat

Pada 3 April 2012 yang lalu, pelajar-pelajar SMK2 melakukan senaman sihat di dalam kelas secara beramai-ramai. ini dijadikan salah satu acara di dalam kelas

 Antara pelajar yang aktif dan menjadi coach kepada pelajar2 yang lain.

 Antara pelajar yang mengikuti aktiviti tersebut

 Keseronokkan

 Bergilir2 melakukan aktiviti

 Kerjasama yang diberi telah menghasilkan keseronokan yang berganda

Semangat yang ditunjukkan tiada belah bahagi.

Monday, April 2, 2012

MPK-Garis panduan permohonan kelulusan pelan bangunan

Anda boleh menyemak di laman-laman web majlis daerah setiap tempat untuk mendapatkan Garis Panduan bagi mendapatkan kelulusan permohonan pelan bangunan. bagi daerah kuantan, sila klik link di bawah..

Majlis Daerah Kuantan

PENEMPATAN DAN KEPERLUAN ALAT, KELENGKAPAN ELEKTRIK DOMESTIK

BEKALAN ELEKTRIK DOMESTIK


Bekalan Elektrik Domestik ialah pengaliran elektrik untuk rumah kediaman. Penghuni akan bertanggungjawab ke atas elektrik yang melalui papan agihan.

PERATURAN AM MENEMPATKAN ALAT TAMBAH DAN ALAT KELENGKAPAN DALAM LUKISAN ELEKTRIK DOMESTIK.


Tujuan peraturan am ialah untuk keselamatan dan keselesaan pengguna. Berikut adalah beberapa peraturan am semasa merancang dan memasang pemasangan elektrik:

• Kotak suis digunakan untuk meletakkan suis-suis bagi memudahkan kawalan dan supaya kelihatan lebih kemas,
• Poin lampu hendaklah ditempatkan supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilasan bilah kipas.
• Bilangan soket keluar tidak boleh melebihi daripada dua bagi sebuah bilik yang bersaiz sederhana. Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini boleh dilonggarkan.
• Kedudukan papan unit kawalan pengguna mestilah dipasang dalam bangunan supaya mudah dikendalikan semasa kecemasan.

Nota :    Kawasan, dinding atau ruang yang berguna yang di maksudkan dalam jadual ini ialah kawasan dinding atau ruang yang boleh digunakan untuk diletakkan meja, perabot dan sebagainya tidak termasuk pintu
 
Contoh Pelan Susunatur Elektrikal
 
 
Contoh satu

Contoh dua

Contoh tiga

Sunday, April 1, 2012

Risiko menahan rasa (pendam)

Risiko Memendam Rasa Adalah Gila (Mingguan Wanita, Motivasi 2012)


Dalam banyak aduan yang saya terima awal 2012, ada satu aduan datangnya daripada seorang wanita yang dihimpit serba salah kerana dikelentong oleh abang sendiri. Katanya, dia serba salah untuk bertindak memandangkan yang menipu adalah abang sendiri.

Kalau diberitahu kepada ibu tentu hidupnya akan lebih susah sebab ibu pasti akan memarahinya, tetapi kalau tidak diberitahu dia terpaksa menanggung beban berkenaan sendirian sepanjang usia.

Maka, sayalah yang ditujunya, menjadi galang ganti pada sang ibu yang sepatutnya mendengar segala keluhan. Tidak mengapa, asalkan sanggup sahaja menerima saranan-saranan saya nanti.

Yang saya kesal selalunya, apabila seseorang mendatangi saya menceritakan masalah-masalahnya, dia hanya sekadar mahu bercerita untuk melepaskan beban, kemudian apabila dinasihati asyik membantah.

Sesetengahnya belum sempat dinasihati sudah sebut, “Terima kasih Dr., kerana sudi mendengar,” kemudian matikan telefon.

Tahukah anda wanita Melayu adalah penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia dan penyakit itu pembunuh senyap nombor satu negara serta menjadi penyebab utama penyakit kardiovaskular.

Wanita Melayu Perahsia

Kenapa wanita dan kenapa Melayu? Pada hemat saya, wanita Melayu lebih perahsia dan mereka juga lebih pendendam sifatnya. Bukanlah dendam untuk membalas, tetapi dendam kerana sukar melupakan. Dari situlah datangnya tekanan perasaan, akhirnya membuatkan tekanan darah naik.

Kenapa wanita Melayu begitu? Disebabkan sosio budaya serta latar kehidupan orang Melayu yang selalunya amat ‘seronok’ dengan kisah-kisah berkaitan. Lihat sahaja akhbar Melayu terutama jenis tabloid, biasanya berita muka hadapan adalah kisah-kisah remeh manusia tetapi mempunyai nilai jualan tinggi apabila dimanipulasi.

Kalau muka hadapannya ada kisah ustazah ditangkap sedang berasmara dengan pengawal keselamatan di pondok mengawal sekolah agama, tidak usah cakap lagi. Kadang-kadang tak payah sedahsyat itu, kisah menantu dengan mentua yang tidak sehaluan pun boleh menjadi berita utama, sedangkan mentua dengan menantu itu bukanlah orang terkenal pun.

Sebab itulah kebanyakan wanita Melayu takut. Mereka takut hal demikian terjadi kepada mereka. Perbuatan memendam rasa ini hujungnya akan berkaitan dengan jiwa dan mental.

Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), yang dipaparkan dalam akhbar tempatan, sebanyak 48.4% wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.

Luahkan Pada Yang Layak

Salah satu kaedah rawatan yang mudah ialah meluahkan. Tetapi tidak ramai sanggup meluahkan apa yang selamanya terpendam dalam hati. Selalu saya mendapat e-mel dengan kata-kata, “Saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun selama ini. Yang pertama mendengarnya ialah Dr.”

Itu bermakna mereka hidup dengan membawa sebeban masalah dalam kepala. Kepala menjadi berat oleh persoalan yang berperang di dalam. Ia boleh dikeluarkan dan letakkanlah pada orang yang layak mendengar, kemudian lupakan saja. Dengan itu kehidupan akan menjadi lebih ringan kerana beban menanggung persoalan sudah tiada lagi.

Sebagaimana orang hilang ingatan boleh dipulihkan apabila sejarah hidupnya dibacakan di hadapannya berulang kali, demikianlah keserabutan boleh dihilangkan dengan mencurahkan pula masalah-masalah itu kepada pihak lain.

Anehnya, semakin ramai kaunselor dan ustaz dilahirkan semakin ramai orang mengalami masalah jiwa dan mental. Terkadang bukan salah kaunselor atau ustaz berkenaan, orang yang bermasalah itu sendiri tidak membenarkan masalahnya dikongsi.

Apa pun yang terbaik, mengadulah kepada Allah S.W.T sebelum mendatangi manusia kerana Allah itu Maha Mendengar dan Dia lebih berkuasa meletakkan rasa bahagia pada sesiapa sahaja berbanding manusia.

Menghormati Ibu Bapa


Menghormati ibu bapa..satu isu yang saya rasa tak pernah akan hilang dan habis. Alhamdulillah kalau antara kita yang sentiasa sedar akan amalan ni. dan sedih sekali pada mereka yang masih tak sedar dan tak nampak amalan ni.. kadang2 mereka rasa dah cukup, tapi sebenarnya tak..apa yang saya cakap ni pun untuk diri saya jugak..saya berdoa akan saya tak tergolong dalam kalangan yang masih tak sedar ni..kerana saya ada ibu bapa (kandung n mertua)..amen

Setiap hari ibu bapa kita mengharapkan anak2nya pulang menemui mereka..menemani mereka walaupun mereka tak sakit. Bila ada kalangan keluarga yang tanya, "bila nak balik kampung jenguk mak?" - "kenapa? mak sakit ker?" nak tunggu mak sakit baru nak balik? atau alasan lain, tak ada cuti.. hujung minggu (sabtu n ahad) tu bukan cuti ker? Ingatlah semua, tentang sabda Rasulullah SAW:

 “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit. Jadi, semasa kita masih sihat, boleh berjalan, selalulah kita menjenguk ibu bapa kita. Jangan nanti bila kita dah terlantar sakit, baru terfikir dah lama tak jumpa mak ayah.

KAYA SEBELUM MISKIN

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada ibu bapa, anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat. semasa kita berduit dan mampu, kita berbaktilah kepada ibu bapa. bukan hanya dengan menghantar duit setiap bulan, tapi menjenguk mereka. kehadiran anak di depan mata adalah yang paling berharga jika di bandingkan dengan wang ringgit. Wang tidak boleh membeli kasih sayang..


LAPANG SEBELUM SEMPIT

Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Tumpuan kita terhadap Allah SWT termasuklah berbakti (menjenguk, bertanya kabar) dan menjaga ibu bapa (hati, perasaan dsb).

MUDA SEBELUM TUA

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.

Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya. Jadi selagi kita boleh melangkah dan mampu berdiri teguh, gunakanlah ia sebaik mungkin..




HIDUP SEBELUM MATI

Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.

Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.

Islam juga telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:

►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, memberi pendidikan, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka.

Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:

►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita.


Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:

► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka