Thursday, March 8, 2012

Papak Lantai

Lantai bangunan umumnya dibina daripada konkrit bertetulang, unit konkrit tuang dahulu atau kayu. Lantai tingkat bawah (terletak di atas tanah) untuk bangunan kediaman biasanya dibina sama aras dengan aras tanah di sekelilingnya. Lantai itu dibuat daripada konkrit (tuang in-situ) setebal 100mm atau lebih. Konkrit dituang di atas timbusan lapisan atas padat daripada pecahan batu bata atau pecahan konkrit atau ketul-ketul batu kelikir dan pasir. Jenis lantai ini boleh disudahkan dengan kemasan kasar untuk kemudiannya diturapkan dengan bahan kemasan lantai atau disudahkan dengan kemasan rata dengan menggunakan sudip.



Berbagai-bagai jenis unit konkrit tuang dahulu berongga juga sesuai digunakan untuk lantai atas, kerana binaan ini adalah lebih ringan daripada lantai konkrit tuang disitu. Unit-unit konkrit ini boleh dibuat secara tegas dahulu. Untuk bangunan-bangunan yang besar, biasanya dibina satu siri rasuk konkrit bertetulang utama dan rasuk betina untuk menanggung beban atau berat lantai konkrit yang dibuat secara tuang disitu, dan juga beban kenaan. Jika ukuran rentang lantai adalah kurang daripada 4.5m, lantai konkrit bertetulang sekeping mungkin boleh digunakan dan lantai ini ditatang oleh rasuk di keempat-empat bahagian sisinya


fungsi-fungsi yang asas bagi lantai :




  • Menyediakan permukaan yang rata.


  • Menanggung beban yang diletakkan di atasnya dan untuk bangunan yang bertingkat-tingkat lantai juga akan mempunyai fungsi-fungsi lain daripada di atas.


  • Penebat suara, api dan haba.


  • Pengasingan untuk penghuni-penghuni dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan.


  • Lantai di atas menjadi siling kepada lantai bawah.


  • Ruang di antara lantai dan siling digunakan untuk memuatkan kelengkapan-kelengkapan saluran bangunan seperti sesalur bekalan sistem hawa dingin, pencegah kebakaran, elektrik dan lain-lain.


Klasifikasi lantai


Lantai terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu :




  • lantai di atas tanah


  • lantai tingkat atas


Ciri-ciri am lantai di atas tanah


Rekaan struktur mudah kerana beban ditanggung oleh tanah sendiri. Kurang masalah kerangka (rentang).



Lantai konkrit bertetulang


Satu sistem lantai yang banyak digunakan untuk lantai yang memerlukan kekuatan dan daya perintang api. Banyak diguna untuk bangunan 2 tingkat ke atas lebih-lebih lagi bangunan-bangunan untuk kegunaan awam. Penggunaan konkrit menghendaki penggunaan kerangka / kotak bentuk dan menghendaki masa yang lama untuk konkrit tersebut sebati dan kering. Tetulang dipasangkan di dalam kotak bentuk sebelum konkrit dimasukkan ke dalamnya.



Lantai keluli


Penggunaan keluli sebagai bahan struktur untuk lantai banyak terdapat untuk bangunan-bangunan dan perusahaan, dewan-dewan dan lain-lain lagi bangunan yang memerlukan rentang yang besar.


Jawab semua soalan.




  1. Apakah fungsi asas?


  2. Rasuk konkrit dan rasuk kayu adalah dua istilah yang sama, apakah kesamaan dua binaan rasuk ini dari segi fungsinya?


  3. Dari segi fizikal tiang dibentuk tinggi lampai, dalam faktor beban manakah rekabentuk tiang mesti dititikberatkan?


  4. Apakah yang dimaksudkan beban mati pada papak lantai?

jawapan


1. Fungsi asas adalah seperti berikut:




  • Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.


  • Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.


  • Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.


  • Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya: inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.

2. Menerima beban daripada lantai.


3. Beban mampatan dan beban tegangan.


4. Maksud beban mati pada papak lantai ialah berat bebannya sendiri.

No comments:

Post a Comment