Followers

Wednesday, September 7, 2011

Pelukis Pelan

Jika anda seorang graduan universiti ataupun sesiapa sahaja yang berkeinginan mencari kerja kosong sebagai Pelukis Pelan, anda seharusnya tahu apakah aspek & kriteria penting utk menjadi seorang Pelukis Pelan yang cekap.

Sebenarnya, utk menjadi seorang Pelukis Pelan di mana-mana Syarikat Kejuruteraan, Firma Arkitek mahupun Kilang Pembuatan, anda tidak perlu pun mempunyai ijazah ataupun diploma. Akan tetapi, jika anda memang sudah pun mempunyai diploma atau pun ijazah, ia akan menjadi satu advantage kpd anda.

Sebenarnya, utk menjadi seorang Pelukis Pelan pada zaman kini......anda semestinya MAHIR menggunakan software AutoCAD (Program Komputer) dalam membina sebuah Lukisan Kejuruteraan Teknikal atau Lukisan Pelan Arkitek. Ini adalah kerana, teknik Manual Drawing menggunakan kertas & pensel sudah tidak digunakan lagi di dalam industri berkaitan pada zaman kini.

Tahu menggunakan AutoCAD & Mahir menggunakan AutoCAD adalah 2 benda yang berbeza. Kemahiran yang tinggi menggunakan AutoCAD utk membina Lukisan Teknikal Kejuruteraan / Lukisan Pelan Arkitek adalah satu-satunya Criteria Penting bagi seorang Pelukis Pelan yg cekap. Mahir AutoCAD bermaksud kemampuan seseorang Pelukis Pelan itu utk membina sebuah Lukisan Teknikal Kejuruteraan / Lukisan Pelan Arkitek pada masa yang singkat.

Kebanyakan syarikat mengadakan Interview utk mencari Pelukis-pelukis Pelan pilihan mereka. Utk pengetahuan anda, di dalam Interview sebegini, Pegawai Syarikat itu selalunya akan mengadakan Sesi Penilaian Drafting bagi calon-calon...........Mereka akan bagi anda contoh lukisan teknikal semasa Interview tersebut dan mengarahkan anda utk melukis Lukisan tersebut dgn menggunakan AutoCAD pada masa yg diberi. Bagi calon-calon yg mampu melukis menggunakan AutoCAD dlm masa yg singkat, mereka tentunya akan dipilih & akan diberi gaji yg tinggi.

Utk pengetahuan anda juga, dgn membawa Sijil-sijil lengkap & resume lengkap ke Interview memang tidak mencukupi pada zaman sekarang ini. Kebanyakan syarikat ingin melihat sample Lukisan Teknikal Kejuruteraan / Lukisan Pelan Arkitek yang pernah anda lukis menggunakan software AutoCAD. Kalau boleh semasa anda email CV / Resume anda kpd mana-mana Syarikat utk memohon kerja, anda attachkan sekali 1 atau 2 sample AutoCAD Drawings (Floor Plan Layouts / Engineering Drawings) yg pernah anda lukis. Jadi, tentunya ia akan mengukuhkan lagi permohonan anda jika bakal majikan anda dapat melihat bukti kemampuan anda melukis menggunakan AutoCAD.

Pada zaman sekarang ini pun di negara kita, ramai di kalangan kita memang sudah mempunyai pengetahuan di dalam software AutoCAD. Akan tetapi, tidak ramai di kalangan kita yang mahir menggunakan AutoCAD atau dengan kata lain tidak ramai di kalangan kita yang mampu membina sebuah Lukisan Teknikal Kejuruteraan / Lukisan Pelan Arkitek pada masa yang singkat. Ramai juga di kalangan Pelukis Pelan yang hanya tahu & mahir menggunakan AutoCAD 2D tetapi tidak tahu atau tidak mahir menggunakan AutoCAD 3D Advanced Modeling yg merupakan aset penting bagi setiap Pelukis Pelan. Seterusnya, AutoCAD 3D Skills memang menjanjikan gaji yg lebih lumayan bg setiap Pelukis Pelan, 3D Designers, Drafters ataupun Draughtsman.

Pada zaman kini, kebanyakan industri memerlukan Lukisan-lukisan Teknikal yang bersifat 3 Dimensi membolehkan customer mereka visualize imej sesebuah produk dgn lebih jelas. Lukisan-lukisan Teknikal 3-Dimensi memberikan gambaran perspektif pandangan atas, pandangan bawah, pandangan tepi & juga pandangan Isometrik yg menjadikan Lukisan-lukisan Teknikal lebih efektif dan competitive.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...